Lawatan Silaturrahim AJK Pendidikan HIKMAH, Sarawak

Alhamdulillah… pada 31 Julai 2018 yang lalu, pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah menerima lawatan silaturrahim daripada Pertubuhan HIKMAH dari Sarawak. Delegasi 7 orang tetamu itu diketuai oleh Prof. Dr. Haji Aband Ahmad Ridzuan bin Haji Abang Awit. Beliau merupakan pengurus sektor pendidikan HIKMAH.

Pertubuhan HIKMAH yang telah berusia 49 tahun itu banyak terlibat dalam aktiviti dakwah, pendidikan dan penyebaran kesucian agama Islam terutamanya di Pedalaman Sarawak. Pertubuhan HIKMAH turut mempunyai beberapa buah Tadika Tahfiz, Taski dan Pusat Latihan Dakwah HIKMAH yang memfokuskan pendidikan awal Islam.

Kunjungan ke MTT adalah sebagai kesinambungan komitmen pihak HIKMAH dalam kelangsungan pendidikan berteraskan Islam. Ia juga sebagai satu momento persefahaman antara kedua-dua institusi untuk terus memartabatkan bidang pendidikan Islam.

Turut bersama-sama dalam delegasi tersebut adalah :

(i) Prof Madya Dr Fatimah Bujang (MT HIKMAH – Pengerusi Hal Ehwal Wanita HIKMAH),
(ii) Dr Abang Ishar Abang Yaman (Pegawai Pendidikan HIKMAH),
(iii) Ustaz Haji Bahruddin Mansor (Pengetua Pusat Latihan Dakwah HIKMAH),
(iv) Cik Melati binti Haji Ahamat (Penolong Pegawai Pendidikan HIKMAH),
(v) Puan Liza Haji Aznie (Guru Besar Tadika Tahfiz HIKMAH, Kuching) dan
(vi) Encik Mohd Syayuqi Firdaus Abdul Munip (Pembantu Tadbir – Penerbitan).

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s