Khidmat Komuniti Pelajar Imam Terawih

Beberapa tahun kebelakangan ini, warga Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) semakin banyak melibatkan diri dalam program khidmat komuniti. Program-program yang disertai adalah secara¬†sukarela dan juga jemputan dari pihak luar untuk bekerjasama dalam melaksanakan program. Mengambil contoh,¬†pada tahun 2013, warga MTT telah terlibat dalam khidmat komuniti membantu mangsa banjir di Kemaman. Manakala, ketika Kelantan dilanda banjir besar, skuad dari MTT turut bersama-sama membantu di Pondok Sungai Durian yang mengalami kerosakan yang teruk pada ketika itu. Tidak ketinggalan jemputan para asatizah untuk menyampaikan tazkirah dan motivasi kepada anak-anak pelajar.

Pada tahun 2016, MTT sekali lagi mengorak langkah dengan program Khidmat Komuniti Imam Terawih di beberapa buah surau dan masjid di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Selain dijemput sebagai imam Terawih, mereka juga berpeluang menyampaikan tazkirah ringkas Ramadhan sebagai pengisian malam tersebut. Mereka yang terpilih untuk program tersebut adalah :

  1. Mohd Hafiz b A. Bakar (STAM)
  2. Wan Zulkarnain b Wan Daud (STAM)
  3. Che Engku Khairul Ahmad b Che Engku Rozali (STAM)
  4. Abdul Aziz b Othman (5IIA)
  5. Amirul Abrar b Hasbullah (4IA)
  6. Ahmad Husainil Hafiz b Mohd Azam (5IA)
  7. Muhd Harith Fitri b Mohamad (4IK)
  8. Mohd Hibatul Jihadi b Mad Daud (3IN)
  9. Ahmad Zulkhairi b Mohd Safie (3IN)

InsyaAllah, program-program sebegini akan ditambah baik dengan harapan agar ia dapat memberi peluang kepada para pelajar melibatkan diri bersama komuniti. Ia merupakan satu pengalaman berharga kepada mereka selain meningkatkan keyakinan diri dan belajar melalui penglibatan aktiviti-aktiviti bercorak sedemikian.

Advertisements