Kem Tahfiz Anak Soleh 2015 Melabuhkan Tirai.

Alhamdulillah… berakhir sudah Kem Tahfiz Anak Soleh (KEMTAS) edisi ke-11, tahun 2015 yang berlangsung di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Tok Jiring, Kuala Terengganu. program yang telah berlangsung selama 9 hari itu telah menarik penyertaan kira-kira 200 orang peserta berusia 10-14 tahun dari serata daerah di Negeri Terengganu dan juga dari luar negeri Terengganu.

12310702_719219024880527_6339379761080615423_n

Edisi kali ini turut menyaksikan penyertaan 10 orang peserta istimewa, Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan selama tiga hari bermula 29 Disember 2015 hingga 1 Disember 2015. Namun, mereka tidak terlibat secara langsung dalam setiap pengisian yang telah disusun atur bagi peserta KEMTAS2015 yang lain. Mereka lebih memfokuskan kepada hafazan dan bacaan al-Quran. Pada majlis penutup, mereka telah memperdengarkan bacaan al-Quran dan demonstrasi bacaan al Quran Braille dihadapan semua peserta KEMTAS2015 yang lain.

12304523_719227528213010_3022609657730320454_o

Program yang bermula 27 November 2015 hinttq 5 Disember 2015 itu telah diatur rapi dengan pelbagai program dan pengisian yang menarik sesuai dengan peserta yang terlibat dalam KEMTAS2015. Pendaftaran bermula kira-kira jam 3.30 petang hari Jumaat hingga jam 4.30 petang. Selepas sessi pendaftaran dan solat asar, peserta diberi taklimat ringkas berkenaan perkara penting yang peerlu dipatuhi sepanjang berada didalam kem. Pada sebelah malamnya, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan pergerakan sepanjang program dibawah pemantauan fasilitator yang telah dilantik. Slot dewan yang pertama bermula selepas solat Isyak bersama Ustazah Norfaizan Nordin yang membicarakan mengenai Teknik Menghafaz Al-Quran sebagai pendedahan sebelum mereka memulakan sessi kelas bacaan dan hafazan al-Quran sepanjang program.

12294627_719191401549956_9054317294114794711_n

Setiap pagi, peserta akan menunaikan solat subuh secara berjemaah dan disusuli dengan slot tazkirah subuh. Selepas sarapan pagi dan meminum sesudu madu, peserta akan bergerak menuju ke kelas masing-masing untuk sessi hafazan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Peserta juga turut diberi pendedahan mengenai solat dhuha dan menunaikannya di Masjid Jamek Tok Jiring yang didirikan  antara waktu rehat sessi pagi dan tengahari. Setelah solat Zohor, peserta akan terlibat dalam aktiviti dewan yang merangkumi slot seperti :

12322758_719189588216804_7495469724907897894_o

  • Kembara Ke Bumi Anbia (Jordan)
  • Kembara Ke Bumi Anbia (Mesir)
  • Al-Quran & Sains (Alam Haiwan)
  • Kursus Pengurusan Jenazah
  • Bersama Imam Muda Fakhrurazi

12348019_723360011133095_7501227561929745526_n

Selepas menunaikan solat Asar, peserta akan berkumpul di padang untuk acara sukan dan riadah. Alhamdulillah, keadaan cuaca yang baik mengizinkan acara yang dirancangkan berlangsung mengikut perancangan. Antara acara sukan dan riadah yang telah berlangsung pada KEMTAS2015 adalah :

12341241_723359607799802_6338074340820289556_n

  • Menangkap Belut
  • Sukan Traditional
  • Memanah
  • Team Building
  • Berkuda & Kereta Kuda
  • Kembara Desa (Explorace) – Selepas Zohor

12342733_720488191420277_2497174480475442546_n

Selepas berehat dan menikmati hidangan makan malam, peserta bersedia untuk solat maghrib berjemaah dan meneruskan sessi hafazan bersama fasilitator sementara menunggu tibanya waktu Isyak. Slot terakhir mengambil tempat didalam dewan seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Antaranya perkongsian daripada penceramah jemputan mengenai beberapa tajuk menarik termasuklah :

12310569_719835464818883_1977532133414253947_n

  • Mukjizat Al-Quran
  • Ke Alam Baligh
  • Al-Quran & Sains (Fenomena Alam)
  • Sejarah Islam
  • Makanan Sunnah.
  • Team Building

12310674_719488211520275_1630319728070297734_n

Pada malam terakhir program iaitu 4 Disember 2015, jumaat, satu keraian ringkas telah diadakan. Turut berlangsung adalah sessi akhir antara peserta dan fasilitator mereka sebelum program berakhir pada keesokan harinya.

12308625_723368437798919_1694170973596652511_n

Satu slot khas motivasi anak-anak peserta KEMTAS2015 bersama ibu bapa mereka telah dikendalikan oleh motivator Ayoh Wer pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring pada 5 Disember 2015. Majlis melabuhkan tirai dengan rasminya setelah penyampaian sijil dalam Majlis Penutup & Graduasi Peserta Kem Tahfiz Anak Soleh 2015 yang telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Tuan Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal kira-kira jam 11.00 pagi, 5 Disember 2015.

12313857_723412384461191_5927385603778447665_n

Alhamdulillah, terima kasih dan syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat dan kesungguhan untuk menghafaz dan mendalami ilmu al-Quran disamping mendapat rakan-rakan baru yang sentiasa bersama-sama sepanjang program tersebut. InsyaAllah, edisi ke-12 bakal menyusul ditahun 2016. “ANAK SOLEH, MAHKOTA IBU BAPA”.

Advertisements

Lawatan Thaqofah PT3 2015

Alhamdulillah.. Dengan izin Allah SWT, satu program Lawatan Thaqofah bersama para pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah selesai diadakan pada 4 hingga 7 November 2015 yang lalu. Lawatan pada kali ini tertumpu ke beberapa tempat menarik di Negeri Sembilan dan Melaka.

12208540_1066324353379090_6148360039193645359_n

Perjalanan bermula pada sebelah malam, 4 November 2015 menuju ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan. Peserta berhenti rehat dan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum meneruskan perjalanan ke USIM. Peserta lawatan amat bertuah pada hari tersebut kerana sempat terlibat secara tidak langsung dalam raptai Majlis Konvokesyen Ke-13 di Dewan Tunku Canselor, USIM. Semoga dengan pengalaman tersebut mampu meningkatkan motivasi mereka untuk belajar dengan lebih gigih dan meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi, InsyaAllah.

12193476_1065774706767388_2149212490882827933_n

Peserta kemudiannya meneruskan lawatan ke lokasi seterusnya, Muzium Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Para peserta mengambil peluang menimba ilmu dan meninjau beberapa khazanah di Muzium Tentera Darat yang dibahagikan kepada beberapa segmen mengikut era dan zaman yang pernah dilalui di negara kita, Malaysia. Para pelajar juga mengambil peluang bergambar kenangan bersama monumen yang bernilai tersebut seperti kereta kebal, meriam besar dan pelbagai jenis kenderaan perang.

12065965_1065816820096510_90116121781343556_n

Perjalanan diteruskan lagi ke daerah Seremban dengan lokasi seterusnya tertumpu ke Ostrich Farm. (Taman Burung Unta). Pelbagai tarikan lain turut ditawarkan disini termasuklah Go-Kart, ladang Angsa, Keldai dan beberapa haiwan lain termasuk ular. Disini, mereka sempat merasai pengalaman memberi makan burung unta, bermain go-kart, berlumba dengan burung unta dan pelbagai keindahan yang lain. Ia merupakan destinasi terakhir para peserta sebelum berhenti rehat di Sekolah Rendah Islam Intergrasi Tahfiz Darul Ulum Negeri Sembilan.

12191938_1065833893428136_4504864428044057632_n

Keesokan harinya, para peserta bersiap siaga untuk menuju ke Magic Art 3d Museum di Melaka, Bandaraya Bersejarah. Pelbagai keunikan dan seni kreatif yang dipamerkan di Muzium tersebut menggamit perhatian para pelajar untuk tidak melepaskan peluang merakamkan gambar-gambar kenangan didalam Magic Art 3d Museum yang menampilkan pelbagai jenis tema yang menarik termasuklah di cerun bukit, gunung, air terjun dan juga zaman pemerintahan dahulu kala.

12208767_1066321166712742_594607743045666711_n

Sebelum bergerak pulang ke Kuala Terengganu, para peserta sempat dibawa meninjau beberapa lokasi dan pemandangan yang menarik disekitar Bandaraya Bersejarah tersebut. Alhamdulillah, peserta tiba di perkarangan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) pada awal pagi sabtu.