Liqa’ Warga Pendidik Bersama YB Dato’ Dr. Haji Alias Razak

Alhamdulillah…

Pada 10 November 2022, warga pendidik di sekitar Kuala Nerus dan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan , Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar) sempena Majlis Liqa’ Warga Pendidik Bersama YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak.

Majlis anjuran Pertubuhan Kebajikan Guru Agama Prihatin Kuala Nerus telah diadakan di Dewan Ustaz Abu Bakar bin Abdullah, MTT telah menghimpunkan lebih 200 orang warga pendidik untuk bersama-sama dalam program tersebut.

Semoga pertemuan selama satu jam ini mampu memberi input yang berguna buat para pendidik terutamanya di sekitar Kuala Nerus dan MTT khasnya selaku tuan rumah. InsyaAllah….

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Yang Berhormat atas kesudian meluangkan masa untuk menjayakan program tersebut.

Advertisement