Tamrin Guru & Kakitangan di Merantau Inn

Alhamdulillah… selesai sudah program Tamrin Guru & Kakitangan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang telah diadakan di Merantau Inn, Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Program sehari yang berlangsung pada 17 September 2015 itu telah melibatkan penyertaan kira-kira 70 orang warga MTT. Sebelum bergerak menuju ke lokasi program dijalankan, peserta tamrin sempat menziarahi almarhumah isteri Ustaz Zahib Mohd Zain yang meninggal dunia kira-kira jam 8.00 malam, 16 September 2015. Peserta muslimin juga sempat untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah allayarham di Masjid Kampung Banggol Donas.

10534077_10152507257419178_3066111782824803434_n

Perjalanan bermula kira-kira jam 10.30 pagi ke Kuala Abang yang melibatkan 4 buah kenderaan (Bas, Van, Innova, Serena) ke lokasi yang dirahsiakan daripada pengetahuan peserta. Sebaik sahaja tiba di Merantau Inn pada jam 12.07 tengahari, peserta diberi peluang untuk untuk berehat seketika sambil menikmati hidangan ringan sebelum terus ke acara tamrin.

20150920171144

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada mudir, Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal penerangan ringkas mengenai program yang bertemakan To Complete, Not To Compete. Ia sebagai langkah memperkasa setiap jabatan di MTT untuk lebih berdaya saing dan meningkatkan kualiti sessi pengajaran dan pembelajaran di MTT itu sendiri. Tamrin pada kali ini juga turut menampilkan keistimewaan tersendiri dengan lagu rasmi tamrin yang disampaikan oleh saudara Mohamad Ajmain bin Ali bersama-sama peserta tamrin yang lain.

Merantau INN Kuasla Abang Dungun 110712 (5)

Program dibahagikan kepada tiga slot utama iaitu sessi diskusi bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa. Sessi ini dilangsungkan sebelum solat Zohor. Manakala slot selepas solat Zohor pula adalah bersama Jabatan Tahfiz oleh Ustazah Norfaizan Nordin dan Jabatan Akademik bersama Cikgu Nor Effendi Mahyiddin. Turut diselitkan adalah slot bersama Cikgu Siti Nadzirah Mohd Aziz yang berkongsi beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh semua guru dan kakitangan MTT.

20150919230618

Ternyata, banyak input yang telah diperolehi hasil diskusi yang telah dibuat. Pelbagai cadangan dan saranan telah diutarakan dalam program sehari itu bagi memastikan impian melahirkan pelajar yang cemerlang dan sejajar dengan misi dan visi yang diterapkan oleh MTT. Menjelang acara penutup, Cikgu Saliza Ismail dan Ustazah Hafizah Jaya telah dijemput untuk melantunkan sebuah puisi bertemakan guru dan pelajar. Program berakhir kira-kira jam 5.45 petang dengan ucapan dari Cikgu Safinah Jusoh selaku Pengerusi Eksekutif MTT. Selepas minum petang, peserta berangkat untuk menunaikan solat Asar di Masjid Kuala Abang. Sebelum tiba ke Kuala Nerus, mereka singgah untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid Rusila dan tiba di perkarangan MTT kira-kira jam 8.25 malam.

Advertisements

Sambutan Hari Guru MTT 2015

Syukur kehadrat Allah SWT, Majlis Sambutan Hari Guru MTT 2015 yang bertemakan Guru:Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak telah pun selesai dilaksanakan pada 18 Mei 2015. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mas’ul Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) iaitu Tuan Haji Mahamud bin Omar dalam majlis yang berlangsung sedehana tetapi meriah sepanjang hari tersebut. Pihak MTT juga mengucapkan terima kasih dengan kunjungan wakil daripada YB DUN Tepoh, Ustaz Hishamuddin yang menyampaikan kek sempena hari guru 2015.

Selamat hari Guru dan salam kpd semua gury2 MTT... dari wakil Adun Tepuh ., YB Ustaz Hishamuddin Karim

Acara pagi dimulakan dengan sukaneka Boling Padang dan Gelung Rotan bagi guru muslimin, manakala bagi guru muslimat pula adalah Mengisi Air Didalam Botol dan Gubahan Kreatif Menggunakan Tuala. Suasana meriah dapat diperhatikan apabila para pelajar memberikan sokongan padu terhadap guru-guru yang mengambil bahagian dalam setiap acara termasuklah Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal.

11096552_636121786523585_8116872674822871768_n

Selepas rehat dan minum pagi, pelajar dan guru mula mengambil tempat di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Tok Jiring untuk majlis perasmian dan penyampaian anugerah Hari Guru MTT 2015. Sessi dimulakan dengan bacaan doa dan alunan ayat suci al-Quran sebelum semua guru menyanyikan lagu HambaMu sebagai tema sambutan pada tahun ini. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program, Ustaz Wan Shamsuddin, Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal, CEO MTT, Cikgu Safinah Jusoh. dan Ustaz Dr. Abu Bakar Abdullah mewakili Yayasan Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP)

11151016_636130176522746_3852670477433612075_n

Sebelum ucapan dan majlis perasmian, penonton disajikan dengan persembahan deklamasi puisi daripada pelajar MTT iaitu saudari Sabrina dan Jalilah yang bertemakan Hari Guru. Usai majlis perasmian, satu tayangan video khas ucapan hari guru dipertontonkan kepada pelajar.

Suasana menjadi hiba apabila paparan video dan lantunan suara amanat hari guru daripada Sang Murabbi, almarhum Ustaz Abu Bakar Chik terpancar di skrin tayangan. Nyata, aura yang ditinggalkan beliau kekal tersemat didalam jiwa dan sanubari para pelajar dan warga MTT lainnya. Ucapan yang menjurus kearah akhlak dan kemuliaan tugas guru amat bertepatan dengan tema pada tahun ini. Ia diteruskan pula dengan persembahan tribute khas untuk beliau daripada pelajar dengan alunan lagu Kau Murabbi, Kau Guru disertakan dengan tayangan gambar-gambar beliau hingga detik pengebumian beliau.

1510456_636130986522665_4815990661237925138_n

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penganugerahan Hari Guru MTT 2015. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang bagi tahun 2015. Semoga ia memberi satu suntikan untuk terus maju dan berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi selaras dengan penganugerahan diberi. Berikut disertakan pemenang anugerah bagi Hari Guru MTT 2015.

11225719_636130493189381_7994270800692598866_n (1)

Anugerah Guru Harapan 2015 :
Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar
Ustazah Ummu Nurul Aiman bin Mat Jamil

Anugerah Kakitangan 2015 :
Encik Ahmad Izzuddin bin Yusof

Anugerah Guru 2015 :
Ustaz Mohd Khairul Nizam bin Mohd Rozali
Cikgu Zuraini binti Salleh

Anugerah Jasamu Dikenang :
Ustaz Dr Mohd Hamdan bin Mohamed.

11225719_636130493189381_7994270800692598866_n (1)

Selepas tetamu kenamaan bergerak meninggalkan majlis untuk santapan makan tengahari, fasa terakhir Majlis Sambutan Hari Guru MTT diteruskan dengan cabutan bertuah untuk guru dan juga pelajar. Majlis diselangi dengan persembahan menarik daripada pelajar. Persembahan pertama adalah daripada wakil Tingkatan 3 yang menyampaikan nasyid berjudul Jalinan. Persembahan yang paling mencuit hati para hadirin adalah persembahan pentas bertajuk Dulu dan Sekarang yang telah dilakonkan dengan jayanya oleh pelajar dari kelas 3 Imam ‘Asim. Persembahan terakhir daripada pelajar Tingkatan 5 dengan lagu bertajuk Nur Kasih yang disertai gimik penyampaian origami berbentuk burung kepada para pendidik di MTT.

1510441_636129969856100_4507095695389637412_n

Akhir sekali adalah penyampaian hadiah acara sukaneka yang berlangsung pada sebelah pagi. Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan, antaranya Che Mohd Firdaus, Ust. Khairul Nizam, Ustazah Norlela, Cikgu Asma Haida, Cikgu Zuraini & pasukan, Ustazah Aminan Mastura & pasukan serta beberapa orang yang turut memenangi hadiah masing-masing.

11111626_636131373189293_5369801102210008330_n

GALERI GAMBAR 1

GALERI ANUGERAH HARI GURU MTT 2015

Sekitar Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah

Bersempena dengan program Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah (IAPU) kali ketiga yang berlangsung di Rusila, Marang, Terengganu, warga kerja di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman juga turut sama terlibat dalam kemeriahan program tersebut. Antaranya, Gerai Jualan Fisabilillah, penyediaan button peserta, perbarisan unit amal, persembahan Qasidah, menghadiri sidang dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.

10509689_933643983334621_4380196434427544226_n

Program antarabangsa ini menarik ribuan pengunjung dari serata Malaysia dan juga negara lain. Ada antara mereka mengambil peluang menziarahi pusara almarhum Ustaz Abu Bakar Chik di Tok Jiring, Kuala Terengganu. Almarhum merupakan Pengarah Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Pertama & Kedua yang berlangsung sebelum ini. Lepasan pelajar juga turut sama mengambil peluang beramah mesra dengan guru-guru yang pernah mendidik mereka di MTT ini.

11082607_10153266286783738_8880960361184227964_n

11076210_357095337831293_4264786540925341187_n

Hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang erat ini tetap berterusan walaupun hampir setahun almarhum pergi meninggalkan kita.

Kunjungan dari ARC Wilayah Persekutuan

Kunjungan dari ARC Wilayah Persekutuan

Rombongan Dari Selangor

Rombongan Dari Selangor

1902735_10206166031415751_7557283450924389557_n

 

GALERI IAPU