Pelajar Terbaik MTT SPM2015, STAM2015 & PT3 2015

Alhamdulillah… sekalung tahniah dan syabas buat semua anak didik di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman yang telah mencatatkan keputusan yang memberansangkan dalam peperiksaan yang telah berlalu. Semoga kejayaan yang diperoleh mampu dipertingkatkan untuk memacu masa depan yang lebih gemilang dan tidak terleka dengan hasil yang telah dicapai diketika ini. Ingatlah, perjalanan dakwah itu masih jauh, dan teruskan melangkah demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Sijil Tinggi Agama Malaysia (2015)12688002_747684012034028_3193048583151974065_n

  • Wan Mohamad Aiman Arif Wan Musa (Jayyid Jiddan)
  • Siti Syamsiah Bazighah Musa (Jayyid Jiddan)
  • Fathullah Ashaari Muhammad (Jayyid Jiddan)

Sijil Pelajaran Malaysia (2015)

  • Tahfiz Sains Tulen
    • Muhammad Asimuddin Analis (2A 5B – 8 Juzuk)
  • Tahfiz Perakaunan
    • Nur Sakinah Khasim (5A 2B – 5 Juzuk)
    • Muhammad Hazim Mohamad (4A 3B – 4 Juzuk)
    • Nik Nor Husna Nik Abdullah (4A 3B – 7 Juzuk)
    • Aslam Asyraf (3A 4B – 6 Juzuk)
  • Tahfiz Pengajian Islam
    • Tuan Nassirudin Tuan Muhammad (5A 1B – 3 Juzuk)
    • Najwa Syakirah Abdul Aziz (4A 4B – Khatam)
    • Fatihah Zahidah Mat Rohim (3A 3B – 7 Juzuk)

Pentaksiran Tingkatan 3 (2015)

  • 1. Wan Nur Alis Ayuni Wan Suhaimi (9A, 4 Juzuk)
    2. Amirah Tahirah Azman (8A, 4 Juzuk)
    3. Khairul Arifmuhaimin Ariffin (8A, 3 Juzuk)
    4. Kamil Arif Baihagi (7A, 9 Juzuk)
    5. Meor Muhammad Syahmi Abdul Latif (7A, 8 Juzuk)
    6. Nor Intan Shahrina Zulkifli (7A, 7 Juzuk)
    7. Khodijah Ahmad Tirmizi (6A, 9 Juzuk)
    8. Nabihah Husna Romlan (6A, 3 Juzuk)
    9. Siti Lailah Khairah Musa (6A, 10 Juzuk)
    10. Nur Wajihah Khairul Azlam (6A, 9 Juzuk)
Advertisements

Pelajar Cemerlang Percubaan SPM & STAM 2015

Nyata, minggu yang agak padat bagi warga guru dan pelajar di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman sekembalinya dari cuti hari raya Aidiladha 1436H. Beberapa program telah berlangsung sepanjang minggu lalu dimana pada hari Ahad 27 September 2015, pelajar-pelajar berkesempatan melihat sendiri ibadah Qurban yang dijalankan di perkarangan asrama muslimin MTT sambil diberikan taklimat ringkas mengenai ibadah yang dijalankan.

20150926210829 (1)

Hari berikutnya (isnin) pula telah diadakan majlis penyampaian slip BK 9, PT3 2015 di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Manakala bagi slip peperiksaan percubaan SPM dan STAM 2015 pula diadakan dalam majlis berbeza pada hari Khamis, 1 Oktober 2015. Antara pengisian dalam kedua-dua program adalah ucapan wakil guru subjek, SPM dan STAM,  analisa peperiksaan oleh naib mudir akademik Cikgu Nor Effendi Mahyiddin, ucapan mudir MTT iaitu Ustaz Haji Muzaihar Kamal Mustapa Kamal. Berikut dilampirkan pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Percubaan SPM & STAM 2015.

12029695_10153773351478738_8092783116950261849_o

Tahfiz Sains Tulen : Nik Norhafizah Nik Zubir
Tahfiz Perakaunan : Muhd Hazim Mohammad
Tahfiz Pengajian Islam : Fatihah Zahidah Mat Rohim

Sijil Tinggi Agama Malaysia : Fathullah Ashaari Muhamad

12045665_10153773348933738_599241508881147344_o

Selain kelas tambahan, pelajar-pelajar turut terlibat dengan program solat hajat dan bacaan surah Yaasin menjelang musim peperiksaan yang semakin hampir.

Manakala sebagai promosi kemasukan ke MTT bagi tahun 2016, pihak MTT juga telah mengadakan beberapa siri motivasi dan kesedaran di beberapa buah sekolah terpilih. Pada kali ini, sekolah yang telah dikunjungi adalah Madrasah Darussalam (Losong) pada 30 Oktober 2015 dan Madrasah Darul Iman (Bukit Payong) pada hari berikutnya yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nafizul bin Ismail

20150930235714 (4)

Alhamdulillah, semoga setiap usaha yang dijalankan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Menyingkap Tirai 19 November 1991

Sudah lebih 20 tahun detik hitam yang menimpa Institut Berakan (IB) apabila bangunan tersebut diruntuhkan oleh kerajaan memerintah pada ketika itu. Detik yang memberi kesan mendalam kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar di IB. Cubaan merobohkan bangunan IB telah beberapa kali dibuat, namun ia hanya berhasil pada tanggal 19 November 1991.

ib39

Kembali mengimbas detik awal operasi pada 12 Januari 1991 apabila sebuah bulldozer telah diarahkan untuk merobohkan bangunan IB sekitar jam 5.00 petang. Namun ia digagalkan oleh tindakan dan semangat juang guru dan pelajar yang merebahkan badan dan berbaring dihadapan bulldozer tersebut.

ib57 ib51

Namun begitu, usaha perobohan tidak terhenti setakat disitu apabila, pada Mac 1991, struktur asas tiang bangunan tambahan berjaya dirobohkan dalam masa 15 minit telah diranapkan oleh mereka. Itu belum cukup memuaskan hati mereka apabila operasi ketiga, 19 November 1991, mereka sekali lagi bertindak diluar kewarasan fikirian dengan meranapkan Institut Berakan.

ib44

Kerja-kerja awal perobohan dipercayai dimulakan seawal jam 2.00 pagi dengan pelbagai organisasi lain turut memainkan peranan dengan sekatan jalanraya, penutupan jalan dan pelbagai lagi organisasi yang terlibat dalam memastikan operasi itu berjaya. Amat memilukan apabila hanya tinggal beberapa hari sahaja sessi persekolahan baru akan dimulakan.

ib37 Piket - Bantah usaha roboh Institut berakan(1991)

Tetapi ia bukanlah penamat kepada Institut Berakan. Dengan kerjasama masyarakat dan doa yang dipanjatkan kepada Allah S.W.T, Institut Berakan terus mengorak langkah hingga ke hari ini dalam melahirkan generasi huffaz dan tenaga kerja professional dalam pelbagai bidang.

MTT DARUL IMAN

MTT DARUL IMAN

Ringkasan MTT @ Julai & Ogos.

Alhamdulillah… kita sudah semakin hampir ke penghujung tahun. Musim demam peperiksaan yang bakal bermula tidak lama lagi. pelajar-pelajar PT3, SPM dan STAM turut terlibat dengan Peperiksaan Percubaan, Ujian Lisan dan juga Ujian Mendengar terutama bagi calon PT3.

Ujian Mendengar Bahasa Melayu PT3 (12082014) 2

10615401_820936721274146_683234911400532892_n

Selain itu, Unit Tarbiyyah juga mengadakan program Puasa Sunat Secara Jam’ie bagi mendidik pelajar-pelajar meneruskan Puasa Sunat 6 Hari dalam bulan Syawal. Guru-guru dan kakitangan juga disarankan untuk turut sama menunjukkan sokongan terhadap program terbabit dengan sama-sama berpuasa pada hari yang telah ditetapkan iaitu Isnin, 18 dan 25 Ogos 2014. InsyaAllah, program ini akan diteruskan dimasa akan datang.

Turut berlangsung pada bulan Ogos yang lalu adalah lawatan dari Mas’ul MTT yang baru iaitu Tuan Haji Mahmud bin Omar. Beliau meninjau sekitar MTT, melawat sessi pembelajaran didalam kelas, kemudahan dan keadaan struktur dan sistem yang diamalkan di MTT. Nyata, beliau berpuas hati dengan perkembangan dan perancangan yang diatur oleh pihak pengurusan MTT. Beliau juga turut menyatakan beberapa pandangan dan cadangan untuk kemajuan MTT dimasa mendatang.

Analisis RIngkas Peperiksaan Pertengahan Tahun MTT 2014 (T4 & T5)

Alhamdulillah… Disini disertakan sambungan Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun MTT 2014 yang berlangsung sebelum cuti Pertengahan Penggal baru-baru ini. Untuk makluman, kami juga telah kongsikan beberapa analisis lain berkaitan peperiksaan tersebut, (Rujuk DISINI).

Bermula pada tahun 2012/2013, MTT telah membuka aliran TAHFIZ SAINS. Sejumlah 5 orang pelajar telah menjadi calon sulung dalam SPM 2013 yang berjaya mendapat keputusan yang CEMERLANG. (RUJUKAN). Bagi tahun 2014 pula, InsyaAllah, MTT akan mempunyai 18 orang calon bagi aliran Tahfiz Sains.

Tidak dilupakan, bermula tahun ini, MTT juga telah membuka satu lagi aliran iaitu TAHFIZ PERAKAUNAN. Calon terkini di Tingkatan 4 berjumlah 14 orang dan mereka akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2015.

Kami di MTT akan cuba memastikan pelajar-pelajar mampu menguasai bidang Hafazan dan bidang akademik dengan sebaiknya untuk bersaing dengan calon sekolah harian lain yang lebih tertumpu kepada bidang akademik. InsyaAllah. Sama-sama kita doakan yang terbaik!

Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun MTT 2014 T5 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun MTT 2014 T4

 

Analisis seterusnya berkenaan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di MTT bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun.