Lawatan Qudwah MTT 2016

Alhamdulillah… Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas perkenan dan keizinanNya , Lawatan Sambil Belajar Kepimpinan Pelajar (Qudwah) Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) 2016 telah selesai dilaksanakan. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu telah berkesempatan ke Kolej Universiti Islam Malaysia, (KUIS), Pusat Dakwah Serantau (PDS), Pusat Rawatan Darul Syifa’ serta meninjau beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur.



10273661_764815670320862_2118773606237402412_n

Setibanya di Masjid Nilai Putra, peserta rombongan dan guru pengiring yang terdiri daripada Ustaz Shaiful Ambia, Cikgu Siti Nadzirah, Cikgu Zuraini, Cikgu Assrin, Cikgu Semazuani dan Ustaz Adli Najmuddin mengambil peluang untuk berehat dan kendiri sebelum meneruskan perjalanan ke KUIS, PDS serta Darul Syifa’ dan beberapa lokasi menarik di sana.

970617_766092773526485_804626132413341080_n

Alhamdulillah, banyak perkongsian yang diperolehi sepanjang tempoh lawatan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang banyak memberi kerjasama sepanjang lawatan ini berlangsung. InsyaAllah, dengan izin Allah SWT, pasti akan ketemu lagi.

1958342_766093166859779_7762350827959433615_n

Pihak MTT berharap agar ilmu-ilmu yang diperolehi sepanjang lawatan ini dapat digunakan sebagai satu inspirasi untuk meningkatkan kualiti diri dan mendepani cabaran yang mendatang. Sesungguhnya, kita semua telah diamanahkan dengan tanggungjawab yang perlu dijaga sebaiknya dalam usaha mencapai matlamat yang diimpikan terutamanya impian MTT untuk melahirkan golongan pemimpin dan ulama’, bakal pewaris masa depan negara. InsyaAllah, semoga kita semua mendapat keberkatan dan keampunan dariNya atas apa yang telah dilakukan.

 10003976_766092980193131_7444277980689961745_n
Advertisements

Perhimpunan Pelajar 5 April 2015

Alhamdulillah, beberapa program telah disempurnakan dalam perhimpunan 5 April 2015 antaranya Pelancaran Pertandingan Penulisan Karya Kreatif dan Watikah Perlantikan Pengawas Buku Teks yang telah disempurnakan oleh mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Ustaz Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal.

Pertandingan Penulisan Karya Kreatif adalah satu inisiatif untuk memberi peluang kepada pelajar mempamerkan bakat mereka dalam bidang penulisan kreatif untuk dimuatkan kedalam Majalah Al-Ikhwan. Majalah ini dijangka akan diagihkan dalam Majlis Haflatul Quran yang dijadualkan sekitar bulan Julai 2015 kelak. Beberapa kategori telah diperkenalkan untuk menarik minat dan mengasah bakat pelajar-pelajar MTT.

20150404191820 (1)

Turut diadakan pada hari ini adalah Watikah Perlantikan Pengawas Buku Teks yang dipengerusikan oleh Ketua Unit Buku Teks iaitu Cikgu Tengku Noriza bt Tengku Ibrahim. Dua orang pengawas dari setiap kelas telah dilantik untuk memastikan buku teks sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan baik. Ia juga untuk mendidik pelajar supaya amanah dan menjaga harta benda dengan baik dan tidak ditinggalkan di merata-rata tempat.

20150404191820

 

20150404191832 (6)

Turut dilangsungkan pada majlis yang sama adalah Watikah Perlantikan Guru Muda dan Penyampaian Hadiah 3K yang dimenangi oleh kelas 1 Imam Ibnu Kathir (Menengah Rendah) dan 5 Imam Nafi’ bagi kategori Menengah Atas.  Manakala bagi Kelas Harapan dianugerahkan kepada kelas 2 Imam ‘Asim.

11095334_842499422486693_2096001270_n

11099754_842499429153359_1804515362_n

GALERI AKTIVITI