Pelancaran E-Derma & YB Tepuh Bersama Masyarakat

Alhamdulillah…. Dengan izin Allah SWT, telah berlangsung program YB Tepuh Bersama Masyarakat, Kuliah Dhuha & Jamuan Rakyat Sambil Menderma pada 11 Januari 2019 yang lalu. Program kerjasama antara Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Jiring dan Masjid Jamek Tok Jiring itu berlangsung meriah dengan gerai jualan kelab / persatuan MTT 2019.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat, Al-Fadhil Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang sudi meluangkan masa dalam kesibukan harian untuk menyampaikan kuliah dan bersama-sama dalam program tersebut.

Turut berlangsung dalam program tersebut adalah pelancaran E-Derma Melalui Quick Response Code (QR Code). Aplikasi ini membolehkan pengguna Bank Muamalat dan Maybank membuat pindahan wan untuk sumbangan melalui QR Code.  Turut sama hadir dalam program tersebut adalah wakil daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Seusai kuliah dan pelancaran E-Derma, YB Ustaz Hishamuddin sempat menyantuni masyarakat dan singgah di gerai-gerai jualan di sekitar tapak program dan seterusnya merasmikan Pelancaran Gerai Kelab / Persatuan Unit Kokurikulum MTT 2019.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s