Kem Kecemerlangan PT3 2016

Menjelang musim peperiksaan yang hampir tibaMa’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) melalui Jabatan Akademik tampil dengan inisiatif penganjuran Kem Kecemerlangan PT3 pada 22 hingga 24 September 2016 yang lalu bertempat di Angullia Beach Resort, Marang Terengganu. Kem ini telah melibatkan 109 orang calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) MTT 2016. Kem sebegini merupakan aktiviti tahunan bagi pelajar yang terlibat dengan peperiksaan utama kementerian.

14446181_876168442518917_7770306217221174702_n

Program selama 3 hari itu memfokuskan kepada tips & trick menjawab soalan, motivasi dan kerohanian diri pelajar. Ia adalah sebagai inisiatif tambahan untuk pelajar lebih bersemangat dan menumpukan daya fikiran mereka terhadap Ujian Bertulis PT3 yang akan bermula pada 10 Oktober 2016 ini. Sebanyak 8 slot (7 slot subjek + 1 slot motivasi) telah berlangsung sepanjang program dengan penceramah dan motivator yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

14479623_876169375852157_6549552194728118781_n

Dalam program tersebut, satu majlis penyampaian sijil kepada 4 orang pelajar terbaik iaitu :

  1. Afiq Syahmi Zuraidi (3 Imam Nafi’)
  2. Abdul Rahman Ahmad Shaharuddin (3 Imam Nafi’)
  3. Farzana Shahirah Zakaria (3 Imam Ibnu Kathir)
  4. Busyra Mohd Afif (3 Imam Ibnu Kathir).

14370251_875485095920585_9005701292859497192_n

Alhamdulillah… Tahniah diucapkan kepada semua yang nyata bersemangat dan menunjukkan komitmen untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, tidak hanya didunia, tetapi juga di akhirat kelak. Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon PT3 MTT 2016. Kem Kecemerlangan SPM 2016 bakal tiba tidak lama lagi. InsyaAllah….

 

Advertisements

Bengkel Persediaan SPM 2015

Alhamdulillah… sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015, beberapa siri bengkel dan seminar telah diadakan bagi membantu pelajar mencapai potensi diri. Ia juga memberi lebih pendedahan dan kefahaman cara menjawab soalan yang diajukan ketika peperiksaan berlangsung. InsyaAllah, semoga apa yang dibuat ini mampu memberi manfaat kepada para pelajar sebelum menempuh alam baru selepas berakhirnya peperiksaan SPM 2015.

12109134_699163236886106_4657798345909911344_n

12079556_705660992902997_2589886323376973023_n 12107754_699163283552768_2135588347865600314_n 12193562_705660942903002_7057156854482291512_n