Alhamdulillah… Khatam 30 Juzuk Hafazan Al-Quran

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar!! Segala puji bagi Allah SWT atas nikmat kurnia dan izinNya diatas setiap ketentuan.

Warga Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada adik Ainul Syakirah binti Mohd Shaiful Ambia atas pencapaian beliau tersebut.

Puteri sulung daripada 8 adik beradik ini merupakan anak kepada pasangan Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa & Cikgu Sharipah Fadzillah binti Said Husain ini terus istiqamah dengan hafazan sepanjang tempoh 5 Tahun, 1 Bulan dan 10 hari sehingga mencapai tahap khatam pada 20 Februari 2020.

Harapan kami agar pencapaian adik Ainul Syakirah memberi rangsangan kepada pelajar lain yang masih meneruskan hafazan. Besar harapan kami agar beliau terus komited dalam mencintai ilmu duniawi dan ukhrawi. InsyaAllah, semoga kita semua terus diredhai dan diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah.

🌸 PELAJAR KHATAM AL-QURAN 2020 🌸

NAMA : Ainul Syaakirah bt Mohd Shaiful Ambia
KELAS : 6 Iman Ibnu A’amir (STAM)
TEMPOH : 2015 – 2020 ( 5 Tahun, 1 Bulan, 20 Hari)
TARIKH & MASA :
20/02/2020 bersamaan 26 Jamadil Akhir 1441H
(Khamis), 13:40:00