1 Tahun 10 Bulan.. Khatam 30 Juzuk. Tahniah!

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar!! Segala puji bagi Allah SWT atas nikmat kurnia dan izinNya diatas setiap ketentuan.

Warga Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada adik Abdul Hayyi Ramadhan bin Shaharizukirnain atas pencapaian beliau yang membanggakan. Beliau telah berjaya menamatkan (khatam) 30 Juzuk al-Quran pada tanggal 10 Oktober 2018, tepat jam 10.20 pagi rabu di MTT.

Apa yang lebih mengagumkan, anak kelima daripada tujuh beradik ini adalah putera kepada pasangan YB Ustaz Shaharizukirnain bin Abd Kadir dan Norazlin Farilah binti Hashim ini mengambil masa 1 Tahun 10 Bulan untuk khatam 30 juzuk tersebut. Bapa Abdul Hayyi pernah ditanya beberapa minggu sebelum beliau khatam tentang petua puteranya itu mampu khatam dalam tempoh yang singkat.

“Saya pernah terdengar beliau mengaji dan menghafaz al-Quran pada hening malam”. katanya

Alhamdulillah.. thumma Alhamdulillah.. Jelas menunjukkan kesungguhan dan ketekunan adik Abdul Hayyi Ramadhan ini dalam mendalami dan menguasai bacaan dan hafazan al-Quran pada usia yang masih muda, 14 Tahun. Harapan kami agar adik Abdul Hayyi terus komited dalam mencintai ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga kita semua terus diredhai dan diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s