Juara SUKMAT 2019 Kekal Milik Khalid Misyal

Alhamdulillah… Majlis Penutup Sukan Tahunan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (SUKMAT) 2019 telah berlangsung pada petang 31 Januari 2019 di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring.

Majlis penutup yang meriah dengan pelbagai keletah rumah sukan dengan maskot masing-masing mewujudkan suasana ceria dikalangan para pelajar dan guru selepas mengharungi dua hari kejohanan di Padang MTT dan Padang Sintetik Tok Jiring. Pelbagai acara telah berlangsung termasuk merentas desa, olahraga, bola sepak, pingpong, memanah dan pelbagai lagi.

Bagi edisi 2019, Khalid Misyal (Rumah Merah) telah mengekalkan kejuaraan untuk tahun kedua berturut-turut. Piala pusingan telah disampaikan oleh Mudir MTT, al-Fadhil Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal.