Majlis Khatam Quran MTT 2018

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar….

Kata-kata pujian dan syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat kurnia dan perkenanNya untuk kami melangsungkan Majlis Khatam Quran MTT 2018 pada 17 November 2018 di Dewan Terbuka, Masjid Jamek Tok Jiring pada jam 2.00 petang.

Bersyukur juga kepada sang pencipta, Allah SWT kerana dengan izinNya apabila dua orang pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah berjaya menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Abdul Hayyi Ramadhan bin Shaharizukirnain dan Nurul Aida Solehah binti Mohammed atas pencapaian tersebut.

Abdul Hayyi Ramadhan yang baru berusia 14 telah menamatkan hafazan al-Quran dalam masa kurang dua tahun (1 Tahun 10 Bulan). Huffaz Muda ini telah berjaya menamatkan hafazan pada 10 Oktober 2018, tepat jam 10.20. “Saya pernah terdengar beliau mengaji dan menghafaz al-Quran pada hening malam”. kata bapa Abdul Hayyi, YB Ustaz Shaharizukirnain bin Abd Kadir ketika ditanya tidak lama sebelum beliau khatam.

Walaupun jadual harian pelajar ini dipenuhi dengan sesi kelas akademik dan pelbagai aktiviti kokurikulum di MTT, ia nyata bukan penghalang kepada Huffaz Muda ini untuk menamatkan hafazannya dalam tempoh yang singkat.

Manakala, Nurul Aida Solehah binti Mohammed yang merupakan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) MTT 2018 berjaya menamatkan hafazan beliau pada 4 November 2018, jam 4.30 petang. Sebelum menjejakkan kaki ke MTT pada Januari 2016 (Tingkatan 4), beliau telah menghafaz 15 Juzuk dan menyambung hafazan di MTT selama lebih kurang 2 tahun.

Dalam kesibukan harian beliau menuntut ilmu akademik dan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018, beliau masih mampu membahagikan masa dengan baik untuk menamatkan baki hafazan tanpa menjejaskan kecemerlangan akademik beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau memohon kemaafan kerana tidak dapat memenuhi undangan untuk majlis tersebut kerana urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sekali lagi ucapan tahniah kepada kedua-dua pelajar dan setinggi- tinggi penghargaan kepada para pendidik yang tidak pernah jemu dalam memberi tunjuk ajar, dorongan dan semangat untuk berjaya dalam bidang akademik, hafazan dan kehidupan seharian. InsyaAllah, semoga kejayaan ini menjadi perangsang dan dorongan kepada semua pelajar lain yang bertungkus lumus dalam hafazan dan akademik mereka.

Advertisements

Anugerah Imam Asy-Syatibi : Khatam Hafazan Al-Quran

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar…

14232995_863456870456741_290271973721300069_n

Syukur kehadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurniaNya, tiga orang pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran. Mereka telah diberi penganugerahan Anugerah Imam Asy-Syatibi pada Malam Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan MTT 2016 pada 1 September yang lalu bertempat di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Anugerah telah disampaikan oleh Tuan Haji Mahamud Omar.

14232515_863456300456798_8756244879022170574_n

Kejayaan yang dicapai oleh tiga pelajar ini adalah hasil kesungguhan dan iltizam yang berterusan dengan hafazan dan bacaan al-Quran. Ucapan tahniah dan syabas diucapkan atas pencapaian yang diperolehi. Semoga kejayaan yang dicapai tiga pelajar ini akan menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar lain yang dijangka akan menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran sedikit masa lagi.

Tiga penerima Anugerah Imam Asy-Syatibi adalah :

  • Asmaa’ Ahmad Tirmizi,
    • Puteri kepada Ahmad Tirmizi bin Taha & Karimah binti Yusof merupakan anak kedua daripada 11 orang adik beradik. Beliau telah dilahirkan pada tanggal 29 Jun 1999 di Kuala Terengganu. Beliau senantiasa komited dan istiqamah dengan bacaan dan hafazan al-Quran. Ia adalah bertepatan dengan motto yang dipegang iaitu Dunnya Hasanah Wal Akhirati Hasanah.

  • Nur Sabrina binti Ramli
    • Anak bongsu daripada 5 orang adik beradik ini telah dilahirkan pada tanggal 27 Januari 2000 di Kuala Terengganu. Tinggalkanlah maksiat kerana ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak memberi petunjuk kepada pelaku maksiat adalah sumber inspirasi kepada adik Nur Sabrina Ramli dalam usaha mencari keredhaan dan petunjuk dari Allah SWT.

  • Nur Fazreen Wahidah binti Amran
    • Anak kepada pasangan Mazinah bt Hamzah & Amran bin Omar ini merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik telah mencapai tahap bacaan dan hafazan yang baik. Selain aktif dalam bidang akademik (dan hafazan), beliau turut aktif dalam bidang sukan termasuk sukan memanah.

Semoga perkongsian dari kami akan memberi nafas baru dan keyakinan daripada golongan ibu bapa sekalian bahawa institusi pendidikan yang mempunyai aliran tahfiz & akademik mampu melahirkan para pelajar yang berdaya saing dalam bidang akademik, al-Quran serta bidang kokurikulum. InsyaAllah.

Sekalung tahniah kepada para pendidik atas komitmen dan tunjuk ajar yang diberikan kepada anak didik sekalian.

GALERI MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pelancaran Kokurikulum MTT 2016

19 Januari 2016 (Selasa) : Alhamdulillah, Syukur dengan rahmat dan limpah kurnia dari Allah S.W.T, Majlis Pelancaran Kokurikulum MTT 2016 telah pun disempurnakan pada hari Selasa yang lalu. Walaupun suasana pada awal pagi sedikit mendung dan hujan, cuaca beransur cerah sebaik sahaja majlis dimulakan.

20160118181217

Untuk makluman, bagi tahun 2016, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah memperkenalkan dua tambahan kelab dan persatuan iaitu Kulinari dan Memanah. InsyaAllah, semoga semua pelajar dapat mengambil peluang dan manfaat sebaiknya dengan menyertai aktiviti kelab dan persatuan ini yang nyata boleh membantu membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar.

20160118181554

Pengisian & Program MTT Sepanjang Minggu

Alhamdulillah, minggu-minggu awal persekolahan sessi 2016 berlangsung dengan baik. Pelajar-pelajar nyata bersemangat untuk mengikuti program yang dijalankan sepanjang minggu. Di peringkat asrama, satu pelancaran latihan pidato & usrah peringkat asrama telah berlangsung dan disempurnakan oleh Timbalan Mudir merangkap Ustaz Mohd Shaiful Ambia di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring.

20160116220858

Manakala pada 12 Januari 2016 pula, bahagian kokurikulum MTT telah membuka sessi pendaftaran kelab & persatuan bagi semua pelajar. Selain kelab dan persatuan sedia ada seperti Persatuan Bahasa, Pembimbing Rakan Sebaya, Kraf & Landskap, pada tahun ini juga MTT telah memperkenalkan kokurikulum Kulinari dan juga memanah.

IMG-20160112-WA0035

Pada hari tersebut juga telah berlangsung raptai (rehearsal) sempena majlis Pelancaran Kokurikulum MTT 2016 yang akan berlangsung pada 19 Januari 2016 di padang MTT.

IMG-20160114-WA0011

Manakala pada hari rabu, 13 Januari 2016, dua program yang berlangsung adalah Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) 2016 yang melibatkan organisasi tertinggi kelas, ajk asrama dan juga pengawas iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha. Program dianjurkan dengan kerjasama lepasan pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA. Pada sebelah petangnya, perasmian program dwi-bahasa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia dengan gimik pelancaran tayangan montaj.

IMG-20160114-WA0012

Pada hari sabtu, 16 Januari 2016 juga telah diadakan latihan dan ujian memanah bagi guru dan kakitangan MTT yang terlibat sebagai pendedahan sebelum bermulanya kelas bagi kokurikulum memanah.

InsyaAllah, banyak lagi program yang telah dirancangkan setiap tahun, antaranya Sukan Tahunan MTT (SUKMAT), Jambori Umum MTT, Rehlah Huffaz dan lain-lain.

Hari terakhir #IhtifalMTT2015

Awal pagi hari Sabtu diisi dengan aktiviti gotong royong penyembelihan lembu untuk Jamuan Aidilfitri yang akan berlangsung serentak dengan penutup #IhtifalMTT2015. Seterusnya, acara Futsal Kampung mengambil tempat di Padang MTT dan Demonstrasi Masakan di Dewan Makan MTT. Sejumlah 9 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam acara Futsal Kampung yang terdiri daripada pelajar UniSZA (1), Pelajar STAM MTT (1), Masjid Jamek Tok Jiring (1), KOMTAS (1), Lepasan Pelajar (2), Pelajar MTT (3). Acara bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

11056083_10153636798833738_352667980429498516_n

 

11824920_10153636798863738_9025645019918153927_n

Perlawanan berlangsung secara liga tiga kumpulan dengan juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir dan baki satu lagi pasukan akan ditentukan melalui tempat kedua terbaik setiap kumpulan. Juara perlawanan tersebut adalah Syabab KOMTAS  yang menewaskan BBAIF (Pelajar UniSZA) dengan keputusan 5-3.

11855640_670454206423676_896863531619123114_n

Pada masa yang sama, turut berlangsung Demonstrasi Masakan oleh Chef Wan Fatimah Hanim bt Wan Azmi yang dijemput khas dari Inforana yang menunjukkan cara-cara penyediaan hidangan Hokkaido Cupcake & Fruit Tart. Guru-guru dan pelajar muslimat turut sama memeriahkan acara yang turut memberi peluang kepada para hadirin untuk mencuba membuat hidangan dan merasai hasil akhir hidangan yang disediakan.

11816990_670454133090350_1710464189270347071_n

Syukur ke hadrat Allah SWT, semua program yang dirancangkan berjaya dilaksanakan dengan baik. Penutup majlis diserikan dengan alunan lagu hari raya sambil menikmati jamuan aidilfitri. InsyaAllah, dalam rangkuman #IhtifalMTT2015 yang seterusnya, kami akan kongsikan sayap-sayap perjuangan pelajar MTT setelah menamatkan pengajian di MTT.

Majlis Haflatul Quran & Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2015 #IhtifalMTT2015

Alhamdulillah, setelah berakhir program Demonstrasi Ular pada petang jumaat, 31 Julai 2015., #IhtifalMTT2015 diteruskan lagi dengan Majlis Haflatul Quran & Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2015 kira-kira jam 9.00 malam di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Majlis tersebut adalah sebagai penghargaan diatas kejayaan yang dicapai dalam bidang akademik, hafazan serta pertandingan hafazan yang telah berlangsung pada hari pertama #IhtifalMTT2015.

11826027_1207765019248932_513406323401939695_n

Ibu bapa pelajar yang menerima anugerah turut sama hadir untuk berkongsi kejayaan anak-anak mereka. Majlis pada malam tersebut juga telah diserikan dengan bacaan al-Quran daripada qari jemputan, Al-Fadhil Ustaz Yahya Ali. Hadiah-hadiah pada malam tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr Haji Abu Bakar Abdullah dan Cikgu Safinah Jusoh. Berikut adalah senarai penerima anugerah pada malam tersebut :

11863406_671727009629729_5537907668004309088_n

ANUGERAH IKON PELAJAR 2015

Anugerah Ikon Pelajar 2015 menjadi milik Muhammad Isyraf Wahab. Beliau telah dilahirkan pada 13 Oktober 1996 di Kuantan, Pahang dan akan melanjutkan pengajian di UTM dalam jurusan Kejuruteraan Aeronautik. Pelajar Terbaik Tahfiz Sains 2013 ini merupakan calon sulung bagi aliran Tahfiz Sains. Beliau berjaya memperoleh CGPA 4.00 pada dua semester pertama di Matrikulasi. Tahniah diucapkan.

PELAJAR CEMERLANG TAHFIZ 2015 (KHATAM AL-QURAN)

1

Siti Khadijah Anuar merupakan Pelajar Cemerlang Tahfiz bagi tahun 2015. Anak kepada Anuar bin Kadir dan Suria binti Sukimi ini telah dilahirkan di Tawau Sabah dan menetap di Pahang. Anak sulung daripada 9 adik beradik ini menjadikan Prof Sheikh Dr Yusof Al-Qardhawi sebagai idola dan ulama yang diminati. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir. Semoga mendapat kejayaan didunia dan akhirat. Amin.

ANUGERAH HAFS AN’ASIM

  1. Ahmad Safir Asri

ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK 2014
Peperiksaan PT3

  1. Fakhrul Islam Yaacob (6A 4B)
  2. Nurul Aisyah Mohamad Fadzli (6A 3B)
  3. Nor Intan Baizura Zulkifli (5A 4B)

Peperiksaan SPM (Tahfiz Sains)

  1. Nurusy Syuhada Ibrahim (7A 2B)
  2. Nurul Fakhirah Nasruddin (5A 3B0
  3. Uzair Amin Ubaidillah (3A 5B)

Peperiksaan SPM (Tahfiz Pengajian Islam)

  1. Nurul Aida Najihah Che Alwii (5A 2B)
  2. Abdurrahman Hafiz Zulkepli (4A 5B)
  3. Muhammad Abdul Rahim Mohamad (4A 2B)

Sijil Graduasi STAM

  1. Hasanah Sim (Jayyid Jiddan)

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 (TINGKATAN)

Imam Hafs 1

  1. Anis Nawwarah Mohamad Umbaidah
  2. Ammar Alif Mohd Hairol
  3. Muhammad Alif Suhairi

Imam Hafs 2

  1. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Mohd Fadzil
  2. Anis Nabihah Mohamad Umbaidah
  3. Wan Nur Hannan Nuha Wan Mohd Asri

Imam Hafs 3

  1. Muhammad Lutfi Hadi Mohd Zulkifli
  2. Ain Salsabila Nor Effendi
  3. Muhammad Yusof Azfi

Tingkatan 1

  1. Muhammad Naim Zaidi
  2. Muhammad Asif Affan Zulkifli
  3. Wan Muhammad Danial Wan Zalaludin
  4. Ainul Syaakirah Mohd Shaiful Ambia
  5. Muhammad Taufiq Jalaludin
  6. Siti Aisyah Humairah Johari

Tingkatan 2

  1. Afiq Syahmi Zuraidi
  2. Muhammad Adam Mohd Roswadi
  3. Abdul Rahman Ahmad Shaharuddin
  4. Muhammad Amiruddin Asmad
  5. Adam Nor Effendi
  6. Sara Kamelia Faisal Rizal

Tingkatan 3 

  1. Muhammad Ibrahim Adham Biha
  2. Faizatun Syafiqah Che Alwi
  3. Amirah Tahirah Azman
  4. Wan Muhammad Imran Haiqal Wan Mohd Asri
  5. Ismail Ibrahim
  6. Nurizzati Mohd Zaviah

Tingkatan 4 (Tahfiz Sains Tulen)

  1. Abdurrahman Abdul Hadi
  2. Khalid Jauhar Bani Amin
  3. Muhammad Luqman Hakim Rushaidi

Tingkatan 4 (Tahfiz Perakaunan)

  1. Nor Intan Baizura Zulkifli
  2. Aisyah Mardhiah Che Azahar
  3. Nor Atirah Zulkifli

Tingkatan 4 (Tahfiz Pengajian Islam)

  1. Asmaa Ahmad Tirmizi
  2. Nurul Aisyah Mohamad Fadzli
  3. Fakhrul Islam Yaacob
  4. Muhammad Firdaus Mohamad
  5. Nur Fazreen Wahidah Amran

Tingkatan 5 (Tahfiz Sains Tulen)

  1. Muhammad Muzammil Mahazanan
  2. Nur Asmak Mohd
  3. Anwar Fitri Salim

Tingkatan 5 (Tahfiz Perakaunan)

  1. Aslam Asyraf
  2. Muhammad Hazim Mohamad
  3. Nik Nor Husna Nik Abdullah

Tingkatan 5 (Tahfiz Pengajian Islam)

  1. Najwa Syakirah Abdul Aziz
  2. Ahmad Solihin Zuhairi
  3. Noor Farin Nazihah Zulkifli
  4. Nur Izzatul Arifah Ismail
  5. Muhammad Ammar Awang.

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  1. Fathullah Ashaari Muhammad.

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG TAHFIZ 2015 (TINGKATAN)

Tingkatan 1

  1. Ainul Syaakirah Mohd Shaiful Ambia
  2. Mohd Naim Zaidi
  3. Nur Nabila Batrisya Mohd Nizam

Tingkatan 2

  1. Muhammad Adam Roswadi
  2. Abd Rahman Ahmad Shaharuddin
  3. Afiq Syahmi Zuraidi

Tingkatan 3

  1. Khodijah Ahmad Tirmizi
  2. Muhammad Ibrahim Adham Biha
  3. Siti Lailah Khairah Musa

Tingkatan 4

  1. Nur Intan Baizura Zulkifli
  2. Nur Fazreen Wahidah Amran
  3. Mohd Luqman Hakim Rusyaidi

Tingkatan 5

  1. Najwa Syakirah Abd Aziz
  2. Nur Fatin Nazihah Zulkifli
  3. Nur Syakirah Yusof

11228517_671709819631448_5066513833178924521_n

Alhamdulillah atas kurniaan dari Allah SWT keatas kita semua dengan pelbagai jenis ilmu yang memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga agama. Semoga kejayaan ini memberi perangsang kepada rakan-rakan lain untuk terus cemerlang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar mahupun pekerja dimasa akan datang. Ilmu yang dimanfaatkan itu amatlah besar nilainya untuk manusia sejagat.

11873399_671727749629655_6869996809560672629_n

Pengisian #IhtifalMTT2015 Hari Kedua

#IhtifalMTT2015 diteruskan lagi pada 31 Julai 2015 dengan lebih banyak pengisian menarik dan berilmiah. Tidak dilupakan, gerai pameran dan jualan dari para pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang mewakili kelab dan persatuan masing-masing. Antaranya, Silat, Persatuan Bahasa Melayu, Kelab ICT, Pencita Sekolah dan beberapa lagi kelab dan persatuan pelajar MTT.

11825669_669666463169117_6654455825166999818_n

Penceramah jemputan kedua untuk slot Mahabbah Ilmu (Cinta Ilmu) pada hari Jumaat adalah Dr. Ahmad Jailani Abdul Ghani. Beliau merupakan seorang peguam syari’e yang sering dijemput untuk perbincangan isu-isu ilmiah terutamanya berkisar mengenai pelaksanaan undang-undang syariat Islam. Program telah dilangsungkan di Dewan Solat Masjid Jamek Tok Jiring itu dimulakan sekitar jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Slot Kuliah Dhuha itu membicarakan tajuk Falsafah Pendidikan Dalam Perlaksanaan Syariah dan telah berjaya menarik perhatian dari para hadirin yang terdiri daripada ibu bapa, guru dan juga pelajar MTT itu sendiri.

11825837_669668553168908_2773994764139824778_n

Pada pagi tersebut juga telah diadakan pemeriksaan kesihatan dan derma darah dengan kerjasama Hospital Sultanah Zahirah, Darul Syifa’, Refleksologi serta Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). Para hadirin yang selesai mengikuti kuliah dhuha mengambil kesempatan untuk bersama-sama memberi sokongan terhadap program yang berlangsung pada hari tersebut.

11796327_669670819835348_9096462810523980583_n

Program diteruskan lagi dengan penceramah jemputan terakhir bagi slot Mahabbah Ilmu (Cinta Ilmu) iaitu  Ustaz Norazli Musa atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Azli Taliban. Selain daripada menyampaikan tazkirah sebelum solat jumaat, beliau turut diundang sebagai Khatib Tamu bagi Khutbah Jumaat di Masjid Jamek Tok Jiring pada hari tersebut.

Alhamdulillah, semua program Mahabbah Ilmu berjaya menarik bilangan pengunjung yang agak ramai. Semoga semua pengunjung dapat memanfaatkan ilmu agama dan infomasi yang telah dikongsikan oleh tiga penceramah yang telah dijemput khas sempena #IhtifalMTT2015 ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Nor Azariza Alawi, Dr. Ahmad Jailani Abdul Ghani dan Ustaz Norazli Musa diatas kesudian mereka meluangkan masa bersama-sama dalam program #IhtifalMTT2015.

11822480_669980936471003_7670077126669813148_n

Selepas solat Jumaat, program khas untuk lepasan pelajar dan bekas guru di Institut Berakan / Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman mengambil tempat kira-kira jam 3.00 petang di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang guru yang pernah menjadi pelajar dan tenaga pengajar di di Institut Berakan dan MTT sejak tahun 1977 hinggalah kini. Majlis juga turut diserikan dengan acara cabutan bertuah kepada semua tetamu yang hadir.

11229285_669981149804315_3186458328252467124_n

Pada sebelah petangnya pula, acara Demonstrasi Ular daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah berlangsung. Ramai kanak-kanak dan ibu bapa mengambil peluang untuk melihat anggota JPAM menunjukkan demonstrasi menangkap ular dan juga penerangan serba ringkas mengenai penjagaan keselamatan ketika berhadapan situasi berhadapan dengan suasana cemas atau dipatuk ular. Aktiviti berkereta kuda juga masih disediakan pada hari tersebut. Aktiviti berakhir kira-kira jam 6.30 petang.

11813515_669981799804250_8171374179880895486_n

InsyaAllah, dalam edisi rangkuman #IhtifalMTT2015 yang seterusnya, kami akan kongsikan senarai penerima anugerah pada  Majlis Haflatul Quran & Anugerah Kecemerlangan Pelajar MTT 2015. Kami juga akan kongsikan senarai pemenang bagi pertandingan hafazan peringkat KMTT yang dilangsungkan pada hari pertama #IhtifalMTT2015.