Tahniah! Penerima Anugerah Hari Guru MTT 2019

Alhamdulillah…. Program Sambutan Hari Guru & Hari Raya Aidilfitri peringkat Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) berlangsung meriah pada 12 Jun 2019 yang lalu. Suasana ceria dengan pakaian hari raya menambah kehangatan sambutan berkembar tersebut. Ditambah konsep ‘rumah terbuka’ dengan deretan khemah mewakili pelbagai jabatan nyata menghidupkan suasana hari raya.

Bertemakan GURU RABBANI PENYERI PERTIWI, pihak MTT berbesar hati menerima kunjungan Datuk Haji Mustafa bin Ali sebagai perasmi majlis. Dalam majlis yang sama, beliau turut diberi Anugerah yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP), Dr Mohd Hamdan bin Mohamad dihadapan kira-kira 650 orang pelajar dan warga kerja MTT.

Seperti juga tahun-tahun sebelumnya, beberapa anugerah turut diberikan sebagai tanda penghargaan diatas komitmen dan hasil kerja keras yang telah dibuat sepanjang berkhidmat. Penerima anugerah bagi tahun 2019 adalah :

Anugerah Pendidik Ummah : Datuk Haji Mustafa bin Ali
Anugerah Jasamu Dikenang : To’ Puan Hajjah Zaiton binti Salleh
Anugerah Kakitangan : Puan Selimah binti Kassim
Anugerah Guru Cemerlang : Cikgu Saliza binti Ismail
Anugerah Guru Harapan : Cikgu Fatihah binti Yahaya
Anugerah Guru Harapan : Ustaz Mohd Amirol bin Mohamad

Seterusnya, slot beralih kepada sambutan hari raya yang menyaksikan para pelajar mendapat duit raya melalui soalan kuiz yang disediakan oleh setiap jabatan. Tidak ketinggalan, para guru juga mendapat pelbagai hadiah bagi acara cabutan bertuah.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s