Penganugerahan Sempena Hari Guru 2016.

Alhamdulillah… dalam kesibukan tugasan seharian warga kerja di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), sambutan Hari Guru 2016 tetap berlangsung meriah. Aturcara dimulakan dengan beberapa acara sukaneka yang membabitkan guru serta kakitangan di MTT yang berakhir kira-kira jam 10.00 pagi.

13241148_801606796641749_4524472163239141799_n

13254144_801606003308495_5497279654862391324_n

Setelah mengambil peluang beristirehat, acara dewan dimulakan pada jam 11.00 pagi di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring dengan slot ucapan daripada wakil guru, pelajar serta Pengarah Program Hari Guru 2016, Cikgu Ahmad Nahri Abd Aziz. Acara kemuncak adalah perasmian oleh Tuan Haji Daud bin Jusoh serta penyampaian Anugerah kepada mereka yang terpilih. Acara kemudiannya diteruskan dengan sessi cabutan bertuah dan selingan persembahan daripada pelajar-pelajar di MTT.

Berikut disertakan senarai penerima Anugerah Hari Guru 2016…. Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Sempena Hari Guru MTT 2016.

Anugerah Jasamu Di Kenang :
1) Ustaz Rashid Omar

13239059_801602386642190_6835249222304793211_n

Anugerah Tokoh Guru Cemerlang
1) Ustaz Mohd Shaiful Ambia Darusa
2) Cikgu Raja Endun Raja Abdul Rahman

13256063_801602383308857_6098744162090826201_n 13245263_801602373308858_2419813486225093900_n

Anugerah Guru Harapan
1) Ustaz Mohd Nafizul Ismail
2) Ustazah Hazirah Zulkifli

13237623_801602536642175_7371787711469832586_n 13256469_801602543308841_347252675809248232_n

Anugerah Kakitangan Cemerlang
1) Cikgu Mohamad bin Mina

13245469_801602376642191_5401777425390715903_n

Semoga ia dijadikan sebagai lonjakan semangat kepada semua pendidik yang lain. Setiap individu itu ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bergantung kepada cara dia memanfaatkannya.

Advertisements

Sambutan Hari Guru MTT 2015

Syukur kehadrat Allah SWT, Majlis Sambutan Hari Guru MTT 2015 yang bertemakan Guru:Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak telah pun selesai dilaksanakan pada 18 Mei 2015. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mas’ul Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) iaitu Tuan Haji Mahamud bin Omar dalam majlis yang berlangsung sedehana tetapi meriah sepanjang hari tersebut. Pihak MTT juga mengucapkan terima kasih dengan kunjungan wakil daripada YB DUN Tepoh, Ustaz Hishamuddin yang menyampaikan kek sempena hari guru 2015.

Selamat hari Guru dan salam kpd semua gury2 MTT... dari wakil Adun Tepuh ., YB Ustaz Hishamuddin Karim

Acara pagi dimulakan dengan sukaneka Boling Padang dan Gelung Rotan bagi guru muslimin, manakala bagi guru muslimat pula adalah Mengisi Air Didalam Botol dan Gubahan Kreatif Menggunakan Tuala. Suasana meriah dapat diperhatikan apabila para pelajar memberikan sokongan padu terhadap guru-guru yang mengambil bahagian dalam setiap acara termasuklah Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal.

11096552_636121786523585_8116872674822871768_n

Selepas rehat dan minum pagi, pelajar dan guru mula mengambil tempat di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Tok Jiring untuk majlis perasmian dan penyampaian anugerah Hari Guru MTT 2015. Sessi dimulakan dengan bacaan doa dan alunan ayat suci al-Quran sebelum semua guru menyanyikan lagu HambaMu sebagai tema sambutan pada tahun ini. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program, Ustaz Wan Shamsuddin, Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal, CEO MTT, Cikgu Safinah Jusoh. dan Ustaz Dr. Abu Bakar Abdullah mewakili Yayasan Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP)

11151016_636130176522746_3852670477433612075_n

Sebelum ucapan dan majlis perasmian, penonton disajikan dengan persembahan deklamasi puisi daripada pelajar MTT iaitu saudari Sabrina dan Jalilah yang bertemakan Hari Guru. Usai majlis perasmian, satu tayangan video khas ucapan hari guru dipertontonkan kepada pelajar.

Suasana menjadi hiba apabila paparan video dan lantunan suara amanat hari guru daripada Sang Murabbi, almarhum Ustaz Abu Bakar Chik terpancar di skrin tayangan. Nyata, aura yang ditinggalkan beliau kekal tersemat didalam jiwa dan sanubari para pelajar dan warga MTT lainnya. Ucapan yang menjurus kearah akhlak dan kemuliaan tugas guru amat bertepatan dengan tema pada tahun ini. Ia diteruskan pula dengan persembahan tribute khas untuk beliau daripada pelajar dengan alunan lagu Kau Murabbi, Kau Guru disertakan dengan tayangan gambar-gambar beliau hingga detik pengebumian beliau.

1510456_636130986522665_4815990661237925138_n

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penganugerahan Hari Guru MTT 2015. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang bagi tahun 2015. Semoga ia memberi satu suntikan untuk terus maju dan berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi selaras dengan penganugerahan diberi. Berikut disertakan pemenang anugerah bagi Hari Guru MTT 2015.

11225719_636130493189381_7994270800692598866_n (1)

Anugerah Guru Harapan 2015 :
Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar
Ustazah Ummu Nurul Aiman bin Mat Jamil

Anugerah Kakitangan 2015 :
Encik Ahmad Izzuddin bin Yusof

Anugerah Guru 2015 :
Ustaz Mohd Khairul Nizam bin Mohd Rozali
Cikgu Zuraini binti Salleh

Anugerah Jasamu Dikenang :
Ustaz Dr Mohd Hamdan bin Mohamed.

11225719_636130493189381_7994270800692598866_n (1)

Selepas tetamu kenamaan bergerak meninggalkan majlis untuk santapan makan tengahari, fasa terakhir Majlis Sambutan Hari Guru MTT diteruskan dengan cabutan bertuah untuk guru dan juga pelajar. Majlis diselangi dengan persembahan menarik daripada pelajar. Persembahan pertama adalah daripada wakil Tingkatan 3 yang menyampaikan nasyid berjudul Jalinan. Persembahan yang paling mencuit hati para hadirin adalah persembahan pentas bertajuk Dulu dan Sekarang yang telah dilakonkan dengan jayanya oleh pelajar dari kelas 3 Imam ‘Asim. Persembahan terakhir daripada pelajar Tingkatan 5 dengan lagu bertajuk Nur Kasih yang disertai gimik penyampaian origami berbentuk burung kepada para pendidik di MTT.

1510441_636129969856100_4507095695389637412_n

Akhir sekali adalah penyampaian hadiah acara sukaneka yang berlangsung pada sebelah pagi. Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan, antaranya Che Mohd Firdaus, Ust. Khairul Nizam, Ustazah Norlela, Cikgu Asma Haida, Cikgu Zuraini & pasukan, Ustazah Aminan Mastura & pasukan serta beberapa orang yang turut memenangi hadiah masing-masing.

11111626_636131373189293_5369801102210008330_n

GALERI GAMBAR 1

GALERI ANUGERAH HARI GURU MTT 2015

Perhimpunan Pelajar 5 April 2015

Alhamdulillah, beberapa program telah disempurnakan dalam perhimpunan 5 April 2015 antaranya Pelancaran Pertandingan Penulisan Karya Kreatif dan Watikah Perlantikan Pengawas Buku Teks yang telah disempurnakan oleh mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Ustaz Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal.

Pertandingan Penulisan Karya Kreatif adalah satu inisiatif untuk memberi peluang kepada pelajar mempamerkan bakat mereka dalam bidang penulisan kreatif untuk dimuatkan kedalam Majalah Al-Ikhwan. Majalah ini dijangka akan diagihkan dalam Majlis Haflatul Quran yang dijadualkan sekitar bulan Julai 2015 kelak. Beberapa kategori telah diperkenalkan untuk menarik minat dan mengasah bakat pelajar-pelajar MTT.

20150404191820 (1)

Turut diadakan pada hari ini adalah Watikah Perlantikan Pengawas Buku Teks yang dipengerusikan oleh Ketua Unit Buku Teks iaitu Cikgu Tengku Noriza bt Tengku Ibrahim. Dua orang pengawas dari setiap kelas telah dilantik untuk memastikan buku teks sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan baik. Ia juga untuk mendidik pelajar supaya amanah dan menjaga harta benda dengan baik dan tidak ditinggalkan di merata-rata tempat.

20150404191820

 

20150404191832 (6)

Turut dilangsungkan pada majlis yang sama adalah Watikah Perlantikan Guru Muda dan Penyampaian Hadiah 3K yang dimenangi oleh kelas 1 Imam Ibnu Kathir (Menengah Rendah) dan 5 Imam Nafi’ bagi kategori Menengah Atas.  Manakala bagi Kelas Harapan dianugerahkan kepada kelas 2 Imam ‘Asim.

11095334_842499422486693_2096001270_n

11099754_842499429153359_1804515362_n

GALERI AKTIVITI

Kemeriahan Sambutan Hari Guru MTT 2014

Hari Guru MTT 2014 (v2)

Alhamdulillah… Dengan izin Allah s.w.t, sambutan Hari Guru peringkat Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman berjaya dianjurkan pada 25 Mei 2014 yang lalu. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ustaz Dr Abu Bakar bin Abdullah yang merupakan Pengerusi bagi Yayasan Kebajikan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu atau ringkasnya YAKEP.

Sebelum acara rasmi bermula, beberapa acara sukaneka telah diatur seawal jam 8.30 pagi. Antara acara yang dipertandingkan bagi kategori muslimin adalah : (i) Pertandingan Tolak Kereta, (ii) Bawa Motorsikal Lambat (iii) Bawa Getah Dengan Straw dan (iv) Rembat Bola Ke Lubang Banner. Acara bagi muslimat pula adalah (i) Mengupas Buah Epal, (ii) Mengasingkan Rempah Ratus, (iii) Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu dan (iv) Lari Berpasangan. Suasana meriah dapat disaksikan apabila pelajar-pelajar bersorak memberi semangat kepada guru dan rakan-rakan mereka yang turut serta dalam acara yang dipertandingkan.

Pemenang bagi acara Muslimin adalah menjadi milik Ustaz Saiful dan Ustaz Abdullah Zubair bagi acara Bawa Getah Dengan Straw, Cikgu Baihaki (Motorsikal Lambat), Ustaz Kamarul (Rembat Bola Ke Lubang Banner. Manakala bagi acara Tolak Kereta dimenangi oleh pasukan guru menewaskan pasukan pelajar. Kategori Muslimat pula menyaksikan Ustazah Wan Salwa memenangi dua acara iaitu Mengasingkan Rempah Ratus dan Lari Berpasangan bersama Jalilah Badriah, pelajar muslimat MTT. Turut membawa pulang hadiah adalah Ustazah Widawati bagi pertandingan Mengupas Buah Epal dan Cikgu Wan Sabariah bagi acara Membawa Bola Pingpong Dalam Sudu.

Selain sukaneka, majlis turut diisi dengan penyampaian Anugerah kepada guru-guru yang dan kakitangan yang sentiasa gigih dalam mendidik anak-anak pelajar supaya menjadi insan yang berjaya didunia dan diakhirat. Berikut adalah penerima anugerah bagi Hari Guru MTT 2014 : (Gambar, Klik Disini)

Anugerah Jasamu Dikenang :
Ustaz Mohamad Yaakob (Mantan Pengetua Institut Berakan)

Anugerah Tokoh Guru :
Cikgu Siti Nadzirah Mohd Aziz

Anugerah Guru Harapan :
Cikgu Mohd Ishamuddin Ishak
Cikgu Saliza Ismail

Anugerah Kakitangan :
Puan Rohaida Ismail.

Majlis tersebut diselangselikan dengan penyampaian hadiah acara sukaneka, cabutan bertuah dan pertunjukan slide dari pelajar dan juga bekas pelajar MTT yang kini berada jauh diperantauan. Video-video tersebut boleh disaksikan di YouTube MTT.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan majlis Sambutan Hari Guru MTT 2014 terutamanya Jabatan Pengorganisasian Pelajar (JPP) yang telah menyusun atur jawatankuasa pelajar sambil dibantu oleh guru-guru yang berkemahiran dalam bidang masing-masing.

Pentas Dakwah MTT 2014

Assalamualaikum..

PENTAS DAKWAH MTT 2014

PENTAS DAKWAH MTT 2014

Alhamdulillah, Pentas Dakwah MTT 2014 telah berlangsung jayanya pada pertengahan Febuari yang lalu. Semua pemenang dan mentor yang terlibat menerima habuan atas usaha dan keringat masing-masing. Pentas Dakwah MTT dianjurkan untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar terutamanya dalam bidang pengucapan awam atau public speaking.

Antara pertandingan yang terlibat adalah Syarahan (Bahasa Arab), Khutbah, Tazkirah, Syarahan Umum, Azan dan juga Qasidah / Burdah. Semua pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Menengah Atas dan Menengah Bawah. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menjayakan Pentas Dakwah MTT 2014 baru-baru ini.

A. KATEGORI MENENGAH ATAS :

1. Syarahan Bahasa Arab
i. Nurusy Syuhada binti Ibrahim – 5IIK (Ustazah Wan Salwa Wan Hassan)
ii. Muhd Nur Adli Najmuddin bin Mokhtar – 5IN (Ustaz Mohd Khairul Nizam Mohd Razali)
iii. Ahmad Firdaus bin Ramli – 4IIK (Ustazah Ummu Kalthum Haron)

2. Khutbah
i. Muhammad Syahmi bin Mohd Nizam – 4IIA (Ustazah Ummu Nurul Aiman Mat Jamil)
ii. Muhammad Said bin Mohd Amin – 4IN (Ustaz Hasbullah Mamat)
iii. Fakhrul Islam bin Yaacob – 2IN (Ustaz Wan Mohd Shamsuddin Wan Daud)

3. Tazkirah
i. Muhammad Afiq Ikhwan bin Kasim – 5IIK (Ustazah Aminan Mastura Ramli)
ii. Abdurrahman Hafiz bin Zulkifli – 5IIA (Ustazah Aminan Mastura Ramli)
iii. Ahmad Firdaus bin Ramli – 4IIK (Cikgu Fatihah Fauzi)

4. Syarahan Umum
i. Munirah Husna binti Sazali – 4IIA (Cikgu Hamidah binti Mohd Zakir)
ii. Muhammad Hakim bin Haji Azaki – 5IN (Cikgu Siti Nadzirah Abu Saman)
iii. Aisyah binti Abdul Rahman – 5IIA (Cikgu Mohd Amirul Asyraf bin Kamarulzaini)

5. Azan
i. Muhd Najwan bin Muslidar – 3IN (Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar)
ii. Muhd Fakhruldin bin Ahmad Bustaman – 3IA (Ustaz Tuan Mohd Izzuddin bin Abu Bakar)
iii. Muhd Baihaqi bin Hazami – 3IIK (Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar)

6. Qasidah & Burdah
i. Kumpulan 5 – 5IN (Ustaz Mohd Nafizul bin Ismail)
ii. Kumpulan 9 – 4IIA (Ustaz Ismail bin Ibrahim)
iii. Kumpulan 3 – 5IIA (Ustaz Ismail bin Ibrahim)

B. KATEGORI MENENGAH BAWAH :

1. Syarahan Bahasa Arab
i. Muhd Faiz Hakimi bin Abdul Raman -1IA (Ustazah Hafizah Jaya)
ii. Farzana Shahirah binti Zakaria – 1IH (Ustazah Wan Salwa Wan Hassan)
iii. Muhammad Aiman bin Anam – 1IN (Ustazah Ummu Kalthum Haron)

2. Khutbah
i. Muhammad Haziq bin Zaharuddin – 1IN (Ustaz Hasbullah Mamat)
ii. Muhammad Ammar Faruqi bin Azam – 1IA (Ustazah Ummu Nurul Aiman Mat Jamil)

3. Tazkirah
i. Amirul Abrar bin Hasbullah – 2IN (Cikgu Mohd Azizan Mohamad Pawi)
ii. Mirza Thaqif bin Md Taib – IH1 (Cikgu Tuan Syarifah Shahadah binti Tuan Zawawi)
iii. Mohd Amirul Zakwan bin Mohd Samsul – 2IN (Cikgu Fatihah Yahaya)

4. Syarahan Umum
i. Ain Salsabila binti Nor Effendi – IH2 (Cikgu Mohd Amirul Asyraf bin Kamarulzaini)
ii. Abdul Muiz Rafiq bin Mohd Nor – 2IA (Cikgu Saerah binti Ibrahim)
iii. Puteri Nur Amalia Nadia binti Megat Suhaimi – 2IN (Cikgu Hamidah binti Mohd Zakir)

5. Azan
i. Raja Mohd Atiqullah Shah bin Raja Azman Shah – 2IIK (Ustaz Tuan Mohd Izzuddin bin Abu Bakar)
ii. Muhd Hairul Azmi bin Abdul Halim – IH3 (Ustaz Tuan Mohd Izzuddin bin Abu Bakar)
iii. Muhd Amirul Zakwan bin Mohd Samsul – 2IN (Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar)

6. Qasidah & Burdah
i. Kumpulan 7 – Tingkatan 1 (Ustaz Ismail bin Ibrahim)
ii. Kumpulan 6 – Tingkatan 1 (Ustaz Mohd Nafizul bin Ismail)
iii. Kumpulan 1 – IH1 (Ustaz Mohd Nafizul bin Ismail)

SYABAS!! BAKAL PENERAJU MASA DEPAN NEGARA!