Kuasai Dwi Bahasa, Gotong Royong Perdana dan Kunjungan Dr Ann Wan Seng.

Begitu pantas masa berlalu, kini kita sudah memasuki bulan kedua sessi persekolahan 2015. Gerak kerja dan program-program di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah makin rancak digerakkan mengikut takwim tahunan yang dirancangkan (Rujuk Disini). Bagi pelajar PT3 dan SPM, mereka bakal menduduki Ujian TOV pada dua minggu pertama bulan Februari.

tov12015

Jika anda masih ingat, program Kuasai Dwi Bahasa (K2B) (Rujuk Sini) buat julung kalinya telah dilaksanakan pada April 2014. Program tersebut akan diteruskan dan telah disempurnakan majlis perasmiannya pada 01 Februari yang lalu.

Antara objektif program ini untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab melalui perkataan.  Ia juga untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan kedua-dua bahasa tersebut sebagai bahasa pengantara didalam program yang diadakan di MTT. Ia juga untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam bahasa arab sesama rakan dan guru. Sekaligus, mampu menambah keyakinan didalam diri pelajar untuk berinteraksi menggunakan bahasa arab dan inggeris.. Manakala visi program K2B adalah untuk melahirkan Daie dan Ilmuwan Islam di peringkat antarabangsa seperti yang dicita-citakan oleh almarhum Ustaz Abu Bakar Chik.

Dalam usaha mencapai objektif dan visi program, beberapa perancangan telah dilaksanakan antaranya menjadikan hari Isnin sebagai hari untuk bertutur dalam Bahasa Arab dan hari rabu untuk Bahasa Inggeris. Untuk slot ini, skrip dalam kedua-dua bahasa akan disediakan untuk pelajar mengikut situasi dan keadaan tertentu. Tahap skrip ini akan berubah secara berperingkat mengikut tahap penguasaan pelajar dan tingkatan mereka.

Seperti juga tahun lalu, aktiviti seperti choral speaking / kalam jamaie, sketsa, nasyid, kosa kata dan pemasangan banner dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk memupuk minat pelajar.

Pada hari selasa, satu gotong royong perdana telah dilaksanakan pada jam 8.00 – 9.00 pagi. Program ini melibatkan semua pelajar dan guru untuk membersihkan kawasan MTT dengan pembahagian zon-zon tertentu yang telah dikawal selia oleh guru bertugas. Program ini bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang pentingnya untuk menjaga persekitaran tempat menuntut ilmu.

Ziarah drp dr ann wan seng ke mtt (03022015)

Dr Ann Wan Seng ke MTT pada 03-02-2015.

Advertisements

Program Eksplorasi Alam PT3

Alhamdulillah… walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, Program Eksplorasi Alam di Peladang Setiu Agro Resort berjaya dilaksanakan pada 18 dan 19 November 2014 yang lalu.

 eksplorasi alam 40

Sejumlah 49 orang pelajar Tingkatan 3 telah terlibat dalam program ini. Daripada jumlah tersebut, 31 orang peserta adalah pelajar lelaki manakala selebihnya adalah pelajar perempuan. Lima orang guru pengiring yang terlibat adalah Cikgu Siti Nadzirah binti Mohd Aziz, Cikgu Nor Iman binti Abdullah, Cikgu Baihaqi bin Haziah, Cikgu Ahmad Nahri bin Abd Aziz dan Ustaz Wan Shamsuddin Wan Daud.

Eksplorasi alam 10

Antara aktiviti yang telah dibuat dalam program selama dua hari tersebut adalah bermain rakit, bola sepak, bola jaring dan flying fox. Sessi BBQ turut dibuat bersama-sama pada sebelah malamnya. Pada hari terakhir program, mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menyampaikan amanat dan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar terbabit.

eksplorasi alam 8

InsyaAllah, semoga bertemu kembali ditahun 2015.

GALERI GAMBAR EKSPLORASI ALAM 2014

MTT Menentang Kekejaman Zionis!!

Hari ini, bertarikh 6 Ogos 2014 seawal jam 7.45 pagi, semua warga Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah berkumpul sepanjang jalan bagi menunjukkan protes dan rasa kebencian terhadap Rejim Zionis Laknatullah!. Umum mengetahui mengenai kekejaman Rejim Zionis yang telah membunuh ribuan rakyat Palestin sejak sekian lama.

Pembakaran bendera Israel juga dilakukan oleh Mudir, Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal bagi menzahirkan lagi rasa kebencian warga MTT terhadap perbuatan terkutuk Zionis. Pelajar dan guru-guru lain juga turut sama dengan memijak bendera Israel, membakar dan membuang kedalam tong sampah sebagai protes terhadap kekejaman mereka. Sebelum pelajar-pelajar dan guru masuk ke kelas, semua warga MTT mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara Palestin dari terus ditindas tentera Zionis tersebut.

 

 

 Dua gambar dibawah ini diambil ketika kunjungan Pimpinan Hamas ke MTT pada tahun 2006..

Gambar Sekitar Demonstrasi Pada Hari Ini.

Gambar Kunjungan Pimpinan Hamas ke MTT pada 2006.