Jambori Umum MTT 2015

1613865_10153174407043738_7874966569660906882_n

Terlaksana salah satu program tahunan pelajar di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), iaitu Jambori Umum MTT 2015. Alhamdulillah, semuanya dengan keizinan dari Allah SWT. Program tersebut berlangsung dari 15-17 Februari 2015 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin. Kuala Terengganu. Program pada tahun ini melibatkan keseluruhan pelajar MTT berjumlah 560 orang yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk aktiviti yang dirancangkan sepanjang program berlangsung.

AroSoMkzDV6E_3ZQNFu98XwN1OKE_CH-pIJEPWBkzP4Z

Bagi pelajar berulang, mereka akan terus ke tapak kem dan membuat pendaftaran. Manakala bagi pelajar asrama pula, mereka mula bertolak ke kem seawal jam 7.00 pagi. Selepas selesai sessi pendaftaran dan taklimat ringkas kepada peserta, mereka mula bergerak untuk tugasan mendirikan khemah dan persiapan makan tengahari.

AvVUH9-tb5c8lXGCtMXZa-1yyx29Yj_QqXev5WEJxA31 AhmFeJLfLyrGPDkd13xkU2fznQF2ESAEVsDe62VSB_hZ

Selepas menunaikan solat Zohor, program diteruskan dengan sessi ice-breaking untuk taaruf sesama peserta yang melibatkan beberapa aktiviti seperti kad nama, sepanduk, nama kumpulan dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan. Seperti kebiasaannya, slot riadah akan mengambil tempat selepas selesai menunaikan solat asar. Masih dengan tema taaruf, kali ini ia lebih berbentuk riadah sesama mereka.

AsDQCz69x-Cc5YoOm0fWRRg6gzcZKgCSPGOhSpiFoVsQ

Slot Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustazah Norfaizan mengambil tempat diikuti dengan ceramah dari Ustaz Zul Amani berkaitan tajuk Eratkan Ukhuwah, Mantapkan Tarbiyyah. Sebelum pelajar berehat untuk hari pertama, Ustaz Nafizul mengambil alih tugas dalam slot Tadabbur dan Tazakkur surah al-Mulk.

An7eSVVlGPQHJGNXkK5SbZkSYprBs94U3G3uZ65stnZy

Rutin pagi hari kedua dimulakan dengan qiamullail, solat subuh, tazkirah dan kawad melibatkan semua pelajar sebelum mereka menjamu selera untuk sarapan pagi. Aktiviti seterusnya agak mencabar iaitu Explorace yang melibatkan semua kumpulan dan beberapa checkpoint yang perlu diharungi untuk mendapat hadiah kemenangan. Aktiviti ini nyata menguji daya ketahanan diri dan mental serta kerjasama sepasukan yang erat dalam matlamat mencapai kejuaraan. Pada sebelah petang pula, mereka terlibat dalam aktiviti pantai dan juga pertandingan memasak yang dikenali dengan nama Panggang Rimba.

Kuliah Maghrib Ustaz Fauzi Yusoh (16022015)

Slot kuliah maghrib pada hari kedua telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Yusoh dan ceramah umum yang disampaikan oleh Cikgu Nur Effendi yang berlangsung selepas menunaikan solat isyak. Slot tadabbur dan tazakkur surah al-Mulk pada hari kedua dipimpin oleh Ustaz Abdullah Basri.

Program Kembara Sufi mengambil tempat pada awal pagi sebelum diteruskan dengan aktiviti rutin iaitu solat subuh, tazkirah dan senaman pagi untuk memberi kecergasan kepada semua peserta. Peserta kemudiannya perlu menyiapkan diri dan berkumpul untuk majlis penutup Jambori 2015 yang akan disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif MTT, Cikgu Safinah Jusoh.

AgHRTnBDU520cPX-rw8HkFfZ64GW34bYbgl8-FT7uNCK

Majlis penutup diserikan dengan ucapan dari pengarah program dan ucapan dari mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman sebelum diserahkan kepada Cikgu Safinah untuk merasmikan majlis penutup Jambori Umum MTT 2015. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sessi bergambar kenang-kenangan semua peserta. Program berakhir dengan rasminya sekitar jam 12.00 tengahari.

AkUUxvV5kq75L2EwlD0VYdJhZFzQNPbzS2f00VxixdX6

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang berjaya menganjurkan program ini untuk kesekian kalinya. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa dan pelajar yang sama-sama menjayakan Jambori Umum MTT pada tahun ini.

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 1)

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 2)

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 3)

Advertisements

Tamrin, Ta’aruf, Asrama Dihatiku Memulakan Sessi 2014.

Assalamualaikum…

Detik berganti detik, masa terus berlalu meninggalkan kita. Sinar 2014 telah terbit menandakan bermulanya Sessi Persekolahan 2013/2014 di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman. Persiapan rapi yang telah dilakukan oleh semua guru dan kakitangan serta beberapa orang lepasan pelajar dalam menerima ahli keluarga baru MTT.

Tamrin Qiadi 2013/2014

Tamrin Qiadi 2013/2014

Beberapa orang pengawas telah dilantik sebelum berakhirnya sessi persekolahan 2012/2013 bagi membantu melancarkan proses pendaftaran dan ta’aruf pelajar baru sessi 2013/2014. Mereka telah melapor diri beberapa hari lebih awal untuk mengikuti program Tamrin Kepimpinan yang bermula pada 25-27 Disember 2013 yang lalu.

Program yang melatih ketahanan fizikal dan mental dalam kehidupan sebagai pengawas dalam bertugas membantu mengawal dan mengurus selia pelajar MTT. Ia juga bertujuan mendidik dan memantapkan ilmu kepimpinan dalam diri mereka. Gambar-gambar lain boleh dirujuk di SINI.

Tamrin Qiadi 2013/2014

Tamrin Qiadi 2013/2014

IMG-20131228-WA0018

Tamrin Qiadi 2013/2014

Tamrin Qiadi 2013/2014

Tamrin Qiadi 2013/2014

Pendaftaran pelajar berlangsung dengan baik pada 28 Disember 2013 yang bertempat di ruang masjid MTT. Para pelajar yang hadir dari serata Malaysia kelihatan bersedia untuk menempuhi suasana baru pembelajaran. Selepas selesai urusan pendaftaran, Ibu Bapa, pelajar dan guru dihimpunkan untuk slot Ramah Mesra bersama Ibu Bapa dan juga Pengerusi JIBG. Program ini sebagai memberi pendedahan awal mengenai MTT kepada semua pelajar dan ibu bapa mereka. Pelajar-pelajar berulang dibenarkan bersurai setelah selesai solat Zuhur dan Tazkirah Zuhur oleh Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar. Manakala, pelajar Asrama akan meneruskan program Asrama Dihatiku bersama AJK asrama sambil dibantu Fasilitator yang telah dilantik.

Selamat Memulakan Sessi 2013/2014

Selamat Memulakan Sessi 2013/2014

Pada 30 dan 31 Disember pula, bermulalah program Ta’aruf bagi semua pelajar MTT. Semua unit dan jabatan akan memberi penerangan tentang bidang tugasan mereka serta undang-undang yang perlu dipatuhi sepanjang menjadi warga MTT.

Antara pengisian program adalah Kawad Kaki & Nasyid MTT, Slot Motivasi oleh Cikgu Nur Effendi, Kenali MTT (Visi, Misi dan Warga MTT) oleh Cikgu Siti Nadzirah selaku pendaftar MTT. Turut serta adalah Ustaz Hasbullah yang berbicara mengenai Masjid… Rumah Allah. Unit lain yang turut memberi maklumat adalah PERMATA (Cikgu Wan Zahani, Diari Tahfiz (Ustazah Norfaizan), Diari Akademik (Ustazah Asmina), Disiplin dalam membentuk akhlak mulia oleh Ust. Khairul Nizam

Tidak ketinggalan, Ustaz Wan Shamsuddin memberi penjelasan dan tarbiyyah kepada pelajar baru MTT. Che Mohamad Firdaus pula menyampaikan infomasi mengenai Fisabilillah MTT. Beliau mewakili Pengarah Jabatan Fisabilillah MTT, Cikgu Abdullah Embong, Pelbagai lagi slot dan program yang diadakan sepanjang dua hari Ta’aruf tersebut. Ia sebagai langkah membantu pelajar membiasakan diri di MTT dan memberi pendedahan mengenai sistem yang diamalkan di MTT. Sessi persekolahan bermula pada 1 Januari 2014.