Jambori Umum MTT 2017

Alhamdulillah… Jambori Umum Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) 2017 usai dilaksanakan bermula 28 Februari hingga 2 Mac yang lalu. Program yang menghimpunkan keseluruhan pelajar MTT berjumlah 560 orang itu telah berlangsung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kampung Telaga Batin, Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti dan pengisian telah disusun atur bagi merealisasikan tema Usaha! Fokus! Berjaya!.

Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan gerak kerja dan perjalanan program yang telah direncanakan. Antara aktiviti para peserta adalah mendirikan khemah, menyediakan hidangan, aktiviti berkumpulan termasuk taaruf bermodul, ice-breaking, pertandingan kawad kaki, pertandingan memasak, mencipta gadgetexplorace, membina monumen dan memastikan keadaan khemah sentiasa dalam keadaan ceria, kemas dan menarik. Mereka juga telah diberikan tanggungjawab sebagai imam dan bilal bertugas sepanjang program mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selain pengisian berbentuk aktiviti fizikal, ikatan kerjasama dan ukhuwah para peserta turut didedahkan dengan slot-slot tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dan juga para pendidik dari MTT.  Pada hari pertama program, para peserta telah disegarkan dengan topik Peranan & Cabaran Seorang Pejuang yang telah disampaikan oleh Cikgu Razali bin Mohd Yunus. Penyampaian yang memberi kesegaran dan semangat kepada para pelajar untuk tidak mudah berputus asa dan membina perkaderan diri pelajar.

Beberapa slot tazkirah yang turut diselitkan dalam program pada kali ini termasuklah tazkirah Al-Quran Pemangkin Kejayaan Pelajar yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Aruddin Nawi,  Kearah Membina Generasi Rabbani oleh Ustaz Ahmad Fakhrul Azizi dan Sembang Pagi bersama pengarah program Jambori Umum MTT 2017, Ustaz Mohd Nafizul Ismail.

Selain itu, elemen kerohanian dan penyucian jiwa turut diselitkan dalam program pada kali ini. Antaranya, bacaan surah Al-Mulk pada setiap malam, qiamullail, solat hajat, solat tahajjud dan solat taubat. Pihak penganjur turut menjemput Qudwah Legacy Training Consultant untuk sessi munajat pada malam terakhir program..

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YM Cikgu Raja Endon Raja Abdul Rahman pada hari Khamis, 2 Mac 2017, kira-kira jam 11.30 pagi.

Advertisements

Team Building Kepimpinan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Team Building Kepimpinan dan saf jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam penganjuran edisi kali ini. Program ini hanya melibatkan kempimpinan pelajar Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman yang terdiri daripada Qudwah, AJK Asrama dan juga pengawas PERMATA yang telah dilantik pada penghujung sessi persekolahan 2014 yang lalu berjumlah 80 orang.

4

Semua peserta mula mendaftarkan diri pada petang 5 Januari 2015 dan diberi taklimat ringkas pengisian dan disiplin dalam program ini. Sepanjang tiga hari program, peserta terlibat dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan, ceramah dan juga pengisian rohani. Antaranya program yang disertai adalah Kawad Kaki, praktikal menjadi seorang pengerusi majlis dalam 3 bahasa (Arab, Melayu, Inggeris), tugasan kepimpinan dalam bidang yang diamanahkan serta demonstrasi isu.

8

tamrin

Selain itu, pelajar juga terlibat dengan pengisian kerohanian termasuklah Qiamullail, tazkirah subuh dan bacaan ayat suci al-Quran sebelum tidur. Bagi slot pengisian dan ceramah pula diisi oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia (Visi dan Misi MTT), En. Ahmad Izzuddin bin Yusof (Media Teknologi Maklumat Sebagai Dunia Dakwah) dan Ustaz Wan Shamsudin dengan tajuk Mewajahkan MTT Dengan 5’s.

9

Dalam usaha meningkatkan daya kepimpinan pelajar, mereka turut terlibat dalam slot penyampaian tazkirah selepas solat jemaah. Peserta juga dikehendaki menunjukkan demonstrasi lakonan mengenai situasi yang sering berlaku dan cara mengatasinya sesuai dengan jawatan yang diamanahkan kepada mereka. Sebagai contoh, bagaimana cara apabila terserempak dengan pelajar yang melakukan gejala vandalisme di asrama.

11

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Mudir MTT, Ustaz Haji Muzaihar Kamal selepas bacaan ikrar oleh peserta Team Building Kepimpinan pada kali ini. Semoga mereka dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. InsyaAllah….

Hari Raya Aidilfitri Peringkat MTT 2014

Alhamdulillah… Majlis Sambutan Hari Raya MTT usai dilaksanakan selepas sessi perhimpunan ringkas pada 7 Ogos 2014 yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Dr. Abu Bakar bin Abdullah selaku Pengerusi Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP). Semua guru, kakitangan dan pelajar MTT kelihatan segak dan cantik dengan pakaian raya masing-masing. Pelbagai pengisian menarik yang ditampilkan dalam majlis tersebut termasuk persembahan dari pelajar-pelajar, dan juga sampaikan ucapan hari raya.

Gambar-Gambar Sambutan Hari Raya MTT.