Bingkisan Jaulah Tarbawi Thailand 2019

Alhamdulillah…. Pada 18 hingga 20 Julai 2019 yang lalu, dua buah bas telah membawa warga kerja Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) sempena program Jaulah Tarbawi di Thailand. Peserta mengambil peluang untuk bersiap dan kendiri di Masjid Beijing sebelum meneruskan perjalanan ke Thailand.

Pelbagai destinasi ilmiah dan santai telah dikunjungi sepanjang program tersebut. Antaranya Princess of Naradhiwas University serta lawatan ke Madrasah Daruussalam, Narathiwat. Madrasah ini telah menempatkan kira-kira 5,000 orang pelajar. Suatu jumlah yang sangat besar jika dibandingkan dengan institusi MTT.

Manakala pada hari kedua jaulah, peserta turut melawat Pondok Pombing yang mempunyai jumlah pelajar kira-kira 2,000 orang. Pondok Pombing ini telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Ahmad (Baba Man Pombing). Destinasi lain yang dituju adalah Asian Night Market, Floating Market, Leo Garden Plaza dan Masjid Kerisik serta Kayson Souvenir Shop, Thailand pada hari ketiga sebelum bertolak pulang ke MTT.

Alhamdulillah, pelbagai pengalaman dan ilmu baharu yang pastinya berguna telah diperolehi sepanjang program berlangsung. InsyaAllah, ilmu dan pengalaman yang diperolehi mampu memberi tanda aras bagi membawa MTT kesuatu tahap yang lebih tinggi. InsyaAllah.

Tidak dilupakan ucapan penghargaan kepada para penyumbang dana dan tajaan bagi menjayakan program Jaulah Tarbawi pada kali ini. Semoga Allah SWT memberi ganjaran dan manfaat untuk kita semua di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s