Seminar Pendidikan Rabbani 2018

Dasar Pendidikan Rabbani ini adalah dibina atas rasional yang merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud:
Tiada patut bagi seseorang manusia yang diberikan kepadanya oleh Allah akan al-Kitab dan Hikmah dan pangkat kenabian untuk mengatakan: Hendaklah kamu menjadi hamba padaku, bukan hamba Allah, (Tetapi sebenarnya) hendaklah kamu menjadi ‘rabbaniyyiin’ dengan apa yang kamu ajarkan juga yang kamu belajar (dari kitab itu) 

(Ali ‘Imran: [3]:79)

Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas izinNya, program Seminar Pendidikan Rabbani anjuran Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) & Jemaah Ibu Bapa Guru (JIBG) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) selesai dilangsungkan pada 18 Ogos 2018 yang lalu di Dewan Auditorium JHEAT dengan kehadiran kira-kira 250 orang peserta yang mewakili institusi pendidikan dari Terengganu dan juga peserta persendirian dari negeri kejiranan seperti Kelantan dan Pahang.

Majlis dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh pelajar Ma’ahad Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) MTT, Muhammad Ifram bin Abd Rahman dengan memperdengarkan bacaan surah al-Mujadalah bermula ayat 7. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP),  Ybhg Dr Mohd Hamdan bin Mohamed.

Ucaptama Seminar Pendidikan Rabbani telah disampaikan oleh Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), YBhg Prof Dato’ Dr Mohd Yusof bin Haji Othman. Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang fizik serta mampu mengaplikasikan kejadian alam dengan kebesaran Allah SWT. Turut sama terlibat sebagai pembentang dalam seminar ini adalah Ybhg Dr Yaacob bin Yusof, Pengarah Institut Latihan Perguruan Kelantan yang mewakili YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan.

Pembentang berikutnya adalah Ketua Yayasan Hayrat Turki, Cawangan Malaysia, Al-Fadhil Ustaz Sadiq Ozata. Sesi pembentangan terakhir telah disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Bahasa & Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Ala-uddin bin Othman. Majlis diakhiri dengan sidang resolusi oleh Pengerusi Jemaah Ibu Bapa & Guru MTT, YBhg Prof Madya Dr Berhanundin bin Abdullah kira-kira jam 2.00 petang.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta Seminar Pendidikan Rabbani 2018. Setinggi-tinggi penghargaan juga dizahirkan kepada pembentang kertas kerja, penaja program, penyumbang dana dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program ini secara langsung dan tidak langsung. Semoga dengan penganjuran Seminar Pendidikan Rabbani ini membuka lembaran baharu kearah memperkasa institusi pendidikan di Terengganu khasnya dan Malaysia amnya. Penglibatan dan sokongan semua pihak adalah diharapkan agar ia mampu direalisasikan dalam tempoh beberapa tahun yang mendatang.


Advertisements

Rehlah & Himpunan Pendidik Islam 2016

Alhamdulillah…. Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) terus memberikan komitmen jitu terhadap program Himpunan Pendidik Islam Peringkat Kebangsaan bagi tahun keempat berturut-turut. Edisi 2016 telah berlangsung di Dewan Tuan Guru Mu’allim Haji Abd Wahid di Bukit Katil, Melaka pada 21 Mei 2016. Program tahunan anjuran Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) ini pernah dianjurkan di Kedah (2015), Kelantan (2014) dan Selangor (2013)

13254450_1753751894870618_3111811892152815572_n

Bersempena PENDIDIK 16′, pihak MTT telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan rehlah guru & kakitangan ke Singapura serta beberapa tempat menarik di sekitar negeri Melaka. Perjalanan ke PENDIDIK 16′ bermula jam 6.00 petang khamis, 19 Mei 2016 dengan dua buah bas yang membawa kira-kira 80 orang warga kerja MTT menuju ke Singapura. Setelah selesai urusan imigresen, peserta terus menuju ke Muhammadiyah Association of Singapore yang terletak di Jalan Selamat Kembangan.

IMG-20160520-WA0007

Sepanjang perjalanan kami di Kota Singa, kami telah diberi penerangan panjang lebar oleh Puan Juli dan En Rashid mengenai negeri yang suatu ketika dahulu pernah menjadi sebahagian daripada negara kita, Malaysia. Peserta sempat singgah di beberapa lokasi menarik termasuk Masjid Sultan. Rombongan keluar dari negara Singapura kira-kira jam 5.00 petang dan terus menuju ke Johor untuk menunaikan solat dan makan malam.

IMG-20160521-WA0023

Seterusnya, kami bergegas ke negeri Melaka untuk menyertai PENDIDIK 16′ di Bukit Katil, Melaka. Rombongan tiba di penginapan kira-kira jam 2.30 pagi dan semua peserta mengambil peluang untuk beristirehat secukupnya sebelum menghadiri PENDIDIK 16′ yang dijadualkan bermula jam 9.00 pagi yang diadakan berdekatan dengan penginapan kami.

IMG-20160521-WA0032

Pendidik 16 dimulakan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Taman Cempaka, slot motivasi oleh Pencetus Ummah Fakhrul dan bacaan ayat suci al-Quran daripada hafiz cilik, Adik Haikal Firdaus bin Mohd Jaafaruddin Al-Hafiz. Penonton nyata mengkagumi dengan kebolehan seorang anak cilik yang berusia sepuluh tahun itu mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Program, Mudir Maahad Ar-Rahmah yang merupakan penganjur bersama PENDIDIK 16′ dan juga Cikgu Normala Sudirman selaku presiden Pendidik.

IMG-20160522-WA0013

Ketibaan YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Dato’ Dr Hj Haron Din nyata membangkitkan semangat warga pendidik yang hadir dalam PENDIDIK 16′ yang dianggarkan lebih daripada 1000 orang. Kemuncak PENDIDIK 16′ adalah Majlis Penganugerah Tokoh & Tokoh Murabbi Ummah 2016 yang disampaikan oleh TGHH berlangsung kira-kira jam 11.45 pagi. Berikut adalah senarai penerima anugerah bagi tahun 2016 :

13263840_10154216808427002_5898910685462019564_n

TOKOH MURABBI UMMAH
Tuan Guru Dato’ Dr Haron bin Din

TOKOH PENDIDIK KEBANGSAAN 2016
Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh

TOKOH ANUGERAH KHAS
Tuan Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamid

TOKOH PENDIDIK ISLAM NEGERI MELAKA
Tuan Guru Ustaz Haji Jalaluddin bin Haji Abdul Wahid

TOKOH PENDIDIK MUDA
Tuan Haji Hashan Aladi bin Haji Ahmad.

13256487_1361078190586103_308637852628419785_n

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan Pidato Tokoh Murabbi Ummah 2016, iaitu Tuan Guru Dato’ Dr Haji Haron bin Din. Walaupun masih kurang sihat sepenuhnya, beliau nyata memberikan yang terbaik dalam menyampaikan bingkisan ilmu kepada hadirin yang merasa sayu melihat sesusuk tubuh di pentas utama itu. Majlis diakhiri dengan ucapan dan perasmian penutup oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

IMG-20160520-WA0009

Usai majlis, kami semua bersiap untuk check-out dari penginapan dan meninjau lokasi menarik di sekitar bandaraya bersejarah itu. Antara lokasi yang sempat ditinjau adalah Menara Taming Sari, Jongkong Walk, Dataran Pahlawan dan Pantai Klebang untuk menikmati hidangan makan malam. Peserta tiba di perkarangan MTT pada jam 6.15 pagi setelah mengharungi perjalanan hampir 12 jam dari kota Melaka. Alhamdulillah… semuanya dipermudahkan Allah SWT. Sesungguhnya perancangan Dia adalah yang terbaik. 🙂

IMG-20160522-WA0012

Warga kerja Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu kami sepanjang perjalanan kami ke Melaka pada kali ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Menyingkap Tirai 19 November 1991

Sudah lebih 20 tahun detik hitam yang menimpa Institut Berakan (IB) apabila bangunan tersebut diruntuhkan oleh kerajaan memerintah pada ketika itu. Detik yang memberi kesan mendalam kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar di IB. Cubaan merobohkan bangunan IB telah beberapa kali dibuat, namun ia hanya berhasil pada tanggal 19 November 1991.

ib39

Kembali mengimbas detik awal operasi pada 12 Januari 1991 apabila sebuah bulldozer telah diarahkan untuk merobohkan bangunan IB sekitar jam 5.00 petang. Namun ia digagalkan oleh tindakan dan semangat juang guru dan pelajar yang merebahkan badan dan berbaring dihadapan bulldozer tersebut.

ib57 ib51

Namun begitu, usaha perobohan tidak terhenti setakat disitu apabila, pada Mac 1991, struktur asas tiang bangunan tambahan berjaya dirobohkan dalam masa 15 minit telah diranapkan oleh mereka. Itu belum cukup memuaskan hati mereka apabila operasi ketiga, 19 November 1991, mereka sekali lagi bertindak diluar kewarasan fikirian dengan meranapkan Institut Berakan.

ib44

Kerja-kerja awal perobohan dipercayai dimulakan seawal jam 2.00 pagi dengan pelbagai organisasi lain turut memainkan peranan dengan sekatan jalanraya, penutupan jalan dan pelbagai lagi organisasi yang terlibat dalam memastikan operasi itu berjaya. Amat memilukan apabila hanya tinggal beberapa hari sahaja sessi persekolahan baru akan dimulakan.

ib37 Piket - Bantah usaha roboh Institut berakan(1991)

Tetapi ia bukanlah penamat kepada Institut Berakan. Dengan kerjasama masyarakat dan doa yang dipanjatkan kepada Allah S.W.T, Institut Berakan terus mengorak langkah hingga ke hari ini dalam melahirkan generasi huffaz dan tenaga kerja professional dalam pelbagai bidang.

MTT DARUL IMAN

MTT DARUL IMAN

Himpunan Pendidik Islam 2014

Alhamdulillah… Selesai sudah HIMPUNAN PENDIDIK ISLAM KALI KE-2 yang telah berlangsung di Balai Islam Lundang, Kota Bharu. Kelantan pada 15 November 2014. Ini merupakan kali kedua yang mana kali pertama telah dilangsungkan di Selangor pada 2012.

Antara pengisian program adalah Wacana Perdana oleh bekas Rektor UIAM, Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal bin Hassan yang bertajuk “Beberapa Isu dan Cabaran Umat Islam Masa Kini“. Selain itu, hadirin juga turut diperdengar alunan ayat suci al-quran dari adik Haikal Firdaus Jaafaruddin Al-Hafiz yang baru berusia 9 tahun.

Enam anugerah telah diberikan dalam majlis tersebut iaitu; Anugerah Tokoh Pendidik Muda yang diberi kepada Yusaini Yahya (Kangar), Tokoh Ilmuan Muslimat, Ustazah Mariam Omar (Kubang Kerian), Tokoh Penggerak Pendidik, Noh Ahmad (Perak), Tokoh Pendidik Ummah telah diberi kepada bekas anggota EXCO Kerajaan Negeri iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Tokoh Tok Guru Pondok iaitu Ustaz Wan Mohamad Wan Osman dari Pondok Pasir Tumbuh.

Kemuncak himpunan ini adalah, penganugerahan Tokoh Murabbi Negara kepada Allayarham Ustaz Abu Bakar bin Chik. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yacob kepada balu Allayarham To’ Puan Zaiton binti Salleh.

Dalam program yang sama pada 2012, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diberi Anugerah Tokoh Ulama Nusantara.

Sumber Gambar Tambahan : Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan

Seminar Pelaksanaan Syariah Islam

Alhamdulillah….. Pada 6 September 2014 yang lalu telah menyaksikan kerjasama antara Malaysia dan Brunei dalam program Seminar Pelaksanaan Syariah Islam. Program anjuran YAYASAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TERENGGANU atau ringkasnya YAKEP berjaya menarik sehingga lebih 100 orang peserta untuk mengikuti seminar tersebut.

DSCN0023

Penganjur amat bertuah kerana kesudian Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia untuk hadir merasmikan majlis tersebut. Seperti yang diwar-warkan, tiga orang ahli panel yang hadir pada hari tersebut adalah :

Wakil Kerajaan Brunei
YM Awang Farizan Haji Judin

Wakil Kelantan
YB Dato’ Haji Hassan Mohamood

Wakil Terengganu
Dr. Haji Abu Bakar Abdullah.

Ketiga-tiga mereka berjaya menarik minat audiens terutamanya YM Awang Farizan Haji Judin yang menceritakan pengalaman negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang telah mula mempraktikkan undang-undang islam di negara tersebut. Selain peserta program, pelajar-pelajar juga turut berpeluang mengikuti seminar tersebut yang ditayangkan melalui skrin di Masjid Jamek Tok Jiring.

DSCN0048

Pada sebelah malamnya, turut dilangsungkan Forum Perdana : Syariat Islam Untuk Semua. Saudara Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9 dijemput untuk bacaan al-Quran menggunakan Quran Braille pada majlis tersebut. Turut memeriahkan suasana pada malam tersebut adalah persembahan Qasidah dan Burdah.

DSCN0144

1

GAMBAR-GAMBAR LAIN PROGRAM SEMINAR PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM

Pengisian Oktober & November 2013

Assalamualaikum untuk semua…

Hampir 3 minggu tiada perkongsian dan liputan dari pihak kami melalui laman web ini. Namun tidak bermakna pelajar dan warga MTT tidak melakukan sebarang aktiviti dalam tempoh tersebut. Secara ringkas, pelajar-pelajar kini sedang menduduki peperiksaan akhir tahun dan juga peperiksaan SPM.

Dalam persiapan menghadapi peperiksaan, beberapa program sempat diatur untuk pelajar-pelajar, antaranya :

29 Oktober 2013 : Lawatan Qudwah MTT ke Kelantan
3 November 2013 : Jamuan Akhir Tahun MTT
5 November 2013 : Kursus Pengurusan Jenazah (Pelajar Asrama)
6 November 2013 :  Post PMR Planning For Future
7 November 2013 : Jamuan Pelajar Asrama – Malam 1001 Kenangan

:: Mungkin ada program-program lain yang tertinggal atau terlupa untuk dimasukkan dalam senarai.

Beberapa gambar untuk program-program tersebut ada dimuatkan di Fanpage MTT :

Lawatan Qudwah MTT Ke Kelantan

Lawatan Qudwah MTT Ke Kelantan

Post PMR Planning For Future

Post PMR Planning For Future

Malam 1001 Kenangan

Malam 1001 Kenangan

Jamuan Akhir Tahun MTT

Jamuan Akhir Tahun MTT

 

Post PMR Planning For Future