Kumpulan Ammar Ditabal Juara AJN 2018

Alhamdulillah… syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan Ammar (Dorm Ammar) yang telah ditabalkan sebagai Johan Anugerah Juara Nasyid (AJN) 2018. Program edisi kali ini telah berlangsung di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring pada 7 September 2018 yang lalu dengan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu terdiri daripada pelajar, tenaga kerja MTT dan ibu bapa pelajar.

Majlis yang bermula kira-kira jam 2.30 petang itu telah diadili oleh alumni Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang terdiri daripada Saudara Mohd Hafizi bin Zalani, Saudara Effendi Wahhab dan Ustaz Muhammad Hamizan Hamzah selaku ketua juri.

Empat buah kumpulan telah melayakkan diri ke peringkat akhir bagi AJN2018. Mereka telah diberi tugasan untuk dua buah lagu bagi setiap kumpulan. Setiap pasukan telah memberikan persembahan yang terbaik bagi memikat hati juri pada pertandingan kali ini. Di akhir pertandingan menyaksikan Kumpulan Ammar tiga kategori anugerah yang dipertandingkan.

Sekali lagi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang, mentor, ketua dorm dan semua jawatankuasa yang telah terlibat dalam menjayakan AJN 2018.


JUARA AJN 2018 : Kumpulan Ammar

NAIB JUARA AJN 2018 : Kumpulan Khalid

TEMPAT KETIGA AJN 2018 : Kumpulan Umar

TEMPAT KEEMPAT AJN 2018 : Kumpulan Abu Bakar

Persembahan Terbaik : Kumpulan Ammar

Vokal Terbaik : Muhammad Syakir Ali bin Zamzuri Arifin  (Kumpulan Ammar)

Advertisements

Kem Tahfiz Anak Soleh 2015 Melabuhkan Tirai.

Alhamdulillah… berakhir sudah Kem Tahfiz Anak Soleh (KEMTAS) edisi ke-11, tahun 2015 yang berlangsung di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Tok Jiring, Kuala Terengganu. program yang telah berlangsung selama 9 hari itu telah menarik penyertaan kira-kira 200 orang peserta berusia 10-14 tahun dari serata daerah di Negeri Terengganu dan juga dari luar negeri Terengganu.

12310702_719219024880527_6339379761080615423_n

Edisi kali ini turut menyaksikan penyertaan 10 orang peserta istimewa, Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan selama tiga hari bermula 29 Disember 2015 hingga 1 Disember 2015. Namun, mereka tidak terlibat secara langsung dalam setiap pengisian yang telah disusun atur bagi peserta KEMTAS2015 yang lain. Mereka lebih memfokuskan kepada hafazan dan bacaan al-Quran. Pada majlis penutup, mereka telah memperdengarkan bacaan al-Quran dan demonstrasi bacaan al Quran Braille dihadapan semua peserta KEMTAS2015 yang lain.

12304523_719227528213010_3022609657730320454_o

Program yang bermula 27 November 2015 hinttq 5 Disember 2015 itu telah diatur rapi dengan pelbagai program dan pengisian yang menarik sesuai dengan peserta yang terlibat dalam KEMTAS2015. Pendaftaran bermula kira-kira jam 3.30 petang hari Jumaat hingga jam 4.30 petang. Selepas sessi pendaftaran dan solat asar, peserta diberi taklimat ringkas berkenaan perkara penting yang peerlu dipatuhi sepanjang berada didalam kem. Pada sebelah malamnya, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan pergerakan sepanjang program dibawah pemantauan fasilitator yang telah dilantik. Slot dewan yang pertama bermula selepas solat Isyak bersama Ustazah Norfaizan Nordin yang membicarakan mengenai Teknik Menghafaz Al-Quran sebagai pendedahan sebelum mereka memulakan sessi kelas bacaan dan hafazan al-Quran sepanjang program.

12294627_719191401549956_9054317294114794711_n

Setiap pagi, peserta akan menunaikan solat subuh secara berjemaah dan disusuli dengan slot tazkirah subuh. Selepas sarapan pagi dan meminum sesudu madu, peserta akan bergerak menuju ke kelas masing-masing untuk sessi hafazan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Peserta juga turut diberi pendedahan mengenai solat dhuha dan menunaikannya di Masjid Jamek Tok Jiring yang didirikan  antara waktu rehat sessi pagi dan tengahari. Setelah solat Zohor, peserta akan terlibat dalam aktiviti dewan yang merangkumi slot seperti :

12322758_719189588216804_7495469724907897894_o

  • Kembara Ke Bumi Anbia (Jordan)
  • Kembara Ke Bumi Anbia (Mesir)
  • Al-Quran & Sains (Alam Haiwan)
  • Kursus Pengurusan Jenazah
  • Bersama Imam Muda Fakhrurazi

12348019_723360011133095_7501227561929745526_n

Selepas menunaikan solat Asar, peserta akan berkumpul di padang untuk acara sukan dan riadah. Alhamdulillah, keadaan cuaca yang baik mengizinkan acara yang dirancangkan berlangsung mengikut perancangan. Antara acara sukan dan riadah yang telah berlangsung pada KEMTAS2015 adalah :

12341241_723359607799802_6338074340820289556_n

  • Menangkap Belut
  • Sukan Traditional
  • Memanah
  • Team Building
  • Berkuda & Kereta Kuda
  • Kembara Desa (Explorace) – Selepas Zohor

12342733_720488191420277_2497174480475442546_n

Selepas berehat dan menikmati hidangan makan malam, peserta bersedia untuk solat maghrib berjemaah dan meneruskan sessi hafazan bersama fasilitator sementara menunggu tibanya waktu Isyak. Slot terakhir mengambil tempat didalam dewan seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Antaranya perkongsian daripada penceramah jemputan mengenai beberapa tajuk menarik termasuklah :

12310569_719835464818883_1977532133414253947_n

  • Mukjizat Al-Quran
  • Ke Alam Baligh
  • Al-Quran & Sains (Fenomena Alam)
  • Sejarah Islam
  • Makanan Sunnah.
  • Team Building

12310674_719488211520275_1630319728070297734_n

Pada malam terakhir program iaitu 4 Disember 2015, jumaat, satu keraian ringkas telah diadakan. Turut berlangsung adalah sessi akhir antara peserta dan fasilitator mereka sebelum program berakhir pada keesokan harinya.

12308625_723368437798919_1694170973596652511_n

Satu slot khas motivasi anak-anak peserta KEMTAS2015 bersama ibu bapa mereka telah dikendalikan oleh motivator Ayoh Wer pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring pada 5 Disember 2015. Majlis melabuhkan tirai dengan rasminya setelah penyampaian sijil dalam Majlis Penutup & Graduasi Peserta Kem Tahfiz Anak Soleh 2015 yang telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Tuan Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal kira-kira jam 11.00 pagi, 5 Disember 2015.

12313857_723412384461191_5927385603778447665_n

Alhamdulillah, terima kasih dan syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat dan kesungguhan untuk menghafaz dan mendalami ilmu al-Quran disamping mendapat rakan-rakan baru yang sentiasa bersama-sama sepanjang program tersebut. InsyaAllah, edisi ke-12 bakal menyusul ditahun 2016. “ANAK SOLEH, MAHKOTA IBU BAPA”.