Usai Kem Tahfiz Anak Soleh Edisi Ke 10.

Alhamdulillah…. Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Kem Tahfiz Anak Soleh (KEMTAS 2014) yang berlangsung selama 7 hari di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah melabuhkan tirainya pada hari sabtu yang lalu bersamaan 29 November 2014. KEMTAS edisi ke-10 ini telah berjaya menarik jumlah peserta sekitar 170 orang yang berusia antara 10 hingga 14 tahun. Majoriti peserta berasal dari negeri Terengganu dan sebilangan kecil dari yang lain datang dari pelbagai negeri lain di Malaysia.

Bersama Kumpulan Usrah

Pendaftaran peserta dibuat pada 23 November 2014 di ruang terbuka Masjid Jamek Tok Jiring. Setelah sessi pendaftaran diselesaikan, peserta dibawa ke ruang masjid untuk menunaikan solat asar secara berjemaah dan taklimat awal mengenai kem yang akan mereka lalui sepanjang seminggu. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan usrah. Kumpulan usrah ini bertujuan untuk memudahkan perjalanan peserta sepanjang program. Sessi taaruf turut dijalankan selepas pembahagian kumpulan bagi memperkenalkan barisan fasilitator dan peserta kem. Pada sebelah malamnya, peserta didedahkan dengan slot Teknik Hafazan dan dibahagikan kepada beberapa kelas untuk agenda harian mereka sepanjang kem.

Sessi Kelas Hafazan

Sessi Kelas Hafazan

Setiap pagi, peserta akan solat subuh secara berjemaah di Masjid Jamek Tok Jiring dan mendengar tazkirah subuh. Selepas selesai sarapan pagi, mereka akan terlibat dengan kelas hafazan yang dibahagikan kepada dua sessi iaitu 8.00 hingga 10.00 pagi dan 10.30 hingga 12.00 tengahari. Itu merupakan rutin harian peserta KEMTAS yang salah satunya bermatlamatkan kelas “Intensif Hafazan Al-Quran”. Pada sebelah malam pula, mereka akan mengikuti kelas hafazan antara waktu Maghrib dan Isyak.

10806222_887933367884857_4324974664391728595_n

Slot “Kembara di Bumi Anbiya'” menyusul selepas solat Zohor. Slot ini akan membawa peserta mengenali dan mendalami suasana di negara-negara yang dikenali sebagai Bumi Anbiya’. Tiga buah negara Anbiya’ yang dipilih pada KEMTAS 2014 ini adalah Syria (Isnin), Yaman (Selasa), Palestin (Rabu). Elemen multimedia turut digunakan bagi menarik minat peserta yang rata-rata masih berusia awal belasan tahun. Pada hari Khamis, program Kembara Desa akan mengambil tempat. Peserta akan melalui kawasan disekitar dengan pemantauan fasilitator bertugas. Mereka dikehendaki menyelesaikan tugasan di checkpoint-checkpoint tertentu. Aktiviti team-building mengambil tempat pada hari jumaat yang dikendalikan oleh fasilitator bertugas. Turut berlangsung pada hari Jumaat adalah Bersama Imam Muda Fakhrurazi.

DSC_0260

DSC_0496

DSC_0688

Aktiviti berkuda, berkereta kuda dan memancing dimulakan sebagai riadah selepas solat Asar. Alhamdulillah, cuaca yang baik memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman menaiki kuda dan memancing.  Manakala pada waktu malam pula, satu lagi acara dewan mengambil tempat. Slot yang bertemakan kerohanian, kehidupan dan keajaiban Allah SWT ini disampaikan dengan penuh hikmah oleh fasilitator bertugas. Slot tersebut adalah Mukjizat Al-Quran (Ustaz Manan), Kealam Baligh (Ustaz Nafizul dan Ustazah Sakinah, Quran dan Sains (CIkgu Nadzirah). Manakala pada hari terakhir pula diisi dengan slot Sentuhan Qalbu.

Kem Tahfiz Anak Soleh (2)

Sebagai mengakhiri program, ibu bapa dijemput untuk bersama-sama dalam slot Motivasi bersama Ibu Bapa pada hari Sabtu, 29 November 2014. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat pada tahun ini. Alhamdulillah… ada antara mereka yang mampu menghafaz beberapa surah selain daripada ayat lazim.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat dalam KEMTAS pada tahun ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa dan fasilitator yang bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran program. InsyaAllah. berjumpa lagi ditahun 2015.

Gambar-Gambar

Advertisements

Menyingkap Tirai 19 November 1991

Sudah lebih 20 tahun detik hitam yang menimpa Institut Berakan (IB) apabila bangunan tersebut diruntuhkan oleh kerajaan memerintah pada ketika itu. Detik yang memberi kesan mendalam kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar di IB. Cubaan merobohkan bangunan IB telah beberapa kali dibuat, namun ia hanya berhasil pada tanggal 19 November 1991.

ib39

Kembali mengimbas detik awal operasi pada 12 Januari 1991 apabila sebuah bulldozer telah diarahkan untuk merobohkan bangunan IB sekitar jam 5.00 petang. Namun ia digagalkan oleh tindakan dan semangat juang guru dan pelajar yang merebahkan badan dan berbaring dihadapan bulldozer tersebut.

ib57 ib51

Namun begitu, usaha perobohan tidak terhenti setakat disitu apabila, pada Mac 1991, struktur asas tiang bangunan tambahan berjaya dirobohkan dalam masa 15 minit telah diranapkan oleh mereka. Itu belum cukup memuaskan hati mereka apabila operasi ketiga, 19 November 1991, mereka sekali lagi bertindak diluar kewarasan fikirian dengan meranapkan Institut Berakan.

ib44

Kerja-kerja awal perobohan dipercayai dimulakan seawal jam 2.00 pagi dengan pelbagai organisasi lain turut memainkan peranan dengan sekatan jalanraya, penutupan jalan dan pelbagai lagi organisasi yang terlibat dalam memastikan operasi itu berjaya. Amat memilukan apabila hanya tinggal beberapa hari sahaja sessi persekolahan baru akan dimulakan.

ib37 Piket - Bantah usaha roboh Institut berakan(1991)

Tetapi ia bukanlah penamat kepada Institut Berakan. Dengan kerjasama masyarakat dan doa yang dipanjatkan kepada Allah S.W.T, Institut Berakan terus mengorak langkah hingga ke hari ini dalam melahirkan generasi huffaz dan tenaga kerja professional dalam pelbagai bidang.

MTT DARUL IMAN

MTT DARUL IMAN

Siri 9 ~ Syukran Jazeelan…

Assalamualaikum wbt….

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan kami samada di Facebook Ma’ahad Tahfiz, Page Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman, Laman Web MTT dan juga Laman Youtube MTT. Syukran Jazeelan ‘alaikum…

Tidak dilupakan juga pada semua guru, kakitangan, pelajar dan entiti luar yang terlibat dalam menjayakan Majlis Haflatul Quran MTT 2013 pada kali ini. Tanpa kerjasama dan keringat kalian, sukar untuk kita menjalankan agenda besar seperti ini. Terima kasih juga dipanjangkan kepada beberapa nama besar seperti YB Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar bin Chik, Cikgu Suhaimi Saad, Tuan Haji Husin bin Ismail, Ustaz Saiful Bahri bin Mamat dan juga Sheikh Ali Abdul Rahman As-Sauti.

Logo AADK Logo JPAM Logo PTPL logo MSU

Kepada Non-Government Organization (NGO) luar yang turut sama terlibat antaranya Management & Science University (MSU), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kolej Inforana dan juga Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL). Tidak ketinggalan pada organisasi Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Taski Al-Hikmah dan juga Pasti Tok Jiring yang turut sama memeriahkan majlis.

Untuk makluman Tema Haflatul Quran MTT 2013 bertemakan Tarbiyyah Islamiyyah Tonggak Pembangunan Ummah mempunyai objektif tersendiri yang ingin digapai iaitu :

  1. Meraikan pelajar yang berjaya menamatkan hafazan quran
  2. Meraikan pelajar cemerlang PMR, SPM dan STAM 2012 (Kurikulum)
  3. Melahirkan bakat pelajar yang cemerlang dan melatih kemahiran bekerja secara berkumpulan (Kokurikulum_
  4. Membangun lepasan pelajar sebagai pemimpin masa depan
  5. Menyuburkan jiwa pengorbanan dikalangan guru, pelajar dan anggota masyarakat
  6. Mengukuhkan hubungan MTT dengan masyarakat setempat.

JAWATANKUASA :

Ex-Officio : Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar bin Chik
Pengerusi : Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal
Pengarah : Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa
Timb. Pengarah 1 & Jemputan : Ustazah Norfaizan binti Nordin
Timb Pengarah 2 : Cikgu Nor Effendi bin Mahyiddin
Timb. Pengarah 3 : Ustaz Wan Mohd Shamsuddin bin Wan Daud
Setiausaha : Cikgu Siti Nadzirah binti Mohd Aziz
Pen. Setiausaha 1 : Puan Ummi Nasirah binti Abu Bakar
Pen. Setiausaha 2 : Puan Noor Sarida bt Hassan
Bendahari : Puan Rohaida bt Ismail.

UNIT PERSIAPAN :

  1. Cikgu Mohamad bin Mina
  2. Ustaz Mohd Khairul Nizam bin Mohd Razali
  3. Ustazah Hafizah bt Jaya
  4. Encik Wan Shafri bin Wan Mohamad
  5. Encik Sudin bin Awang
  6. Cikgu Saliza bin Awang
  7. Ustazah Aminan Mastura bt Ramli
  8. Ustazah Juwairiah binti Mohd
  9. Ustaz Wan Azmi bin Wan Musa
  10. Ustaz Abdullah Zubair bin Abdul Muborak
  11. Ustaz Ahmad Naim bin Abu Bakar

UNIT PERBEKALAN, PENGANGKUTAN & DERMA

  1. Haji Wan Mohd Danin bin Wan Ibrahim
  2. Cikgu Abdullah bin Embong
  3. Encik Che Mohd Firdaus bin Abdullah
  4. Encik Mohamad Ajmain bin Ali
  5. Ustaz Mohd Wafiuddin bin Analis

UNIT MAKANAN, HIDANGAN & PERALATAN

  1. YM Haji Tengku Samsul Alang bin Tengku Hussin
  2. Ustaz Hasbullah bin Mamat
  3. Cikgu Sharifah Fadzillah binti Said Husin
  4. Cikgu Nur Fadhilah binti Mohd Puzi
  5. Ustaz Muhammad Amirol bin Muhamad
  6. Cikgu Hamidah bt Mohd Zakir
  7. Cikgu Semazuani bt Seman
  8. Ustazah Nurul Humairah binti Mohd Noor
  9. Ustazah Fatimatul Zahra binti Sulaiman
  10. Puan Selimah binti Kasim
  11. Encik Teh bin Abdullah
  12. Encik Syawal Hadi bin Teh

UNIT HADIAH & CENDERAHATI

  1. Ustazah Zaiton binti Salleh
  2. Cikgu Zuraini bt Mohd Salleh
  3. Ustazah Ummu Nurul Aiman bt Mat Jamil
  4. Ustazah Hazirah bt Zolkifli

UNIT BUKU CENDERAMATA

  1. Encik Abdul Hadi bin Mohamad
  2. Cikgu Wan Zahani bt Wan Abdul Ghani
  3. Cikgu Ummul Liya Saffura binti Sapingi @ Shafie
  4. Cikgu Norhidayah binti C. Haron

UNIT GERAI & PAMERAN

  1. Cikgu Shaikh Azahari bin Shaikh Hussin
  2. Cikgu Mohd Azizan bin Mohd Pawi
  3. Cikgu Tg Noriza binti Tg Ibrahim
  4. Ustazah Asmina binti Nawi
  5. Cikgu Mohd Azrul Asyraf bin Mohd Nordin
  6. Cikgu Mohd Fazree bin Mohd Nor
  7. Ustaz Mohd Adnan bin Ishak

UNIT PERSEMBAHAN

  1. Ustaz Awang bin Embong
  2. Ustaz Ismael bin Ibrahim
  3. Encik Mohamad Ajmain bin Ali
  4. Ustaz Mohd Nafizul bin Islami
  5. Ustaz Ahmad Naim bin Abu Bakar

UNIT PROTOKOL

  1. Cikgu Nawawi bin Sulong
  2. Cikgu Wan Sabariah binti Wan Musa
  3. Ustaz Mohd Hadie bin Zulkaupali
  4. Cikgu Raja Endon binti Raja Abdul Rahman
  5. Ustazah Norlela binti Ahmad
  6. Ustaz Mohd Hamdan bin Mohamed

UNIT SIARAYA

  1. Cikgu Mohamad bin Mina
  2. Ustaz Mohd Nafizul bin Ismail
  3. Cikgu Abdul Aziz bin Mamat
  4. Encik Wan Shafri bin Wan Mohamad

UNIT ICT, PROMOSI & DOKUMENTASI

  1. Encik Khairul Azlam bin Mohamad
  2. Cikgu Mohd Ishamuddin bin Ishak
  3. Encik Ahmad Izzuddin bin Yusof
  4. Encik Hussin bin Mohamad
  5. Cik Noor Aini binti Che Alwi

UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

  1. Haji Nazmi bin Ghazali
  2. Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar
  3. Ustazah Nur Laili bt Rashid
  4. Cikgu Semazuani binti Seman (Keceriaan)
  5. Ustaz Tuan Mohd Izzuddin bin Abu Bakar (Kebersihan)
  6. Encik Sudin bin Awang (Susun Atur Semula)
  7. Ustazah Ummu Nurul Amirah bt Mat Jamil
  8. Ustaz Muttaqillah Al-Hadi bin Muda
  9. Encik Abdul Hamid bin Abdullah.

UNIT KECEMASAN & KESELAMATAN DIRI

  1. Ustazah Zaiton binti Salleh
  2. Cikgu Nur Fadhilah binti Mohd Puzi
  3. Cikgu Ummul Liya Saffura binti Sapingi @ Shafie

UNIT LALULINTAS

  1. Encik Mustofa bin Ismail
  2. Abdullah Hakimi bin Zaid
  3. Ahmad Hamdan bin Ariffin
  4. Unit Amal MTT

UNIT HAL EHWAL & MARKAZ ISLAMI

  1. Cikgu Sapinah binti Jusoh
  2. Ustaz Mohd Zahib bin Mohd Zain
  3. Encik Roswadi binti Salleh
  4. Ustazah Zaiton binti Salleh
  5. Encik Abdul Hadi bin Mohamad
  6. YM Haji Tengku Samsul Alang bin Tengku Hussin.

Terima kasih diucapkan kepada semua… Moga Allah membalas jasa semua pihak yang terlibat dalam Majlis Haflatul Quran MTT 2013. Program seterusnya, QURBAN & AQIQAH SEMPENA AIDILADHA DI MTT.

Wassalam…

 

 

Siri 8 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013

Assalamualaikum wbt….

Berikut link-link yang boleh diikuti untuk melihat koleksi gambar sekitar Majlis Haflatul Quran MTT 2013.

Koleksi Gambar :

Ceramah Perdana <= Klik
Pertandingan Hafazan <= Klik
Demonstrasi Ular <= Klik
Anugerah Kecemerlangan & Malam Graduasi <= Klik
Pembangunan Kokurikulum MTT <= Klik
Gerai-Gerai Pameran <= Klik

Kelab Terbaik Ihtifal MTT 2013 (Kelab Kraf & Landskap)

Koleksi Video :

Rehearsal Perbarisan Unit Amal & Nisa’ <= Klik
Demonstrasi Ular <= Klik
Karnival Qiraat (Video 1) <= Klik
Karnival Qiraat (Video 2) <= Klik

Rangkuman Terdahulu :

Siri 1 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Ceramah Perdana & Hari Pertama)
Siri 2 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Pertandingan Hafazan)
Siri 3 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Anugerah Kecemerlangan & Graduasi) 
Siri 4 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Hari Kedua Kokurikulum MTT & Karnival Qiraat)
Siri 5 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Hari Ketiga dan Derma Darah)
Siri 6 – Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Keratan Akhbar Harakah Fikrah)
 

Siri 7 – Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 (Keratan Akhbar Sinar Harian) 

Siri 9? InsyaAllah… Senarai tetamu dan kakitangan disebalik tabir Majlis Haflatul Quran MTT 2013.

Siri 7 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013

Assalamualaikum wbt…

Seperti yang dijanjikan dalam siri terdahulu, Siri 7 akan memaparkan laporan berita dari akhbar Sinar Harian. Turut diselitkan adalah nukilan di blog-blog penulis bebas.

Imbas kembali pada 13 September 2013 yang lalu, Maahad Tahfiz telah mengadakan keraian sempena Haflatul Quran MTT 2013 di perkarangan MTT. Pada hari tersebut, para tetamu akan diberi senaskah akhbar Sinar Harian yang mengandungi gambar aktiviti sepanjang Haflatul Quran MTT 2013. Antara gambar yang dimuatkan adalah (Gambar yang disertakan tidak semuanya sama dengan didalam akhbar) :

Ust. Abu Bakar Abdullah, Cikgu Suhaimi Saad dan Ust. Abu Bakar Chik dalam Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Ust. Abu Bakar Abdullah, Cikgu Suhaimi Saad dan Ust. Abu Bakar Chik dalam Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Ustaz Abu Bakar Chik menyampaikan cenderamata keppada Sheikh Ali Abdul Rahman diatas kesudian beliau merasmikan Anugerah Kecemerlangan & Anugerah Graduasi MTT 2013

Ustaz Abu Bakar Chik menyampaikan cenderamata keppada Sheikh Ali Abdul Rahman diatas kesudian beliau merasmikan Anugerah Kecemerlangan & Anugerah Graduasi MTT 2013

Penerima Anugerha Kecemerlangan SPM Nurul Nazurah Mohamad Fadzli bersama ibu bapanya untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Imam Hamzah

Penerima Anugerha Kecemerlangan SPM Nurul Nazurah Mohamad Fadzli bersama ibu bapanya untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Imam Hamzah

Penerima Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2012 iaitu saudara Abdurrahman Hafiz bin Zulkafli. Beliau menerima Anugerah Kecemerlangan Imam Kisaie' yang disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Penerima Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2012 iaitu saudara Abdurrahman Hafiz bin Zulkafli. Beliau menerima Anugerah Kecemerlangan Imam Kisaie’ yang disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Peserta Pertandingan Hafazan

Peserta Pertandingan Hafazan

Demo Penangkapan Ular oleh JPAM

Demo Penangkapan Ular oleh JPAM

Demonstrasi Ular oleh JPAM

Demonstrasi Ular oleh JPAM

Sukaneka Pasti Haflatul Quran MTT 2013

Sukaneka Pasti Haflatul Quran MTT 2013

Ihtifal MTT - Menjadikan Tarbiyyah Islamiyyah Tonggak Pembangunan Ummah - 13 Sept 2013 Pakatan Daily

Ihtifal MTT – Menjadikan Tarbiyyah Islamiyyah Tonggak Pembangunan Ummah – 13 Sept 2013 Pakatan Daily

Ulama Tonggak Pimpinan PAS. (Kalau tak boleh baca gambar, buka LINK ye) Sumber : http://www.sinarharian.com.my/arkib/ulama-tonggak-pimpinan-pas-1.201906

Ulama Tonggak Pimpinan PAS.
(Kalau tak boleh baca gambar, buka LINK ye)
Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/arkib/ulama-tonggak-pimpinan-pas-1.201906

Sumber-sumber berita adalah daripada Sinar Harian dan Blog Pakatan Daily. Terima Kasih kerana bersama kami di Blog Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman dan siri Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013. Siri seterusnya akan memberi link atau pautan gambar-gambar aktiviti dan juga video yang sempat dirakam sepanjang program. Syukran Jazeelan…

Siri 1 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 2 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 3 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 4 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 5 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 6 – Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013

Siri 6 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013

Assalamualaikum wbt…

Rangkuman pada kali ini berfokus kepada siaran akhbar mengenai program Haflatul Quran MTT 2013 baru-baru ini.

1. Harakah Fikrah (Edisi 16-19 September 2013).

Tajuk : Sekolah Agama Asas Kekuatan Islam – Khairul Azlam Mohamad

Kuala Terengganu: Pusat-pusat Pengajian Pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diasaskan oleh para alim ulama dan tok guru pondok sebenarnya menjadi asas bagi kekuatan Islam di satu tempat atau negeri.

Justeru, lahirlah idea yang sama oleh lima orang graduan siswazah pada awal tahun 70an iaitu Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Abdul Rashid Omar, Safinah Jusoh dan Raja Endun Raja Abdul Rahman.

Institut Berakan

Institut Berakan

Mereka telah berjaya menubuhkan sebuah sekolah swasta yang dinamakan Institut Berakan (IB) pada tahun 1974 yang kini menjangkau usianya hampir 40 tahun.

Institut Berakan / MTT

Institut Berakan / MTT

Institut Berakan / MTT

Institut Berakan / MTT

Namun begitu, IB menghadapi pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasinya sehingga pernah dirobohkan kerajaan BN Terengganu ketika negeri dibawah kepimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad pada 19 November 1991.

IB dirobohkan kerana sekolah tersebut menjadi denyut nadi kepada gerakan Islam yang lahir seperti Abim dan kepimpinan PAS diawal tahun 70-an dan 80-an.Beroperasi di Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu,IB menjadi pusat penyebaran dan perkembangan fikrah PAS yang pesat di negeri Darul Iman ini.

Usaha membantah perobihan IB

Usaha membantah perobihan IB

Jentolak yang digunakan untuk meroboh

Jentolak yang digunakan untuk meroboh

Kini Institut Berakan telah melahirkan Maahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman setelah “berpindah” serta memiliki sebidang tanah yang diwakafkan seorang hamba Allah yang mahu melihat Pusat Pengajian Islam dibangun dan dikembangkan di Terengganu.Sejak tahun 1997,IB dan MTT merupakan satu nama yang seiring (2 dalam 1) mengikut perkembangan pendidikan semasa, yang terus berdaya saing, maju dan dinamik.IB tidak lagi ditonjolkan tetapi “digilap” pula kepada MTT.

Hari ini, MTT ini menyambut ulang tahun ke-16 atau ke-39 atas nama Institut Berakan yang nadinya masih berdenyut secara rasmi di pejabat pendaftaran dan tidak mati meskipun 100 peratus struktur bangunannya dirobohkan 22 tahun lalu.

MTT mempunyai visi, misi dan objektif yang jelas serta menjadi panduan kepada pihak pentadbirannya membawa hala tuju dan matlamat pendidikan.

Tema majlis Haflatul Quran dan Ihtifal MTT 2013 iaitu “Tarbiyyah Islamiyyah Tonggak Pembangunan Ummah”.

Program tersebut diadakan selama empat hari meliputi ceramah perdana, pertandingan hafazan al-Quran, khatam al-Quran, anugerah pelajar cemerlang, sukaneka anak-anak Pasti, seni silat mempertahankan diri, karnival qiraat jemputan, nasyid, demonstrasi ular, pameran, gerai jualan, derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma serta jamuan rakyat.Majlis Haflatul Quran itu dirasmikan oleh Sheikh Ali Abdul Rahman As-Saufi dari Universiti Al-Iman, Sanaa’ Yaman dan hadir sama Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Pengerusi Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP), Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Ustaz Satiful diiringi oleh Ustaz Muzaihar & Ustaz Saiful ke bilik jamuan VIP.

Ustaz Satiful diiringi oleh Ustaz Muzaihar & Ustaz Saiful ke bilik jamuan VIP.

Penerima Anugerha Kecemerlangan

Penerima Anugerha Kecemerlangan

Bacaan Bertarannum
Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Siri 7 akan memuatkan siaran akhbar Sinar Harian pula. Nantikan…

Siri 1 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 2 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 3 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 4 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 5 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013

Warga MTT “Bersama” Dr Morsi

Assalamualaikum…

Pada 10 Julai 2013 yang lalu bersamaan dengan 1 Ramadhan 1434H, semua warga Maahad Tahfiz Waltarbiyyah (MTT) Darul Iman telah mengadakan satu demonstrasi aman sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Dr Morsi.
</p?

Ia juga sebagai tanda protes terhadap tindakan ketenteraan yang dilakukan terhadap pemimpin Islam yang dilantik menerusi proses pilihanraya tersebut. Sokongan dan sambutan dari kenderaan yang membunyikan hon sebagai tanda setuju kepimpinan Dr Morsi.

Cuaca yang mendung dipagi Ramadhan itu telah menghimpunkan hapir 600 warga MTT yang terdiri daripada Guru, Kakitangan dan Pelajar MTT sendiri. Program bermula seawal jam 7.35 pagi dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian.

Turut serta dalam demonstrasi tersebut adalah, Ustaz Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat merangkap pengerusi MTT, Pesuruhjaya PAS Sabah iaitu Mohd Aminuddin Aling dan juga wakil dari akhbar Harakah. Tidak ketinggalan Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal, Dr Hamdan Muhammad dan sekalian warga guru di MTT.

Mengulas mengenai demonstrasi tersebut, ustaz Muzaihar selaku Mudir MTT dengan lantang menyatakan, “Ini tanda solidariti kita terhadap umat Islam dan jamaah Islam Ikhwanul Muslimin di Mesir yang sedang dibunuh dan dizalimi oleh pihak yang memusuhi Islam,”

Demonstrasi diakhiri dengan bacaan doa memohon pertolongan dari Allah.

GAMBAR SEKITAR DEMONSTRASI 1

GAMBAR SEKITAR DEMONSTRASI 2