Jambori Umum (Kem Bina Shaksiah) MTT 2019

Alhamdulillah… Jambori Umum MTT (Kem Bina Shaksiah) 2019 telah berakhir pada 21 Mac 2019 yang lalu. Program 3 hari 2 malam bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail itu melibatkan keseluruhan pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) berjumlah 550 orang.

Bertemakan PEJUANG ISLAM, CITA-CITA KAMI, Jambori Umum MTT (Kem Bina Shaksiah) 2019 ini bermatlamatkan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai jati diri setiap insan, ukhuwah islamiyyah dann sikap kerjasama antara mereka,serta pendedahan kendiri dalam kehidupan dan melahirkan pelajar yang cergas, cerdas dan berintelektual melalui pengisian yang diatur. Selain aktiviti perkhemahan dan riadah, pelbagai slot pengisian dan kerohanian turut diterapkan dalam usaha mendidik generasi muda ini terdorong kearah membina insan yang positif dalam kehidupan mereka.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pelajar yang telah bersungguh-sungguh mengikuti perogram yang dianjurkan. Tidak dilupakan kepada jawatankuasa pelajar SPM & STAM, guru-guru yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang program tersebut.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s