Kumpulan Ammar Ditabal Juara AJN 2018

Alhamdulillah… syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan Ammar (Dorm Ammar) yang telah ditabalkan sebagai Johan Anugerah Juara Nasyid (AJN) 2018. Program edisi kali ini telah berlangsung di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring pada 7 September 2018 yang lalu dengan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu terdiri daripada pelajar, tenaga kerja MTT dan ibu bapa pelajar.

Majlis yang bermula kira-kira jam 2.30 petang itu telah diadili oleh alumni Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang terdiri daripada Saudara Mohd Hafizi bin Zalani, Saudara Effendi Wahhab dan Ustaz Muhammad Hamizan Hamzah selaku ketua juri.

Empat buah kumpulan telah melayakkan diri ke peringkat akhir bagi AJN2018. Mereka telah diberi tugasan untuk dua buah lagu bagi setiap kumpulan. Setiap pasukan telah memberikan persembahan yang terbaik bagi memikat hati juri pada pertandingan kali ini. Di akhir pertandingan menyaksikan Kumpulan Ammar tiga kategori anugerah yang dipertandingkan.

Sekali lagi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang, mentor, ketua dorm dan semua jawatankuasa yang telah terlibat dalam menjayakan AJN 2018.


JUARA AJN 2018 : Kumpulan Ammar

NAIB JUARA AJN 2018 : Kumpulan Khalid

TEMPAT KETIGA AJN 2018 : Kumpulan Umar

TEMPAT KEEMPAT AJN 2018 : Kumpulan Abu Bakar

Persembahan Terbaik : Kumpulan Ammar

Vokal Terbaik : Muhammad Syakir Ali bin Zamzuri Arifin  (Kumpulan Ammar)

Advertisements

Sambutan Hari Guru MTT 2015

Syukur kehadrat Allah SWT, Majlis Sambutan Hari Guru MTT 2015 yang bertemakan Guru:Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak telah pun selesai dilaksanakan pada 18 Mei 2015. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mas’ul Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) iaitu Tuan Haji Mahamud bin Omar dalam majlis yang berlangsung sedehana tetapi meriah sepanjang hari tersebut. Pihak MTT juga mengucapkan terima kasih dengan kunjungan wakil daripada YB DUN Tepoh, Ustaz Hishamuddin yang menyampaikan kek sempena hari guru 2015.

Selamat hari Guru dan salam kpd semua gury2 MTT... dari wakil Adun Tepuh ., YB Ustaz Hishamuddin Karim

Acara pagi dimulakan dengan sukaneka Boling Padang dan Gelung Rotan bagi guru muslimin, manakala bagi guru muslimat pula adalah Mengisi Air Didalam Botol dan Gubahan Kreatif Menggunakan Tuala. Suasana meriah dapat diperhatikan apabila para pelajar memberikan sokongan padu terhadap guru-guru yang mengambil bahagian dalam setiap acara termasuklah Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal.

11096552_636121786523585_8116872674822871768_n

Selepas rehat dan minum pagi, pelajar dan guru mula mengambil tempat di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Tok Jiring untuk majlis perasmian dan penyampaian anugerah Hari Guru MTT 2015. Sessi dimulakan dengan bacaan doa dan alunan ayat suci al-Quran sebelum semua guru menyanyikan lagu HambaMu sebagai tema sambutan pada tahun ini. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program, Ustaz Wan Shamsuddin, Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal, CEO MTT, Cikgu Safinah Jusoh. dan Ustaz Dr. Abu Bakar Abdullah mewakili Yayasan Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP)

11151016_636130176522746_3852670477433612075_n

Sebelum ucapan dan majlis perasmian, penonton disajikan dengan persembahan deklamasi puisi daripada pelajar MTT iaitu saudari Sabrina dan Jalilah yang bertemakan Hari Guru. Usai majlis perasmian, satu tayangan video khas ucapan hari guru dipertontonkan kepada pelajar.

Suasana menjadi hiba apabila paparan video dan lantunan suara amanat hari guru daripada Sang Murabbi, almarhum Ustaz Abu Bakar Chik terpancar di skrin tayangan. Nyata, aura yang ditinggalkan beliau kekal tersemat didalam jiwa dan sanubari para pelajar dan warga MTT lainnya. Ucapan yang menjurus kearah akhlak dan kemuliaan tugas guru amat bertepatan dengan tema pada tahun ini. Ia diteruskan pula dengan persembahan tribute khas untuk beliau daripada pelajar dengan alunan lagu Kau Murabbi, Kau Guru disertakan dengan tayangan gambar-gambar beliau hingga detik pengebumian beliau.

1510456_636130986522665_4815990661237925138_n

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penganugerahan Hari Guru MTT 2015. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang bagi tahun 2015. Semoga ia memberi satu suntikan untuk terus maju dan berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi selaras dengan penganugerahan diberi. Berikut disertakan pemenang anugerah bagi Hari Guru MTT 2015.

11225719_636130493189381_7994270800692598866_n (1)

Anugerah Guru Harapan 2015 :
Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar
Ustazah Ummu Nurul Aiman bin Mat Jamil

Anugerah Kakitangan 2015 :
Encik Ahmad Izzuddin bin Yusof

Anugerah Guru 2015 :
Ustaz Mohd Khairul Nizam bin Mohd Rozali
Cikgu Zuraini binti Salleh

Anugerah Jasamu Dikenang :
Ustaz Dr Mohd Hamdan bin Mohamed.

11225719_636130493189381_7994270800692598866_n (1)

Selepas tetamu kenamaan bergerak meninggalkan majlis untuk santapan makan tengahari, fasa terakhir Majlis Sambutan Hari Guru MTT diteruskan dengan cabutan bertuah untuk guru dan juga pelajar. Majlis diselangi dengan persembahan menarik daripada pelajar. Persembahan pertama adalah daripada wakil Tingkatan 3 yang menyampaikan nasyid berjudul Jalinan. Persembahan yang paling mencuit hati para hadirin adalah persembahan pentas bertajuk Dulu dan Sekarang yang telah dilakonkan dengan jayanya oleh pelajar dari kelas 3 Imam ‘Asim. Persembahan terakhir daripada pelajar Tingkatan 5 dengan lagu bertajuk Nur Kasih yang disertai gimik penyampaian origami berbentuk burung kepada para pendidik di MTT.

1510441_636129969856100_4507095695389637412_n

Akhir sekali adalah penyampaian hadiah acara sukaneka yang berlangsung pada sebelah pagi. Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan, antaranya Che Mohd Firdaus, Ust. Khairul Nizam, Ustazah Norlela, Cikgu Asma Haida, Cikgu Zuraini & pasukan, Ustazah Aminan Mastura & pasukan serta beberapa orang yang turut memenangi hadiah masing-masing.

11111626_636131373189293_5369801102210008330_n

GALERI GAMBAR 1

GALERI ANUGERAH HARI GURU MTT 2015