Jambori Umum MTT 2015

1613865_10153174407043738_7874966569660906882_n

Terlaksana salah satu program tahunan pelajar di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), iaitu Jambori Umum MTT 2015. Alhamdulillah, semuanya dengan keizinan dari Allah SWT. Program tersebut berlangsung dari 15-17 Februari 2015 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin. Kuala Terengganu. Program pada tahun ini melibatkan keseluruhan pelajar MTT berjumlah 560 orang yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk aktiviti yang dirancangkan sepanjang program berlangsung.

AroSoMkzDV6E_3ZQNFu98XwN1OKE_CH-pIJEPWBkzP4Z

Bagi pelajar berulang, mereka akan terus ke tapak kem dan membuat pendaftaran. Manakala bagi pelajar asrama pula, mereka mula bertolak ke kem seawal jam 7.00 pagi. Selepas selesai sessi pendaftaran dan taklimat ringkas kepada peserta, mereka mula bergerak untuk tugasan mendirikan khemah dan persiapan makan tengahari.

AvVUH9-tb5c8lXGCtMXZa-1yyx29Yj_QqXev5WEJxA31 AhmFeJLfLyrGPDkd13xkU2fznQF2ESAEVsDe62VSB_hZ

Selepas menunaikan solat Zohor, program diteruskan dengan sessi ice-breaking untuk taaruf sesama peserta yang melibatkan beberapa aktiviti seperti kad nama, sepanduk, nama kumpulan dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan. Seperti kebiasaannya, slot riadah akan mengambil tempat selepas selesai menunaikan solat asar. Masih dengan tema taaruf, kali ini ia lebih berbentuk riadah sesama mereka.

AsDQCz69x-Cc5YoOm0fWRRg6gzcZKgCSPGOhSpiFoVsQ

Slot Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustazah Norfaizan mengambil tempat diikuti dengan ceramah dari Ustaz Zul Amani berkaitan tajuk Eratkan Ukhuwah, Mantapkan Tarbiyyah. Sebelum pelajar berehat untuk hari pertama, Ustaz Nafizul mengambil alih tugas dalam slot Tadabbur dan Tazakkur surah al-Mulk.

An7eSVVlGPQHJGNXkK5SbZkSYprBs94U3G3uZ65stnZy

Rutin pagi hari kedua dimulakan dengan qiamullail, solat subuh, tazkirah dan kawad melibatkan semua pelajar sebelum mereka menjamu selera untuk sarapan pagi. Aktiviti seterusnya agak mencabar iaitu Explorace yang melibatkan semua kumpulan dan beberapa checkpoint yang perlu diharungi untuk mendapat hadiah kemenangan. Aktiviti ini nyata menguji daya ketahanan diri dan mental serta kerjasama sepasukan yang erat dalam matlamat mencapai kejuaraan. Pada sebelah petang pula, mereka terlibat dalam aktiviti pantai dan juga pertandingan memasak yang dikenali dengan nama Panggang Rimba.

Kuliah Maghrib Ustaz Fauzi Yusoh (16022015)

Slot kuliah maghrib pada hari kedua telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Yusoh dan ceramah umum yang disampaikan oleh Cikgu Nur Effendi yang berlangsung selepas menunaikan solat isyak. Slot tadabbur dan tazakkur surah al-Mulk pada hari kedua dipimpin oleh Ustaz Abdullah Basri.

Program Kembara Sufi mengambil tempat pada awal pagi sebelum diteruskan dengan aktiviti rutin iaitu solat subuh, tazkirah dan senaman pagi untuk memberi kecergasan kepada semua peserta. Peserta kemudiannya perlu menyiapkan diri dan berkumpul untuk majlis penutup Jambori 2015 yang akan disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif MTT, Cikgu Safinah Jusoh.

AgHRTnBDU520cPX-rw8HkFfZ64GW34bYbgl8-FT7uNCK

Majlis penutup diserikan dengan ucapan dari pengarah program dan ucapan dari mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman sebelum diserahkan kepada Cikgu Safinah untuk merasmikan majlis penutup Jambori Umum MTT 2015. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sessi bergambar kenang-kenangan semua peserta. Program berakhir dengan rasminya sekitar jam 12.00 tengahari.

AkUUxvV5kq75L2EwlD0VYdJhZFzQNPbzS2f00VxixdX6

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang berjaya menganjurkan program ini untuk kesekian kalinya. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa dan pelajar yang sama-sama menjayakan Jambori Umum MTT pada tahun ini.

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 1)

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 2)

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 3)

Advertisements

Siri 9 ~ Syukran Jazeelan…

Assalamualaikum wbt….

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan kami samada di Facebook Ma’ahad Tahfiz, Page Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman, Laman Web MTT dan juga Laman Youtube MTT. Syukran Jazeelan ‘alaikum…

Tidak dilupakan juga pada semua guru, kakitangan, pelajar dan entiti luar yang terlibat dalam menjayakan Majlis Haflatul Quran MTT 2013 pada kali ini. Tanpa kerjasama dan keringat kalian, sukar untuk kita menjalankan agenda besar seperti ini. Terima kasih juga dipanjangkan kepada beberapa nama besar seperti YB Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar bin Chik, Cikgu Suhaimi Saad, Tuan Haji Husin bin Ismail, Ustaz Saiful Bahri bin Mamat dan juga Sheikh Ali Abdul Rahman As-Sauti.

Logo AADK Logo JPAM Logo PTPL logo MSU

Kepada Non-Government Organization (NGO) luar yang turut sama terlibat antaranya Management & Science University (MSU), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kolej Inforana dan juga Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL). Tidak ketinggalan pada organisasi Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Taski Al-Hikmah dan juga Pasti Tok Jiring yang turut sama memeriahkan majlis.

Untuk makluman Tema Haflatul Quran MTT 2013 bertemakan Tarbiyyah Islamiyyah Tonggak Pembangunan Ummah mempunyai objektif tersendiri yang ingin digapai iaitu :

  1. Meraikan pelajar yang berjaya menamatkan hafazan quran
  2. Meraikan pelajar cemerlang PMR, SPM dan STAM 2012 (Kurikulum)
  3. Melahirkan bakat pelajar yang cemerlang dan melatih kemahiran bekerja secara berkumpulan (Kokurikulum_
  4. Membangun lepasan pelajar sebagai pemimpin masa depan
  5. Menyuburkan jiwa pengorbanan dikalangan guru, pelajar dan anggota masyarakat
  6. Mengukuhkan hubungan MTT dengan masyarakat setempat.

JAWATANKUASA :

Ex-Officio : Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar bin Chik
Pengerusi : Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal
Pengarah : Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa
Timb. Pengarah 1 & Jemputan : Ustazah Norfaizan binti Nordin
Timb Pengarah 2 : Cikgu Nor Effendi bin Mahyiddin
Timb. Pengarah 3 : Ustaz Wan Mohd Shamsuddin bin Wan Daud
Setiausaha : Cikgu Siti Nadzirah binti Mohd Aziz
Pen. Setiausaha 1 : Puan Ummi Nasirah binti Abu Bakar
Pen. Setiausaha 2 : Puan Noor Sarida bt Hassan
Bendahari : Puan Rohaida bt Ismail.

UNIT PERSIAPAN :

  1. Cikgu Mohamad bin Mina
  2. Ustaz Mohd Khairul Nizam bin Mohd Razali
  3. Ustazah Hafizah bt Jaya
  4. Encik Wan Shafri bin Wan Mohamad
  5. Encik Sudin bin Awang
  6. Cikgu Saliza bin Awang
  7. Ustazah Aminan Mastura bt Ramli
  8. Ustazah Juwairiah binti Mohd
  9. Ustaz Wan Azmi bin Wan Musa
  10. Ustaz Abdullah Zubair bin Abdul Muborak
  11. Ustaz Ahmad Naim bin Abu Bakar

UNIT PERBEKALAN, PENGANGKUTAN & DERMA

  1. Haji Wan Mohd Danin bin Wan Ibrahim
  2. Cikgu Abdullah bin Embong
  3. Encik Che Mohd Firdaus bin Abdullah
  4. Encik Mohamad Ajmain bin Ali
  5. Ustaz Mohd Wafiuddin bin Analis

UNIT MAKANAN, HIDANGAN & PERALATAN

  1. YM Haji Tengku Samsul Alang bin Tengku Hussin
  2. Ustaz Hasbullah bin Mamat
  3. Cikgu Sharifah Fadzillah binti Said Husin
  4. Cikgu Nur Fadhilah binti Mohd Puzi
  5. Ustaz Muhammad Amirol bin Muhamad
  6. Cikgu Hamidah bt Mohd Zakir
  7. Cikgu Semazuani bt Seman
  8. Ustazah Nurul Humairah binti Mohd Noor
  9. Ustazah Fatimatul Zahra binti Sulaiman
  10. Puan Selimah binti Kasim
  11. Encik Teh bin Abdullah
  12. Encik Syawal Hadi bin Teh

UNIT HADIAH & CENDERAHATI

  1. Ustazah Zaiton binti Salleh
  2. Cikgu Zuraini bt Mohd Salleh
  3. Ustazah Ummu Nurul Aiman bt Mat Jamil
  4. Ustazah Hazirah bt Zolkifli

UNIT BUKU CENDERAMATA

  1. Encik Abdul Hadi bin Mohamad
  2. Cikgu Wan Zahani bt Wan Abdul Ghani
  3. Cikgu Ummul Liya Saffura binti Sapingi @ Shafie
  4. Cikgu Norhidayah binti C. Haron

UNIT GERAI & PAMERAN

  1. Cikgu Shaikh Azahari bin Shaikh Hussin
  2. Cikgu Mohd Azizan bin Mohd Pawi
  3. Cikgu Tg Noriza binti Tg Ibrahim
  4. Ustazah Asmina binti Nawi
  5. Cikgu Mohd Azrul Asyraf bin Mohd Nordin
  6. Cikgu Mohd Fazree bin Mohd Nor
  7. Ustaz Mohd Adnan bin Ishak

UNIT PERSEMBAHAN

  1. Ustaz Awang bin Embong
  2. Ustaz Ismael bin Ibrahim
  3. Encik Mohamad Ajmain bin Ali
  4. Ustaz Mohd Nafizul bin Islami
  5. Ustaz Ahmad Naim bin Abu Bakar

UNIT PROTOKOL

  1. Cikgu Nawawi bin Sulong
  2. Cikgu Wan Sabariah binti Wan Musa
  3. Ustaz Mohd Hadie bin Zulkaupali
  4. Cikgu Raja Endon binti Raja Abdul Rahman
  5. Ustazah Norlela binti Ahmad
  6. Ustaz Mohd Hamdan bin Mohamed

UNIT SIARAYA

  1. Cikgu Mohamad bin Mina
  2. Ustaz Mohd Nafizul bin Ismail
  3. Cikgu Abdul Aziz bin Mamat
  4. Encik Wan Shafri bin Wan Mohamad

UNIT ICT, PROMOSI & DOKUMENTASI

  1. Encik Khairul Azlam bin Mohamad
  2. Cikgu Mohd Ishamuddin bin Ishak
  3. Encik Ahmad Izzuddin bin Yusof
  4. Encik Hussin bin Mohamad
  5. Cik Noor Aini binti Che Alwi

UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

  1. Haji Nazmi bin Ghazali
  2. Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar
  3. Ustazah Nur Laili bt Rashid
  4. Cikgu Semazuani binti Seman (Keceriaan)
  5. Ustaz Tuan Mohd Izzuddin bin Abu Bakar (Kebersihan)
  6. Encik Sudin bin Awang (Susun Atur Semula)
  7. Ustazah Ummu Nurul Amirah bt Mat Jamil
  8. Ustaz Muttaqillah Al-Hadi bin Muda
  9. Encik Abdul Hamid bin Abdullah.

UNIT KECEMASAN & KESELAMATAN DIRI

  1. Ustazah Zaiton binti Salleh
  2. Cikgu Nur Fadhilah binti Mohd Puzi
  3. Cikgu Ummul Liya Saffura binti Sapingi @ Shafie

UNIT LALULINTAS

  1. Encik Mustofa bin Ismail
  2. Abdullah Hakimi bin Zaid
  3. Ahmad Hamdan bin Ariffin
  4. Unit Amal MTT

UNIT HAL EHWAL & MARKAZ ISLAMI

  1. Cikgu Sapinah binti Jusoh
  2. Ustaz Mohd Zahib bin Mohd Zain
  3. Encik Roswadi binti Salleh
  4. Ustazah Zaiton binti Salleh
  5. Encik Abdul Hadi bin Mohamad
  6. YM Haji Tengku Samsul Alang bin Tengku Hussin.

Terima kasih diucapkan kepada semua… Moga Allah membalas jasa semua pihak yang terlibat dalam Majlis Haflatul Quran MTT 2013. Program seterusnya, QURBAN & AQIQAH SEMPENA AIDILADHA DI MTT.

Wassalam…

 

 

Siri 8 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013

Assalamualaikum wbt….

Berikut link-link yang boleh diikuti untuk melihat koleksi gambar sekitar Majlis Haflatul Quran MTT 2013.

Koleksi Gambar :

Ceramah Perdana <= Klik
Pertandingan Hafazan <= Klik
Demonstrasi Ular <= Klik
Anugerah Kecemerlangan & Malam Graduasi <= Klik
Pembangunan Kokurikulum MTT <= Klik
Gerai-Gerai Pameran <= Klik

Kelab Terbaik Ihtifal MTT 2013 (Kelab Kraf & Landskap)

Koleksi Video :

Rehearsal Perbarisan Unit Amal & Nisa’ <= Klik
Demonstrasi Ular <= Klik
Karnival Qiraat (Video 1) <= Klik
Karnival Qiraat (Video 2) <= Klik

Rangkuman Terdahulu :

Siri 1 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Ceramah Perdana & Hari Pertama)
Siri 2 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Pertandingan Hafazan)
Siri 3 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Anugerah Kecemerlangan & Graduasi) 
Siri 4 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Hari Kedua Kokurikulum MTT & Karnival Qiraat)
Siri 5 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Hari Ketiga dan Derma Darah)
Siri 6 – Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Keratan Akhbar Harakah Fikrah)
 

Siri 7 – Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Keratan Akhbar Sinar Harian) 

Siri 9? InsyaAllah… Senarai tetamu dan kakitangan disebalik tabir Majlis Haflatul Quran MTT 2013.