#IhtifalMTT2019 [Bahagian 2]

Alhamdulillah… Hari kedua #IhtifalMTT2019 diteruskan lagi dengan program istimewa Jejak Murabbi. Program yang  bertujuan untuk menghimpunkan bekas guru dan lepasan pelajar Institut Berakan (IB) dan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT). Usia IB/MTT kini sudah mencecah 42 dan masih gigih menabur bakti dan keringat dalam melahirkan Modal Insan Rabbani yang akan menjadi pelapis generasi akan datang yang penuh cabaran berliku.

Program Jejak Murabbi berjaya menghimpunkan lebih 200 orang pelajar dan bekas guru dari serata Malaysia sebagai sokongan dan nilai sentimental terhadap institusi yang banyak menyimpan kenangan ini. Turut bersama-sama dalam program adalah Al-Fadhil Ustaz Dr. Abu Bakar Abdullah. Beliau merupakan salah seorang tenaga yang mengasaskan penubuhan Institut Berakan. Walaupun dalam keuzuran, beliau secara sukarela menawarkan diri untuk menyampaikan ucapan kepada tetamu yang hadir. Lafaz Allahu Akbar yang melazimi bibirnya buat beberapa minit sebagai ucapan beliau menambah hiba para hadirin yang hadir. Semoga Allah memberi kekuatan kepada para Murabbi yang banyak berjasa sejak awal perancangan penubuhan hingga MTT berdiri megah pada hari ini.

Slot Jejak Murabbi berlanjutan sehingga jam 9.30 malam di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring, program lain yang berlangsung pada jam 9.00 malam adalah Bicara Daie Sejuta Ummah yang menampilkan Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus dan Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Abdullah di pentas utama. Kehadiran dua penceramah tersohor itu menarik minat ramai masyarakat setempat yang memenuhi pentas utama #IhtifalMTT2019 seawal jam 9.00 pagi.

Hari terakhir #IhtifalMTT2019, 6 Julai 2019 membuka tirai dengan pertandingan akhir Daie Muda yang menampilkan para pelajar mempamer bakat dalam public speaking dan orator. Beberapa kategori yang dipertandingkan seperti Pidato (Bahasa Arab & Bahasa Inggeris), Pengucapan Awam, Khutbah dan juga Qasidah. Alhamdulillah, peserta berjaya menampilkan persembahan terbaik dan memikat para juri yang terdiri daripada Saudara Ramli bin Md Nor (Jurulatih Kelab Pidato Perdana) & Anggota Qasidah Hadi Ar-Rukhban UniSZA, iaitu Saudara Amir Hamzah bin Kamaruzzaman & Lukman Hakim bin Ahmad Suhaimi.

Pada hari tersebut juga berlangsung pelancaran Kelab Memanah MTT, Jamuan Rakyat untuk para tetamu dan masyarakat setempat serta Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Demonstrasi Masakan dari Kolej Komuniti, Pameran dari Penguatkuasaa Dan Kawalan Terengganu dan Pemeriksaan Mata Percuma dari Sinar Optik.

Program diteruskan lagi dengan Pertandingan Akhir Anugerah Juara Nasyid MTT 2019 yang dilangsungkan di Pentas Utama #IhtifalMTT2019. Para peserta telah di adili oleh Ustaz Mukhtar (Seedrain), Ustaz Solahuddin (IQ-One) dan Cikgu Siti Maimunah daripada SK Gong Nangka. Alunan yang merdu nyata menarik minat para penonton pada petang tersebut. Tahniah diucapkan atas usaha yang telah ditampilkan oleh para peserta.

Slot Santai Petang Bersama Tok Dalang Saufi, pembawa suara animasi Wokyoh, Samad, Said dan beberapa lagi suara animasi lain. Beliau turut terkenal dengan persembahan wayang kulit. Slot bersama Ustaz Mohd Nafizul Ismail (UMNI) dan penglibatan penonton mencuba meniru suara animasi tersebut mencuit hati para tetamu. Slot berakhir kira-kira jam 6.30 petang dan Tok Dalang Saufi bergegas untuk program seterusnya di Kelantan.

Malam yang dinantikan iaitu Penampilan Istimewa Khai Bahar nyata menarik ratusan penonton terutamanya dari kalangan pelajar Universiti sekitar dan masyarakat setempat. Tidak ketinggalan kelab peminat Khai Bahar yang turut hadir pada malam tersebut. Acara Malam Kesenian tersebut telah menggabungkan bekas pelajar MTT, Hilmy Ashley yang kini banyak terlibat dalam stand-up komedi dan hos beberapa buah program bersama-sama  tenaga pengajar MTT iaitu Ustaz Ismail Ibrahim dan Ustaz Mohd Nafizul Ismail (UMNI).

Acara dimulakan dengan persembahan Qasidah dari pelajar MTT, disusuli persembahan dari Kumpulan Soutul Amal dan pelancaran single Kumpulan Energy (Artis sulung dibawah Soutul Amal Records). Pada malam tersebut juga, Soutul Amal telah menyampaikan Lagu Rasmi MTT bersama-sama para hadirin yang hadir pada malam tersebut. Kemuncak program adalah penampilan Khai Bahar yang menutup persembahan dengan nyanyian lagu Cahaya 114 bersama artis jemputan lain di pentas utama. Sebelum itu, Khai Bahar turut menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal daripada KBEmpire Singapura untuk Dana MTT.

Sekali lagi. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan #IhtifalMTT2019 samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Jazakallahu Khairan Kathira kepada para penyumbang dana, penaja buku cenderamata, peserta gerai jualan & pameran, ibubapa, pelajar dan masyarakat setempat yang sentiasa bersama-sama kami dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terbina melalui program-program sebegini dapat diteruskan dimasa-masa yang akan datang.

Allah SWT sahaja yang pastinya memberi sebaik-baik ganjaran kepada hambaNya yang bertakwa.

Jazakallahu Khairan Jazaa sekali lagi diucapkan pada semua. Semoga kita semua sentiasa berada didalam perlindungan Allah SWT. InsyaAllah….

http://mttdaruliman.edu.my
https://mttdaruliman.wordpress.com
https://facebook.com/mttdaruliman
https://instagram.com/mttdaruliman.edu.my

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s