Ringkasan Suku Tahun 2015 Program MTT (Bah 2)

Sebagai permulaan bahagian kedua Ringkasan Suku Tahun MTT, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2015) yang telah berusaha sebaik mungkin dalam mencapai keputusan terbaik. Nurusy Syuhada binti Ibrahim adalah Pelajar Cemerlang SPM 2014 dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), juga di MTT. Beliau merupakan pelajar aliran Tahfiz Pengajian Islam.

tahniahspm2014v2

Best Student PT3 MTT pula menjadi milik Fakhrul Islam bin Yaacob dengan keputusan 6A 4B. Beliau juga sudah menghabiskan sejumlah 8 juzuk hafazan al-Quran. Alhamdulillah, doa kami semoga terus istiqamah dalam menuntut ilmu.

tahniahpt32014 (1)

Manakala bagi keputusan peperiksaan TOV PT3 dan TOV SPM 2015 pula, senarai pelajar terbaik adalah seperti berikut :

Pelajar Terbaik TOV PT3 :
Kamil Arif bin Baihagi

Pelajar Terbaik TOV SPM
Tahfiz Sains : Anwar Fitri bin Salim
Tahfiz Perakaunan: Nur Sakinah binti Khasim
Tahfiz Pengajian Islam : Najwa Syakirah binti Abdul Aziz

Dari sudut perjalanan program pula, kelas terancang bagi pelajar asrama telah dimulakan sejak Januari 2015 dan kelas Tuisyen PT3 dan SPM pula sudah dimulakan pada Mac 2015. Pertandingan Piala Itqan untuk 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan) juga telah dilaksanakan bermula pada Februari 2015.

20150404191832 (3)

Dalam usaha mendidik kesedaran dan kecaknaan terhadap buku teks, majlis watikah perlantikan Pengawas Buku Teks telah disempurnakan pada 5 April 2015. Setiap kelas akan diwakili oleh 2 orang pelajar yang akan memastikan pelajar menjaga buku teks dengan baik, menulis nama dan membalut kulit buku teks dengan kemas serta tidak meletakkannya dimerata-rata tempat.

11099754_842499429153359_1804515362_n

Jabatan Tahfiz juga ada menganjurkan beberapa program iaitu Kempen Pemakanan Sunnahpada 20 Januari 2015 dengan pengisian tazkirah dan ceramah mengenai konsep dan kelebihan pemakanan sunnah. Program motivasi hafazan peringkat menengah bawah (MB) dan menegah atas (MA) turut dijalankan. Motivasi bagi pelajar MB telah berlangsung pada 21 Januari 2015 dan pelajar MA pada 3 Mac 2015. Program yang sedang dirancangkan adalah Rehlah Huffaz yang dijangka berlangsung pertengahan bulan April 2015.

11095334_842499422486693_2096001270_n

Untuk memastikan kelancaran jadual seliaan malam, beberapa orang guru telah ditugaskan mengikut hari dan masa yang ditetapkan. Mereka juga turut dibantu oleh beberapa orang Guru Muda Hafazan yang terdiri daripada pelajar STAM 2015.

InsyaAllah, semoga dengan segala gerak kerja dan program yang telah dianjurkan serta yang akan berlangsung akan memberi manfaat kepada semua pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan ketika berada di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) ini.

Advertisements

Perhimpunan Pelajar 5 April 2015

Alhamdulillah, beberapa program telah disempurnakan dalam perhimpunan 5 April 2015 antaranya Pelancaran Pertandingan Penulisan Karya Kreatif dan Watikah Perlantikan Pengawas Buku Teks yang telah disempurnakan oleh mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Ustaz Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal.

Pertandingan Penulisan Karya Kreatif adalah satu inisiatif untuk memberi peluang kepada pelajar mempamerkan bakat mereka dalam bidang penulisan kreatif untuk dimuatkan kedalam Majalah Al-Ikhwan. Majalah ini dijangka akan diagihkan dalam Majlis Haflatul Quran yang dijadualkan sekitar bulan Julai 2015 kelak. Beberapa kategori telah diperkenalkan untuk menarik minat dan mengasah bakat pelajar-pelajar MTT.

20150404191820 (1)

Turut diadakan pada hari ini adalah Watikah Perlantikan Pengawas Buku Teks yang dipengerusikan oleh Ketua Unit Buku Teks iaitu Cikgu Tengku Noriza bt Tengku Ibrahim. Dua orang pengawas dari setiap kelas telah dilantik untuk memastikan buku teks sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan baik. Ia juga untuk mendidik pelajar supaya amanah dan menjaga harta benda dengan baik dan tidak ditinggalkan di merata-rata tempat.

20150404191820

 

20150404191832 (6)

Turut dilangsungkan pada majlis yang sama adalah Watikah Perlantikan Guru Muda dan Penyampaian Hadiah 3K yang dimenangi oleh kelas 1 Imam Ibnu Kathir (Menengah Rendah) dan 5 Imam Nafi’ bagi kategori Menengah Atas.  Manakala bagi Kelas Harapan dianugerahkan kepada kelas 2 Imam ‘Asim.

11095334_842499422486693_2096001270_n

11099754_842499429153359_1804515362_n

GALERI AKTIVITI