Tahniah Nurul Iman Shah! – Khatam 30 Juzuk Hafazan

Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kurniaanNya, pelajar Muhammad Nurul Iman Shah bint Mohd Shariman dari kelas 5 Imam Nafi’ telah berjaya menamatkan hafazan 30 Juzuk al-Quran pada jam 8.25pagi, 06 Disember 2022 (Selasa) dibawah bimbingan Ustaz Tuan Mohd Izzuddin bin Abu Bakar al-Hafiz.

Putera sulung bagi pasangan Mohd Shariman bin Salim dan Nurrul Aini binti Hassim ini telah memulakan pengajian di MTT pada tahun 2018 di Tingkatan 1. Walaupun terikat dengan persediaan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung, beliau bijak membahagikan masa untuk mendapat hasil yang terbaik dalam bidang akademik dan hafazan.

Semoga usaha dan kesungguhan beliau dalam mendalami ilmu al-Quran disamping ilmu akademik menjelang peperiksaan SPM yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2023 nanti membuahkan hasil yang terbaik. InsyaAllah, warga Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) senantiasa mendoakan yang terbaik buat para pelajar mereka untuk mencipta kejayaan. Biiznillah.

#CemerlangDuniawi

#CemerlangUkhrawi

#HuffazProfesional

#JomMasukMTT

#IntakeMTT2023

Advertisement