Perjuangan Menuntut Ilmu Diteruskan.

Alhamdulillah… Bersyukur ke hadrat Allah SWT diatas setiap nikmat yang dikurniakan terhadap hamba-hambaNya. Nikmat, kemudahan dan kesenangan dalam menuntut ilmu dunia serta mendalami ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dalam usaha meningkatkan keimanan didada. Sekaligus untuk menjadi khalifah yang beriman, bertakwa dan beramal soleh kepada Maha Pencipta.

Sepertimana lepasan pelajar pusat pendidikan lain diserata Malaysia, graduan dari Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) juga tidak terkecuali  untuk bersaing meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam mahupun luar negara. Lepasan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia bersungguh-sungguh sebaris dengan lepasan sekolah lain untuk terus mendalami ilmu ke peringkat yang lebih tinggi dari masa ke masa.

LULUSAN STAM MTT 2015 MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI

  1. Che Engku Khairul Ahmad bin Che Engku Rozali (Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA)
  2. Muhamad Hafiz bin A.Bakar @ Abd Kadir (Universiti Al-Azhar, Mesir)
  3. Mohamad Iman bin Mohamad Ghazali (Universiti Al-Azhar, Mesir)
  4. Mohd Qosim bin Husni (Universiti Al-Azhar, Mesir)
  5. Muhammad Abdul Qayyum bin Mohamad Zin (Universiti Al-Azhar, Mesir)
  6. Wan Zulkarnain bin W. Mohd (Universiti Al-Azhar, Mesir)
  7. Siti Khadijah Nabilah binti Othman (Universiti Al-Azhar, Mesir)

LULUSAN SPM MTT 2015 MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI

  1. Aslam bin Asyraf (Ijazah Syariah), Universiti Al-Azhar, Mesir
  2. Nur Asmak binti Mohd (Asasi Sains Fizik), Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)
  3. Muhammad Hazim bin Mohamad (Asasi Kemanusiaan), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  4. Muhammad ‘Asimuddin bin Analis (Dploma Kejuruteraan Elektrik), Universiti Teknologi Mara (UTM-Dungun)
  5. Muhammad Said bin Mohd Amin (Diploma Sains Komputer (Multimedia)), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
  6. Muhammad Luqman Hafiz bin Zawawi (Diploma Kejuruteraan Elektrik (Komputer)), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
  7. Nur Athirah binti Hashim (Diploma Elektrik & Elektronik), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
  8. Muhammad Hasif bin Abd Rasid (Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
  9. Fikri Fahmi bin Wahab (Diploma Kejutureraan Elektronik (Elektrik)), Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
  10. Ahmad Riddhaudin bin Amad Rafie (Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)), Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
  11. Amirul Hazman bin Hamdan (Marin), Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  12. Muhammad Faris Hakimi bin Che Manan (Asasi Bahasa Arab), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS)
  13. Mohd Iman Hakimi bin Mohamad (Diploma Teknologi Komputer), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS)
  14. Muhammad Amir Syahmi bin Kamaruzaman (Diploma Tahfiz Wal Qiraat), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
  15. Nur Sarah Zahidah binti Mohd Zuki (Pembuatan Pakaian Wanita), Sijil Latihan Dual Nasional, Kementerian Sumber Manusia
  16. Siti Noor Mursyidah binti Noor Hisyam (Pembuatan Pakaian Lelaki), Sijil Latihan Dual Nasional, Kementerian Sumber Manusia
  17. Muhammad Mujahid bin Jaya Asmara (Lukisan Pelan Seni), TESDEC
  18. Muhammad Aqil Zikry bin Azmi (Sijil Elektrik Kuasa Dua), Institut Kemahiran MARA (IKM)
  19. Nor Anisah binti Mamat (Program Insentif Persediaan Logistik), Kolej Profesional MARA, Johor
  20. Fadhilah Hani binti Md Nasir, (Bakeri), Giat Mara Batu Rakit
  21. Dayana NatasyaMuhammad Hisyan, (STPM) SMK Bukit Tunggal
  22. Fatihah Zahidah binti Mat Rohim (STPM), Sekolah Menengah Teknik Lapangan Terbang, Kuala Terengganu
  23. Nur Sakinah binti Khasim (STPM), SMK Bukit Tunggal
  24. Nussrah binti (STPM), SMK Bukit Tunggal
  25. Nik Nor Hafizah binti Nik Zubir (STPM), Sekolah Menegah Kompleks Mengabang Telipot
  26. Noor Fatin Nazihah binti Zulkifli (STPM), SMKA Durian Guling
  27. Farah Najihah binti Rani (STPM), SMK Sultan Ahmad
  28. Nur Naimatul Salsabila binti Mohd Razif (STPM), SMK Padang Midin
  29. Nur Aqila bt Mohd Zahari (STAM), Institut Pengajian Islam (INSPI)

Semoga kalian semua mendapat ilmu yang bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama. Teruskan menuntut ilmu dan menyebarkan kepada umat manusia untuk mereka sama-sama memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Advertisements

Pelajar Cemerlang Percubaan SPM & STAM 2015

Nyata, minggu yang agak padat bagi warga guru dan pelajar di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman sekembalinya dari cuti hari raya Aidiladha 1436H. Beberapa program telah berlangsung sepanjang minggu lalu dimana pada hari Ahad 27 September 2015, pelajar-pelajar berkesempatan melihat sendiri ibadah Qurban yang dijalankan di perkarangan asrama muslimin MTT sambil diberikan taklimat ringkas mengenai ibadah yang dijalankan.

20150926210829 (1)

Hari berikutnya (isnin) pula telah diadakan majlis penyampaian slip BK 9, PT3 2015 di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Manakala bagi slip peperiksaan percubaan SPM dan STAM 2015 pula diadakan dalam majlis berbeza pada hari Khamis, 1 Oktober 2015. Antara pengisian dalam kedua-dua program adalah ucapan wakil guru subjek, SPM dan STAM,  analisa peperiksaan oleh naib mudir akademik Cikgu Nor Effendi Mahyiddin, ucapan mudir MTT iaitu Ustaz Haji Muzaihar Kamal Mustapa Kamal. Berikut dilampirkan pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Percubaan SPM & STAM 2015.

12029695_10153773351478738_8092783116950261849_o

Tahfiz Sains Tulen : Nik Norhafizah Nik Zubir
Tahfiz Perakaunan : Muhd Hazim Mohammad
Tahfiz Pengajian Islam : Fatihah Zahidah Mat Rohim

Sijil Tinggi Agama Malaysia : Fathullah Ashaari Muhamad

12045665_10153773348933738_599241508881147344_o

Selain kelas tambahan, pelajar-pelajar turut terlibat dengan program solat hajat dan bacaan surah Yaasin menjelang musim peperiksaan yang semakin hampir.

Manakala sebagai promosi kemasukan ke MTT bagi tahun 2016, pihak MTT juga telah mengadakan beberapa siri motivasi dan kesedaran di beberapa buah sekolah terpilih. Pada kali ini, sekolah yang telah dikunjungi adalah Madrasah Darussalam (Losong) pada 30 Oktober 2015 dan Madrasah Darul Iman (Bukit Payong) pada hari berikutnya yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nafizul bin Ismail

20150930235714 (4)

Alhamdulillah, semoga setiap usaha yang dijalankan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Sumbangan Kek Hari Guru MTT

Syukur Alhamdulillah, pada 18 Mei 2014 yang lalu, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) menerima sumbangan dua biji kek sempena Hari Guru 2014 daripada dua individu berikut :

1. Daripada Ust Ustaz Hishamuddin (YB Tepoh) dan Ustaz Khairudin (YB Kuala Nerus)
2. Daripada ADUN Bukit Tunggal,Dr Alias Razak.

Syukran Jazeelan diucapkan kepada penyumbang-penyumbang. Untuk makluman, Sambutan Hari Guru 2014 peringkat MTT hanya akan dianjurkan pada 25 Mei 2014 bersamaan hari Ahad.

Lawatan Qudwah MTT 2014

Bukit Bendera

Bukit Bendera

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang sering mengikuti perkembangan aktiviti Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman menerusi Portal Berita MTT.

Pada 20 Mac 2014 bersamaan hari Khamis yang lalu, satu lawatan telah dianjurkan. Lawatan ini adalah untuk pengawas di MTT atau lebih dikenali sebagai Qudwah MTT. Lawatan sambil belajar ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dan difokuskan di beberapa lokasi di utara semenanjung Malaysia.

Semua pelajar yang terlibat dikehendaki berkumpul pada jam 11 malam di perkarangan MTT bersama beberapa orang guru pengiring seperti Ustaz Mohd Shaiful Ambia, Ustaz Mohd Khairul Nizam, Cikgu Siti Nadzirah dan beberapa orang guru pengiring lain.

Antara lokasi yang dilawati pada hari pertama lawatan (21 Mac 2014) adalah ke Makam Assyahid Ibrahim Libya dan sahabat yang terkorban dalam peristiwa Memali pada pertengahan 1980an yang lalu. Pelajar juga turut dibawa melawat Makam pimpinan PAS yang dihormati dan disegani iaitu Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Dato’ Seri Azizan di Pokok Sena Kedah. Lawatan turut melakukan tinjauan ke sebuah pondok yang banyak melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang iaitu Sekolah Taufikiyah Khairiyah Al-Halimiyah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Kedah.

Seterusnya, pada hari kedua lawatan, pelajar-pelajar dibawa melawat Maahad Tahfiz Intan di Sungai Petani sebelum diteruskan lagi dengan menuju ke Sekolah Rendah Agama Al-Ansar di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pelajar-pelajar turut dibawa melawat ke Bukit Bendera dan juga menara KOMTAR. Lawatan seterusnya bergerak ke Perak untuk melawat beberapa lagi pusat pendidikan dan tempat menarik di sana termasuk Maahad Al-Quran Wal Qiraat Addin di Perak.

Lokasi terakhir lawatan menuju ke Cameron Highland bagi memberi peluang kepada semua pelajar dan guru pengiring menghirup udara segar setelah mengharungi perjalanan yang memenatkan. Keadaan jalan sepanjang 3 hari 2 malam juga agak sesak memandangkan cuti sekolah yang baru sahaja bermula. Bas yang membawa pelajar tiba di perkarangan MTT sekitar jam 2 pagi hari Ahad.

Semoga Qudwah berpuas hati dengan lawatan yang telah dianjurkan ini. Pihak MTT juga berharap agara Qudwah MTT terus memberi yang contoh teladan yang baik kepada pelajar dan masyarakat samada didalam mahupun diluar persekitaran sekolah.

Barisan Qudwah bergambar di Bukit Bendara

Barisan Qudwah bergambar di Bukit Bendara

Barisan Qudwah bergambar di Bukit Bendara

Barisan Qudwah bergambar di Bukit Bendara