Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan & Bulan Disiplin 2019

Alhamdulillah… Sepanjang Bulan April dan Mei 2019, pelbagai program telah dilangsungkan sempena Bulan Disiplin dan Ihya’ Ramadhan 2019. Antara pengisian Bulan Disiplin 2019 termasuklah pameran dan ceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lawatan ke Penjara Marang, Pameran dan Ceramah daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan beberapa aktiviti lain.

Manakala bagi pengisian program Ihya’ Ramadhan, seperti tahun-tahun sebelumnya akan diisi dengan program Tadarus Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), Tadarus Pelajar, Kuliah Khas Ambang Ramadhan, Diskusi Fiqh Siyam, Iktikaf Perdana, Diskusi Kitab dan juga Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2019.

Program-program yang dilangsungkan pada bulan Ramadhan al-Mubarak tersebut mendapat kerjasama yang baik daripada warga kerja dan para pelajar. InsyaAllah, semoga ibadah dan amalan yang dibuat diterima dengan sebaik-baiknya oleh Allah SWT.

Selamat bercuti diucapkan kepada semua anak didik Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman. Cuti Pertengahan Tahun 2019 telah bermula pada 21 Mei 2019 hingga 09 Jun 2019. Sesi persekolahan akan bermula pada 10 Jun 2019 (Isnin). Para pelajar diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan diri dan teruskan hafazan al-Quran dan tidak lupa untuk mentelaah pelajaran.

By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s