#IhtifalMTT2019 Berlangsung Meriah

Subhanallah,…
Alhamdulillah…
Allahuakbar…

Segala puji dan syukur kepadaMu ya Allah, di atas kurniaanMu jua, kami menikmati kejayaan dalam melaksanakan Ihtifal (Haflatul Quran & Idul Ilmi) Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang berlangsung penuh gilang gemilang pada 4 Julai 2019 hingga 06 Julai 2019 yang lalu. #IhtifalMTT2019 ditutup dengan rasminya kira-kira jam 11:59malam dengan alunan lagu Cahaya 114 oleh penampilan istimewa Khai Bahar dan barisan artis yang menghiasi Malam Kesenian MTT 2019 iaitu Kumpulan Soutul Amal, Hilmy Ashley dan Kumpulan Energy. Hilmy Ashley, dan beberapa orang anggota Soutul Amal & Energy merupakan bekas pelajar MTT.

Acara #IhtifalMTT2019 bermula dengan slot Kuliah Maghrib Khas Bersama Pencetus Ummah (PU) Azman pada 4 Julai 2019 di Masjid Jamek Tok Jiring. Sebelum slot kuliah bermula, PU Azman sempat meninjau persekitaran MTT dan menziarahi pusara pengasas MTT. Alhamdulillah, terima kasih kepada PU Azman atas kesudian meluangkan masa untuk program #IhtifalMTT2019 kali ini yang telah menarik ratusan pendengar bersama-sama di dewan solat masjid pada malam tersebut.

Slot diterusan lagi dengan pengisian Bicara Santai Bersama Ustaz Jaa & Ustaz Mat Kechik di Pentas Utama #IhtifalMTT2019. Program diserikan dengan celoteh moderator Ustaz Ismail Ibrahim & Ustaz Mohd Nafizul Ismail (UMNI) mencuit hati para penonton yang terdiri daripada para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat. Alhamdulillah… Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Jaa & Ustaz Mat Kechik atas kesudian menyerikan majlis #IhtifalMTT2019 ini.

Hari Kedua, #IhtifalMTT2019 bermula dengan acara Pertandingan Hafazan yang melibatkan para pelajar MTT memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quranul Karim. Nyata, mereka berpotensi untuk menjadi seorang hafiz dan hafizah di masa akan datang dengan usaha dan perhatian yang berterusan daripada ibu bapa dan guru sekalian.. InsyaAllah, dengan izin Allah SWT. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang yang telah menampilkan persembahan terbaik pada hari tersebut.

Acara lain yang berlangsung setiap hari termasuklah gerai jualan dan pameran daripada pelbagai agensi luar, kalangan pelajar, dan peniaga luar yang bersama-sama memeriahkan #IhtifalMTT2019. Acara #IhtifalMTT2019 berhenti seketika untuk mendirikan solat jumaat. Khutbah Jumaat pada hari tersebut telah disampaikan oleh Adun Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim di Masjid Jamek Tok Jiring.

Acara utama mengambil tempat pada jam 2.30 petang, dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran 2019 di pentas utama. Ia diteruskan lagi dengan ucapan perasmian dari Yang Berhormat Haji Maliaman bin Kassim. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu. Beliau seterusnya menyempurnakan gimik pelancaran #IhtifalMTT2019 dan disusuli dengan pelancaran lagu rasmi Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang diperdengarkan buat kali pertama di khalayak pada petang tersebut. #IhtifalMTT2019 diteruskan dengan Anugerah Pelajar Cemerlang MTT 2019.

Bersambung….

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s