Penganugerahan Sempena Hari Guru 2016.

Alhamdulillah… dalam kesibukan tugasan seharian warga kerja di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), sambutan Hari Guru 2016 tetap berlangsung meriah. Aturcara dimulakan dengan beberapa acara sukaneka yang membabitkan guru serta kakitangan di MTT yang berakhir kira-kira jam 10.00 pagi.

13241148_801606796641749_4524472163239141799_n

13254144_801606003308495_5497279654862391324_n

Setelah mengambil peluang beristirehat, acara dewan dimulakan pada jam 11.00 pagi di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring dengan slot ucapan daripada wakil guru, pelajar serta Pengarah Program Hari Guru 2016, Cikgu Ahmad Nahri Abd Aziz. Acara kemuncak adalah perasmian oleh Tuan Haji Daud bin Jusoh serta penyampaian Anugerah kepada mereka yang terpilih. Acara kemudiannya diteruskan dengan sessi cabutan bertuah dan selingan persembahan daripada pelajar-pelajar di MTT.

Berikut disertakan senarai penerima Anugerah Hari Guru 2016…. Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Sempena Hari Guru MTT 2016.

Anugerah Jasamu Di Kenang :
1) Ustaz Rashid Omar

13239059_801602386642190_6835249222304793211_n

Anugerah Tokoh Guru Cemerlang
1) Ustaz Mohd Shaiful Ambia Darusa
2) Cikgu Raja Endun Raja Abdul Rahman

13256063_801602383308857_6098744162090826201_n 13245263_801602373308858_2419813486225093900_n

Anugerah Guru Harapan
1) Ustaz Mohd Nafizul Ismail
2) Ustazah Hazirah Zulkifli

13237623_801602536642175_7371787711469832586_n 13256469_801602543308841_347252675809248232_n

Anugerah Kakitangan Cemerlang
1) Cikgu Mohamad bin Mina

13245469_801602376642191_5401777425390715903_n

Semoga ia dijadikan sebagai lonjakan semangat kepada semua pendidik yang lain. Setiap individu itu ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bergantung kepada cara dia memanfaatkannya.

Advertisements

Tamrin Guru & Kakitangan di Merantau Inn

Alhamdulillah… selesai sudah program Tamrin Guru & Kakitangan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang telah diadakan di Merantau Inn, Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Program sehari yang berlangsung pada 17 September 2015 itu telah melibatkan penyertaan kira-kira 70 orang warga MTT. Sebelum bergerak menuju ke lokasi program dijalankan, peserta tamrin sempat menziarahi almarhumah isteri Ustaz Zahib Mohd Zain yang meninggal dunia kira-kira jam 8.00 malam, 16 September 2015. Peserta muslimin juga sempat untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah allayarham di Masjid Kampung Banggol Donas.

10534077_10152507257419178_3066111782824803434_n

Perjalanan bermula kira-kira jam 10.30 pagi ke Kuala Abang yang melibatkan 4 buah kenderaan (Bas, Van, Innova, Serena) ke lokasi yang dirahsiakan daripada pengetahuan peserta. Sebaik sahaja tiba di Merantau Inn pada jam 12.07 tengahari, peserta diberi peluang untuk untuk berehat seketika sambil menikmati hidangan ringan sebelum terus ke acara tamrin.

20150920171144

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada mudir, Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal penerangan ringkas mengenai program yang bertemakan To Complete, Not To Compete. Ia sebagai langkah memperkasa setiap jabatan di MTT untuk lebih berdaya saing dan meningkatkan kualiti sessi pengajaran dan pembelajaran di MTT itu sendiri. Tamrin pada kali ini juga turut menampilkan keistimewaan tersendiri dengan lagu rasmi tamrin yang disampaikan oleh saudara Mohamad Ajmain bin Ali bersama-sama peserta tamrin yang lain.

Merantau INN Kuasla Abang Dungun 110712 (5)

Program dibahagikan kepada tiga slot utama iaitu sessi diskusi bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa. Sessi ini dilangsungkan sebelum solat Zohor. Manakala slot selepas solat Zohor pula adalah bersama Jabatan Tahfiz oleh Ustazah Norfaizan Nordin dan Jabatan Akademik bersama Cikgu Nor Effendi Mahyiddin. Turut diselitkan adalah slot bersama Cikgu Siti Nadzirah Mohd Aziz yang berkongsi beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh semua guru dan kakitangan MTT.

20150919230618

Ternyata, banyak input yang telah diperolehi hasil diskusi yang telah dibuat. Pelbagai cadangan dan saranan telah diutarakan dalam program sehari itu bagi memastikan impian melahirkan pelajar yang cemerlang dan sejajar dengan misi dan visi yang diterapkan oleh MTT. Menjelang acara penutup, Cikgu Saliza Ismail dan Ustazah Hafizah Jaya telah dijemput untuk melantunkan sebuah puisi bertemakan guru dan pelajar. Program berakhir kira-kira jam 5.45 petang dengan ucapan dari Cikgu Safinah Jusoh selaku Pengerusi Eksekutif MTT. Selepas minum petang, peserta berangkat untuk menunaikan solat Asar di Masjid Kuala Abang. Sebelum tiba ke Kuala Nerus, mereka singgah untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid Rusila dan tiba di perkarangan MTT kira-kira jam 8.25 malam.