Kunjungan Persatuan Kebajikan Wanita Islam Taman Melawati Ke MTT

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, pada hari ini, 21 Februari 2016, pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) amat berbesar hati untuk menerima kunjungan daripada Persatuan Kebajikan Wanita Islam, Taman Melawati Kuala Lumpur kira-kira jam 9.15 pagi.

8630e60a-d6f9-446b-a823-edd96a16f4a9

Delegasi berjumlah 30 orang itu diketuai Dato’ Muhammadiyyah Munir B Razali dan Datin Aisyah Abdullah yang juga merupakan pengerusi persatuan disambut mesra oleh pihak pengurusan MTT sebaik sahaja ketibaan mereka. Mereka kemudiannya dibawa ke Dewan Seminar untuk sessi ramah mesra, tayangan video korporat MTT serta penyampaian cenderamata kepada tetamu yang hadir. Cenderamata telah disampaikan oleh YM Cikgu Raja Endun bin Raja Abd Rahman kepada Datin Aisyah.

e26b42b8-b172-45ad-8e84-348a91bf2186

Kami di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diatas sumbangan yang telah disampaikan oleh Datin Aisyah Abdullah kepada Mudir MTT, Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapha Kamal. InsyaAllah, semoga ukhuwah yang terjalin akan terus diperkukuhkan.

20160220182953

Advertisements

Kunjungan Maahad Tahfiz Az-zahrah dan Delegasi dari Tukri

Assalamualaikum, pada hari Ahad, 15 Disember 2013 yang lalu, Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menerima satu kunjungan dari Maahad Tahfiz Az-Zahrah dan beberapa orang delegasi dari Turki sekitar 15 orang kesemuanya.

Lawatan persahabatan antara kedua-dua institusi bakal membuka peluang kerjasama yang lebih erat di masa akan datang, InsyaAllah dengan izin dan kehendak dariNya. Delegasi tiba sekitar jam 3.30 petang dan sempat beramah mesra dengan Pengerusi Sekolah, Ustaz Abu Bakar Chik dan pengurusan tertinggi sekolah termasuk Ustaz Muzaihar Kamal Mustapa Kamal dan saf pimpinan lain.

Pertemuan ini banyak berkisar mengenai sistem pengajian yang diamalkan di kedua-dua institusi, pertukaran idea dan juga kerjasama dimasa akan datang yang memberi hasil kepada kedua-dua belah pihak.

Moga dengan jalinan kerjasama kedua-dua institusi ini bakal membuka lembaran baru dalam sistem pendidikan tahfiz di Malaysia dan MTT khasnya.

Video akan dimuatnaik di http://www.youtube.com/mttdaruliman