Temu Murni & Pelajar Terbaik Pertengahan Tahun MTT 2015

Alhamdulillah, selesai Majlis Temu Murni, Peperiksaan Pertengahan Tahun MTT 2015 yang berlangsung di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring pada pagi 20 Jun 2015. Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jemaah Ibu Bapa & Guru (JIBG) itu dimulakan dengan bacaan al-Quran dan ucapan alu-aluan dari Naib Mudir Akademik, Cikgu Nur Effendi Mahyiddin berkaitan prestasi akademik pelajar-pelajar di MTT bagi setengah tahun pertama 2015.

Temu Murni 8

Ia disusuli dengan ucapan dari Naib Mudir Tahfiz Ustazah Norfaizan Nordin sebelum diserahkan kepada Pengerusi JIBG Dr. Berhanundin Abdullah untuk menyampaikan ucapan. Acara dewan diakhiri dengan ucapan mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Ustaz Muzaihar Kamal Mustapa Kamal yang merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar dan ibu bapa yang sama-sama hadir memberikan sokongan terhadap program yang dianjurkan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sessi ibu bapa dan pelajar bersama-sama guru kelas untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Temu Murni 20062015 7

Berikut disenaraikan pelajar terbaik Peperiksaan Pertengahan Tahun MTT 2015 (Mengikut Tingkatan)

Imam Hafs 1 : Anis Nawwarah Mohamad Umbaidah
Imam Hafs 2 : Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Mohd Fadzil
Imam Hafs 3 : Muhammad Lutfi Hadi Mohd Zulkifli

Tingkatan 1 : Muhamad Naim Zaidi
Tingkatan 2 : Afiq Syahmi Zuraidi
Tingkatan 3 (PT3) : Faizatun Syafiqah Che Alwi

Tingkatan 4 :
Tahfiz Sains Tulen : Khalid Jauhar Bani Amin
Tahfiz Perakaunan : Nor Intan Baizura Zulkifli
Tahfiz Pengajian Islam : Fakhrul Islam Yaacob

Tingkatan 5 (SPM) :
Tahfiz Sains Tulen : Nur Asmak Mohd
Tahfiz Perakaunan : Muhammad Hazim Mohamad
Tahfiz Pengajian Islam : Najwa Syakirah Abdul Aziz

Tingkatan 6 (STAM) : Fathullah Ashaari Muhammad

Temu Murni 20062015 3

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun MTT 2015 baru-baru ini. Kejayaan anda memberi satu perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh kedua ibu bapa anda dan juga para pendidik yang sentiasa bertungkus lumus dalam memberi ilmu yang bermanfaat kepada anak bangsa pewaris masa depan negara

Pelajar-pelajar lain juga tidak kurang hebatnya, jadikan kejayaan mereka sebagai rangsangan untuk anda buktikan bahawa anda mampu mencapai tahai yang lebih tinggi dimasa mendatang.

Advertisements

Himpunan Pendidik Islam 2015

11229556_635161116619652_6444441438633436491_n

Alhamdulillah, sekali lagi warga pendidik di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) diberi kesempatan untuk bersama-sama dalam program Himpunan Pendidik Islam bagi tahun 2015 yang telah dianjurkan di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks Batu 9, Kota Sarang Semut. Alor Setar, Kedah. Ini adalah kali ketiga warga pendidik MTT bersama-sama mengikuti program tersebut selepas program yang sama dianjurkan di Selangor dan Kelantan pada tahun terdahulu.

10425412_635161016619662_4452786293246428623_n

Rombongan yang turut disertai Ustaz Dr. Abu Bakar Abdullah bergerak ke negeri Kedah sekitar jam 11.00 malam dari perkarangan MTT dan menuju ke SMA Taufikiah  Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pok Ya sebagai memenuhi undangan daripada  Ustaz Solehan dan Cikgu Suklia yang juga merupakan bekas guru di MTT. Selesai bersarapan, rombongan terus bergerak ke program tersebut.

11262993_636085193193911_1448979728249274153_n (1)

Beberapa pengisian dalam program tersebut adalah persembahan alunan Qasidah dan Burdah, kumpulan nasyid undangan Far-East, bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada Qari cilik, adik Haikal Firdaus bin Mohd Jaafarudin Al-Hafiz, ucapan dari kenamaan dan pidato khas dari YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah diberi penganugerahan Tokoh Murabbi Ummah.

11218763_635163026619461_5827111786183476014_n

Dalam program tersebut juga, Ustaz Dr Abu Abdullah juga telah dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidik Pasti 2015. Artikel dan maklumat lanjut berkaitan program ini boleh diikuti di Facebook HIMPUNAN PENDIDIK ISLAM 2015.

InsyaAllah, kami warga kerja di MTT akan terus memberi sokongan terhadap program-program sebegini pada masa-masa mendatang.

17099_636064626529301_6718712475481516994_n

GALERI GAMBAR