Kami Juara!! Choral Speaking/Kalam Jamaie, Hafazan & Musabaqah Idul Ilmi MTT 2016.

Program Kuasai Dwi Bahasa (K2B) mula diperkenalkan pada tahun 2014. Program yang diinspirasikan hasil daripada lawatan pihak pengurusan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) ke Pondok Modern Darussalam Gontor di Jawa Timur, Indonesia awal tahun tersebut.

14141959_863445713791190_1219788851616522890_n

Program tersebut terus ditambah baik dari tahun ke tahun untuk menyerlahkan bakat terpendam dalam diri pelajar menerusi permainan santai dan juga pertandingan seperti Choral Speaking / Kalam Jamaie yang wajib dipersembahkan dalam dwi-bahasa, iaitu bahasa arab dan bahasa inggeris. Ia secara tidak langsung, membantu pelajar menguasai dua bahasa tersebut.

14212576_863444513791310_9148069476385052328_n

Bersempena Majlis Idul Ilmi MTT 2016 yang berlangsung baru-baru ini, juara Choral Speaking / Kalam Jama’ie telah diberi kesempatan untuk membuat persembahan dalam Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan pada malam tersebut. Berikut, dilampirkan pemenang Choral Speaking / Kalam Jama’ie, Pertandingan Tiru Gaya Imam dan Pertandingan Musabaqah Hafazan Al-Quran tahun 2016.

14191997_862771913858570_3981805898089837535_n

  • Choral Speaking / Kalam Jamaie (Peringkat Menengah Atas)
    1. Tingkatan 4 Imam Ibnu A’amir (Muslimin)
    2. Tingkatan 4 Imam Ibnu Amir (Muslimat)
    3. Tingkatan 4 Imam Nafi’
    4. Tingkatan 3 Imam Ibnu Kathir
    5. Tingkatan 3 Imam Nafi’
  • Choral Speaking / Kalam Jamaie (Peringkat Menengah Rendah)
    1. Imam Hafs 2 (Muslimat)
    2. Tingkatan 2 Imam Ibnu Kathir
    3. Tingkatan 1 Imam Nafi’
    4. Imam Hafs (Muslimin)
    5. Tingkatan 1 Imam ‘Asim
  • Pertandingan Tiru Gaya Imam 
    1. Muhammad Amirul Zakwan bin Mohd Shamsul (4IIA)
    2. Ahmad Haris Ikhwan bin Ahmad Jaswadi (4IIK)
    3. Muhammad Asif Affan bin Zulkifli (2IN)
    4. Abdul Rahim bin Ahmad Shaharuddin (IH3)
    5. Syed Muhammad Hafiz bin Ahmad Syed (1IIA)
  • Pertandingan Musabaqah Hafazan Al-Quran
    • Kategori 1 (5 Juzuk)
      1. Ainul Syaakirah bt Mohd Shaiful Ambia (2IIK)
      2. Siti Aini Najwa bt Berhanundin (2IIK)
      3. Anis Nabihah bt Muhamad Umbaidah (IH3)
    • Kategori 2 (10 Juzuk)
      1. Hassan Naaseh bin Bani Amin (3IA)
      2. Muhammad Ibrahim Adham bin Biha (4IIA- Tahfiz Pengajian Islam)
      3. Amirul Abrar bin Hasbullah (4IIA – Tahfiz Pengajian Islam)
    • Kategori 3 (20 Juzuk)
      1. Nurul Aishah bt Mohamad Fadzli (5IIA)
      2. Ikrimah Za’im bin Hilmi (4IIA-Tahfiz Perakaunan)
      3. Sofwatunnajah bt Zulkifli (5IIA – Tahfiz Pengajian Islam)
    • Kategori 4
      • Nur Fazreen Wahidah bt Amran (5IIA – Tahfiz Pengajian Islam)
      • Sayyidatul Syakirah bt Mukhtar (4IN)
      • Abdul Aziz bin Othman (5IIA – Tahfiz Pengajian Islam)

Alhamdulillah, tahniah diatas pencapaian cemerlang yang diperolehi. Nyata, dengan iltizam dan jadual pembelajaran yang berkesan, para pelajar mampu untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga kokurikulum dan hafazan al-Quran terutamanya. Teruskan usaha untuk mencipta lebih banyak kenangan manis dalam lipatan sejarah anda.

Advertisements

Menyingkap Tirai 19 November 1991

Sudah lebih 20 tahun detik hitam yang menimpa Institut Berakan (IB) apabila bangunan tersebut diruntuhkan oleh kerajaan memerintah pada ketika itu. Detik yang memberi kesan mendalam kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar di IB. Cubaan merobohkan bangunan IB telah beberapa kali dibuat, namun ia hanya berhasil pada tanggal 19 November 1991.

ib39

Kembali mengimbas detik awal operasi pada 12 Januari 1991 apabila sebuah bulldozer telah diarahkan untuk merobohkan bangunan IB sekitar jam 5.00 petang. Namun ia digagalkan oleh tindakan dan semangat juang guru dan pelajar yang merebahkan badan dan berbaring dihadapan bulldozer tersebut.

ib57 ib51

Namun begitu, usaha perobohan tidak terhenti setakat disitu apabila, pada Mac 1991, struktur asas tiang bangunan tambahan berjaya dirobohkan dalam masa 15 minit telah diranapkan oleh mereka. Itu belum cukup memuaskan hati mereka apabila operasi ketiga, 19 November 1991, mereka sekali lagi bertindak diluar kewarasan fikirian dengan meranapkan Institut Berakan.

ib44

Kerja-kerja awal perobohan dipercayai dimulakan seawal jam 2.00 pagi dengan pelbagai organisasi lain turut memainkan peranan dengan sekatan jalanraya, penutupan jalan dan pelbagai lagi organisasi yang terlibat dalam memastikan operasi itu berjaya. Amat memilukan apabila hanya tinggal beberapa hari sahaja sessi persekolahan baru akan dimulakan.

ib37 Piket - Bantah usaha roboh Institut berakan(1991)

Tetapi ia bukanlah penamat kepada Institut Berakan. Dengan kerjasama masyarakat dan doa yang dipanjatkan kepada Allah S.W.T, Institut Berakan terus mengorak langkah hingga ke hari ini dalam melahirkan generasi huffaz dan tenaga kerja professional dalam pelbagai bidang.

MTT DARUL IMAN

MTT DARUL IMAN

Perasmian Pejabat JPP & Jamuan Kesyukuran

Jabatan Pengorganisasian Pelajar atau ringkasnya JPP merupakan satu cetusan idea daripada Al-marhum Ustaz Haji Abu Bakar bin Chik selepas program Lawatan Pengurusan Ke Gontor (Klik) pada awal bulan Februari yang lalu.

Kaedah yang diamalkan di Gontor adalah, pelajar tahun 5 dan tahun 6 akan diberi tanggungjawab sebagai satu unit penggerak untuk sesuatu program atau acara yang dijalankan. Ini sebagai latihan kepimpinan dan latihan dalam organisasi. Di Malaysia, amalan sebegini biasanya dapat dilihat di peringkat Institusi Pengajian Tinggi dimana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Di MTT, pelajar-pelajar akan bertindak sebagai pelaksana sesuatu program dibawah pemantauan dan tunjuk ajar guru-guru (mentor) dalam bidang berkaitan.  Ustaz Wan Mohd Shamsuddin telah diberi tanggungjawab selaku Ketua Jabatan Pengorganisasian Pelajar.  Beberapa program yang melibatkan JPP adalah seperti Program Kuasai Dwi Bahasa, Sambutan Hari Guru, Majlis Berbuka Puasa dan beberapa program lagi.

Perasmian Pejabat JPP telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif MTT iaitu Cikgu Safinah Jusoh pada 28 Ogos 2014 yang lalu. Serentak dengan itu, turut diadakan Jamuan Hari Raya dan Kesyukuran atas kejayaan penubuhan Jabatan Pengorganisasian Pelajar. Turut hadir dalam jamuan tersebut adalah Mas’ul Akademik baru MTT iaitu Cikgu Mahamud bin Omar.

Moga dengan penubuhan JPP ini akan membentuk daya kepimpinan dan jati diri dikalangan pelajar MTT untuk bersaing dengan pelajar dari sekolah-sekolah lain untuk mengetuai sesuatu organisasi apabila melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti.

 

GAMBAR-GAMBAR LAIN PERASMIAN & JAMUAN KESYUKURAN

Apa Itu Program Kuasai Dwi Bahasa (K2B)?

Dwi Bahasa

Bertitik tolak daripada Lawatan Kerja Pengurusan MTT ke Pondok Darussalam Gontor baru-baru ini, Ustaz Abu Bakar Chik (Pengerusi Eksekutif Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman) tampil dengan idea untuk memperkasa penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar MTT.

Umum mengetahui bahawa Bahasa Arab merupakan Bahasa Al-Quran dan banyak digunakan dalam kitab rujukan dalam pelbagai bidang ilmu islam karangan ulama dan ilmuan islam terdahulu. Manakala Bahasa Inggeris juga penting untuk dikuasai pada zaman sains dan teknologi. Kedua-dua bahasa ini mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dikuasai oleh bakal pemimpin negara pada masa hadapan.

Objektif Program K2B ini adalah :

  1. Meningkatkan Penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris setiap pelajar
  2. Meningkatkan ketrampilan diri setiap pelajar di khalayak umum
  3. Mencungkil bakat dan potensi diri setiap pelajar
  4. Melatih pelajar tahun akhir mengendalikan majlis secara profesioal.
  5. Melahirkan guru yang kritis, kreatif dan inovatif.

Program ini akan melibatkan semua pelajar. Bagi pelajar tahun akhir, mereka akan diselia oleh Jabatan Pengorganisasian Pelajar untuk mengendaliikan majlis secara professional sebagai persediaan kepada mereka setelah tamat pengajian di MTT. Mereka akan dinilai dan dipilih untuk menjadi tulang belakang kepada Program K2B seperti Pembantu Mentor, Juri Pertandingan, AJK Pertandingan, Persiapan Pentas dan sebagainya.

Semua pelajar akan menjalani latihan pada setiap hari Selasa dan Rabu bermula jam 3.30 hingga 4.30 petang selama 4 minggu. Latihan dibuat dengan pemantauan guru kelas sebagai mentor dan akan dibantu oleh pelajar tahun akhir sebagai pembantu mereka.

Pertandingan akhir dijadualkan berlangsung pada 30 April 2014. InsyaAllah….

3 ORANG GURU - 3 BAHASA

3 ORANG GURU – 3 BAHASA

Lawatan Kerja ke Pondok Modern Darussalam Gontor

Lawatan MTT ke PMDG

Lawatan MTT ke PMDG

Alhamdulillah, satu lawatan kerja Pengurusan Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) ke Pondok Modern Darussalam Gontor (PMDG) telah selesai dilaksanakan pada 20-24 Februari 2014 yang lalu telah disertai sejumlah 19 orang yang diketuai oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia. Peserta lawatan lain terdiri daripada Ustaz Abu Bakar bin Chik selaku Pengerusi Eksekutif MTT, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Mudir, Naib-Naib Mudir, Ketua Jabatan den beberapa orang individu lain lagi.

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari corak yang diamalkan di PMDG dan dijadikan panduan dalam pengurusan seharian MTT itu sendiri. Ia juga bertujuan untuk memupuk hubungan silaturrahim antara MTT dan PMDG. Sebagai makluman, PMDG ini merupakan sebuah Institusi Pendidikan Terbesar di Indonesia dan pernah dipaparkan di media Malaysia seperti TV1, TV3 dan TV Al-Hijrah. Antara pengisian lawatan adalah meninjau persekitaran PMDG dan rutin harian pelajar di PMDG.

Banyak elemen yang boleh dipelajari melalui lawatan tersebut. Berikut antara rangkuman perkongsian daripada individu yang mengikuti lawatan tersebut.

Menurut Ustaz Shaiful Ambia yang merupakan Naib Mudir Hal Ehwal Pelajar MTT merangkap ketua rombongan, beliau nyata kagum dengan pengurusan dari pelajar untuk pelajar di Institusi tersebut. Pergerakan aktiviti pelajar-pelajar di institusi tersebut lebih banyak diuruskan dari kalangan pelajar sendiri berbanding guru-guru mereka. Santri 5 & 6 atau pelajar tahun 5 dan 6 akan bertindak sebagai “penggerak” pelajar lain berdasarkan arahan yang diterima. Selain itu, ahli lawatan lain juga kagum dengan disiplin tinggi yang dipamerkan oleh sejumlah besar pelajar di PMDG tersebut.

Naib Mudir Akademik MTT, Cikgu Nur Effendi pula menambah, pelajar-pelajar PMDG juga mempunyai penguasaan bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang baik. Setiap malam, mereka akan mengadakan sessi pidato dan hiwar (perbualan) dalam dua bahasa tersebut sebagai latihan untuk penguasaan bahasa. Mereka akan memberi semangat antara satu sama lain apabila ada pelajar yang gagal untuk mengungkapkan perkataan yang tepat dalam aktiviti tersebut. Lebih menarik, guru-guru PMDG adalah dari kalangan lepasan pelajar PMDG itu sendiri.

Maklumat lanjut mengenai PMDG boleh diikuti di Laman Web PMDG.

Perkongsian dari YouTube :