Bulan Disiplin MTT 2018

Alhamdulillah… Bulan Disiplin Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) bagi tahun 2018 telah selesai dijalankan.. Program yang bertemakan Disiplin Teras Kejayaan ini telah berlangsung dari 1 April 2018 hingga 6 Jun 2018. Tahniah dan terima kasih diatas penglibatan semua pihak yang menjayakan program pada tahun ini.

Objektif program tahunan ini adalah untuk melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah. Selain itu, ia bertujuan menanam sikap tanggungjawab pelajar kepada peraturan sekolah dan memberi kesedaran bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar. Akhir sekali, ia diharap dapat membentuk keperibadian mulia dalam kalangan pelajar.

Pelbagai pengisian program telah diadakan antaranya Kempen 3J (Jaga Solat, Jaga Akhlak, Jauhi Maksiat), Kempen 3S (Sifar Sampah, Sifar Masbuk, Sifar Ponteng), edaran risalah, penerbitan buletin disiplin dan penguatkuasaan disiplin yang lebih tegas. Turut diadakan adalah ceramah oleh DSP Suhaimi Jusoh, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu berkaitan Jenayah dikalangan pelajar dan remaja.

Selain itu, pihak penganjur, iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) MTT turut mengadakan beberapa pertandingan sempena Bulan Disiplin tersebut. Disini dilampirkan senarai pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan.

ANUGERAH PELAJAR MITHALI
Mohamad Amir Syakir bin Mohd Norazmi (5 Imam Ibnu ‘Aamir)
Siti Aina Najwa binti Berhanundin (4 Imam Ibnu ‘Aamir)

Nota : Pemenang dipilih berdasarkan kaedah pengundian yang telah dijalankan.

ANUGERAH KHAS
Ahmad Zulfikar Azlee bin Che Zainal Abidin (5 Imam Ibnu ‘Aamir)
Farzana Shahirah binti Zakaria (5 Imam Ibnu A’amir)

PERTANDINGAN CERPEN (MENENGAH BAWAH)

  1. Nur Aliya Natasha binti Ibrahim (2 Imam ‘Asim)
  2. Muhammad bin Ismail (1 Imam Ibnu ‘Aamir)
  3. Khadijah binti Azam (2 Imam Hamzah)

PERTANDINGAN CERPEN (MENENGAH ATAS)

  1. Nor Najla Insyirah binti Ahmad Jaswadi (3 Imam ‘Asim)
  2. Ahmad Zulfikar Azlee bin Che Zainal Abidin (5 Imam Ibnu ‘Aamir)
  3. Syarifah Sumaiyah Mujahidah bt Syed Ali Hasani (4 Imam Ibnu ‘Aamir)

PERTANDINGAN POSTER (MENENGAH BAWAH)

  1. Fazreen Nadira binti Muhammad Zailani (2 Imam ‘Asim)
  2. Nur Fatihah bt Jalaludin (2 Imam Ibnu Zakwan)
  3. Iman Harith bin Mohd Heikal (1 Imam Ibnu ‘Aamir)

PERTANDINGAN POSTER (MENENGAH ATAS)

  1. Syahiedatul Mujahidah bt Mohd Razemin (4 Imam ‘Asim)
  2. Muhammad Nabil Aiman bin Ahmad Salleh (4 Imam Ibnu ‘Aamir)
  3. Siti Balqis binti Mohd Rosdis (3 Imam Hamzah)
Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s