Pelancaran Dana Asrama Baharu MTT 2019

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar…

Dengan izin Allah SWT yang maha berkuasa atas setiap sesuatu, Majlis Makan Malam Pelancaran Dana Asrama Baharu Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) di Hotel Permai Inn usai dilangsungkan baru-baru ini. Majlis tersebut dihadiri kira-kira 350 orang tetamu melalui pembelian tiket majlis tersebut sekaligus menyumbang untuk dana yang diusahakan.

Program telah diadakan pada 28 Februari 2019 (23 Jamadil Akhir 1440H) itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Yang Berhormat Dato’ Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali. Dalam ucapan perasmian, beliau telah memaklumkan sumbangan peribadi untuk dana tersebut. Beliau turut memberi galakan kepada para dermawan lain untuk sama-sama membantu memartabatkan institusi pendidikan Islam dalam usaha melahirkan lebih ramai agamawan yang profesional dimasa akan datang.

Beliau turut menambah, “Jangan ingat MTT ini tempat untuk mencari makan dan minum semata-mata, tetapi tempat untuk kita menuai PAHALA. InsyaAllah“.

Semua tetamu diberi peluang untuk menyampaikan sumbangan dana melalui YB Kuala Nerus tersebut di pentas utama. Usai majlis, Yang Berhormat mengambil peluang menyantuni tetamu yang hadir termasuk Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar bin Abdullah, salah seorang pengasas MTT yang dahulunya dikenali Institut Berakan, dan Al-Fadhil Ustaz Awang bin Embong serta tetamu lain yang hadir pada malam tersebut.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Laungan ‘Jangan Hina Nabi Kami’ Bergema Di Hadapan MTT.

Ratusan pelajar, guru dan kakitangan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah mengadakan himpunan aman membantah penghinaan keatas Nabi Muhammad SAW serta Saidatina Aisyah R.A.

Himpunan aman selama 30 minit itu bermula jam 7.45 pagi di hadapan MTT, Tok Jiring pada 28 Februari 2019 yang lalu mendapat sokongan masyarakat setempat yang sama-sama membunyikan hon ketika melalui kawasan himpunan tersebut.

Pengetua MTT (Mudir) Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal berkata, himpunan aman itu sebagai menyatakan rasa marah umat Islam seluruhnya apabila Nabinya dihina oleh orang bukan Islam. Perrbuatan tersebut sangat dibantah dan boleh menimbulkan pelbagai konflik lanjutan yang boleh mencemarkan keharmonian dalam negara Malaysia amnya.

Manakala, Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa selaku Timbalan Mudir turut menyeru pihak berkuasa agar tindakan tegas harus dikenakan kepada golongan yang mencerca Nabi dan agama Islam. Kebimbangan jelas terpancar pada wajah beliau ditambah dengan zaman internet dan media sosial yang memudahkan medium sebaran kebencian sesama masyarakat dan menimbulkan provokasi yang tidak diingini.

Para pelajar yang hadir turut menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap perkara yang telah berlaku. Pelbagai kain rentang bertulis ‘Jangan Hina Nabi Kami’, Kami Bantah Penghinaan Terhadap Nabi Kami’, Penghina Nabi Mesti Dihukum’ dan banyak lagi sebagai tanda protes terhadap kejadian yang berlaku.

By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Alhamdulillah… Menamatkan 30 Juzuk Hafazan…

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Segala puji bagi Allah SWT, pentadbir sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W.

Pada hari ini, 25 Februari 2019, seorang lagi pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran, pada jam 12.00 tengahari. Beliau adalah Busyra binti Abdullah, pelajar tingkatan 5 Imam Ibnu A’amir.

Ucapan tahniah diucapkan dan semoga ia terus mendorong para pelajar lain untuk sama-sama menamatkan hafazan al-Quran. Selamat berjuang juga juga diucapkan kepada Busyra dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini.

Semoga akan lahir lagi huffaz dan haafizah di MTT dimasa akan datang. InsyaAllah.

By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Jamuan Dana Asrama Bersama DSTG Haji Abdul Hadi Haji Awang

Assalamualaikum wbt 😊

Tuan puan yg dimuliakan Allah, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman insyaAllah akan mendirikan sebuah asrama baharu 4 tingkat bagi menggantikan asrama sedia ada yang tidak lagi sesuai dihuni untuk beberapa tahun akan datang.

Anggaran perbelanjaan mencecah RM5 juta.

Maka satu “Majlis Makan Malam Dana Asrama Baru MTT” akan diadakan pada :

🗓 : 28 Februari 2019 (Khamis)
🕗 : 8 Malam
🏩 : Hotel Permai inn, Kuala Terengganu.

Majlis akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang

RM100/kepala
RM1000/meja
Sumbangan nilaian tiket juga amat dihargai 😊

Acara istimewa:
Penyampaian sumbangan secara langsung melalui DSTGuru.

Sebarang pertanyaan boleh rujuk rakan #Charity #Jariah anda.

014-2124909 (Cikgu Abdullah Embong)

 

By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Juara SUKMAT 2019 Kekal Milik Khalid Misyal

Alhamdulillah… Majlis Penutup Sukan Tahunan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (SUKMAT) 2019 telah berlangsung pada petang 31 Januari 2019 di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring.

Majlis penutup yang meriah dengan pelbagai keletah rumah sukan dengan maskot masing-masing mewujudkan suasana ceria dikalangan para pelajar dan guru selepas mengharungi dua hari kejohanan di Padang MTT dan Padang Sintetik Tok Jiring. Pelbagai acara telah berlangsung termasuk merentas desa, olahraga, bola sepak, pingpong, memanah dan pelbagai lagi.

Bagi edisi 2019, Khalid Misyal (Rumah Merah) telah mengekalkan kejuaraan untuk tahun kedua berturut-turut. Piala pusingan telah disampaikan oleh Mudir MTT, al-Fadhil Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal.

By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Mumtaz!! Tahniah STAM MTT 2018 Atas Pencapaian…


Alhamdulillah… Tahniah kepada semua pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018.!

MUMTAZ :
SAYYIDATUL SYAKIRAH BT MUKHTAR.

JAYYID JIDDAN :
MUHAMMAD ATIQ SYIRAZI BIN MOHD AL IKHSAN
MUHAMMAD HAZIQ IRFAN BIN ABDUL WAHAB.
MUHAMMAD IBRAHIM ADHAM BIN BIHA
NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD FAUZI.

BAND 4 (MUET) :
AHMAD MUZAKKIR BIN IBRAMSAH

By mttdaruliman Posted in Uncategorized