Pengisian & Program MTT Sepanjang Minggu

Alhamdulillah, minggu-minggu awal persekolahan sessi 2016 berlangsung dengan baik. Pelajar-pelajar nyata bersemangat untuk mengikuti program yang dijalankan sepanjang minggu. Di peringkat asrama, satu pelancaran latihan pidato & usrah peringkat asrama telah berlangsung dan disempurnakan oleh Timbalan Mudir merangkap Ustaz Mohd Shaiful Ambia di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring.

20160116220858

Manakala pada 12 Januari 2016 pula, bahagian kokurikulum MTT telah membuka sessi pendaftaran kelab & persatuan bagi semua pelajar. Selain kelab dan persatuan sedia ada seperti Persatuan Bahasa, Pembimbing Rakan Sebaya, Kraf & Landskap, pada tahun ini juga MTT telah memperkenalkan kokurikulum Kulinari dan juga memanah.

IMG-20160112-WA0035

Pada hari tersebut juga telah berlangsung raptai (rehearsal) sempena majlis Pelancaran Kokurikulum MTT 2016 yang akan berlangsung pada 19 Januari 2016 di padang MTT.

IMG-20160114-WA0011

Manakala pada hari rabu, 13 Januari 2016, dua program yang berlangsung adalah Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) 2016 yang melibatkan organisasi tertinggi kelas, ajk asrama dan juga pengawas iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha. Program dianjurkan dengan kerjasama lepasan pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA. Pada sebelah petangnya, perasmian program dwi-bahasa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia dengan gimik pelancaran tayangan montaj.

IMG-20160114-WA0012

Pada hari sabtu, 16 Januari 2016 juga telah diadakan latihan dan ujian memanah bagi guru dan kakitangan MTT yang terlibat sebagai pendedahan sebelum bermulanya kelas bagi kokurikulum memanah.

InsyaAllah, banyak lagi program yang telah dirancangkan setiap tahun, antaranya Sukan Tahunan MTT (SUKMAT), Jambori Umum MTT, Rehlah Huffaz dan lain-lain.

Advertisements

Team Building Kepimpinan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Team Building Kepimpinan dan saf jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam penganjuran edisi kali ini. Program ini hanya melibatkan kempimpinan pelajar Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman yang terdiri daripada Qudwah, AJK Asrama dan juga pengawas PERMATA yang telah dilantik pada penghujung sessi persekolahan 2014 yang lalu berjumlah 80 orang.

4

Semua peserta mula mendaftarkan diri pada petang 5 Januari 2015 dan diberi taklimat ringkas pengisian dan disiplin dalam program ini. Sepanjang tiga hari program, peserta terlibat dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan, ceramah dan juga pengisian rohani. Antaranya program yang disertai adalah Kawad Kaki, praktikal menjadi seorang pengerusi majlis dalam 3 bahasa (Arab, Melayu, Inggeris), tugasan kepimpinan dalam bidang yang diamanahkan serta demonstrasi isu.

8

tamrin

Selain itu, pelajar juga terlibat dengan pengisian kerohanian termasuklah Qiamullail, tazkirah subuh dan bacaan ayat suci al-Quran sebelum tidur. Bagi slot pengisian dan ceramah pula diisi oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia (Visi dan Misi MTT), En. Ahmad Izzuddin bin Yusof (Media Teknologi Maklumat Sebagai Dunia Dakwah) dan Ustaz Wan Shamsudin dengan tajuk Mewajahkan MTT Dengan 5’s.

9

Dalam usaha meningkatkan daya kepimpinan pelajar, mereka turut terlibat dalam slot penyampaian tazkirah selepas solat jemaah. Peserta juga dikehendaki menunjukkan demonstrasi lakonan mengenai situasi yang sering berlaku dan cara mengatasinya sesuai dengan jawatan yang diamanahkan kepada mereka. Sebagai contoh, bagaimana cara apabila terserempak dengan pelajar yang melakukan gejala vandalisme di asrama.

11

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Mudir MTT, Ustaz Haji Muzaihar Kamal selepas bacaan ikrar oleh peserta Team Building Kepimpinan pada kali ini. Semoga mereka dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. InsyaAllah….