Pengisian & Program MTT Sepanjang Minggu

Alhamdulillah, minggu-minggu awal persekolahan sessi 2016 berlangsung dengan baik. Pelajar-pelajar nyata bersemangat untuk mengikuti program yang dijalankan sepanjang minggu. Di peringkat asrama, satu pelancaran latihan pidato & usrah peringkat asrama telah berlangsung dan disempurnakan oleh Timbalan Mudir merangkap Ustaz Mohd Shaiful Ambia di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring.

20160116220858

Manakala pada 12 Januari 2016 pula, bahagian kokurikulum MTT telah membuka sessi pendaftaran kelab & persatuan bagi semua pelajar. Selain kelab dan persatuan sedia ada seperti Persatuan Bahasa, Pembimbing Rakan Sebaya, Kraf & Landskap, pada tahun ini juga MTT telah memperkenalkan kokurikulum Kulinari dan juga memanah.

IMG-20160112-WA0035

Pada hari tersebut juga telah berlangsung raptai (rehearsal) sempena majlis Pelancaran Kokurikulum MTT 2016 yang akan berlangsung pada 19 Januari 2016 di padang MTT.

IMG-20160114-WA0011

Manakala pada hari rabu, 13 Januari 2016, dua program yang berlangsung adalah Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) 2016 yang melibatkan organisasi tertinggi kelas, ajk asrama dan juga pengawas iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha. Program dianjurkan dengan kerjasama lepasan pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA. Pada sebelah petangnya, perasmian program dwi-bahasa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia dengan gimik pelancaran tayangan montaj.

IMG-20160114-WA0012

Pada hari sabtu, 16 Januari 2016 juga telah diadakan latihan dan ujian memanah bagi guru dan kakitangan MTT yang terlibat sebagai pendedahan sebelum bermulanya kelas bagi kokurikulum memanah.

InsyaAllah, banyak lagi program yang telah dirancangkan setiap tahun, antaranya Sukan Tahunan MTT (SUKMAT), Jambori Umum MTT, Rehlah Huffaz dan lain-lain.

Advertisements

Hujung Minggu MTT (22-25 Januari 2015)

Alhamdulillah… pada hujung minggu yang lalu, beberapa program telah dianjurkan di MTT. Salah satu program tersebut adalah Kem Bestari Solat yang melibatkan pelajar peringkat menengah rendah. Program selama sehari semalam ini menumpukan kepada aspek memperkemas ibadah solat pelajar iaitu wudhu’ dan cara menunaikan solat dengan sempurna yang diketuai Ustaz Mohd Nafizul dan dibantu oleh Qudwah dan guru-guru bertugas yang lain.

kemsolat 2

ApD135PTDm9HMqesbrMsWJ2jw5HwtyTKeBFMNoLtaxS5

Turut diselitkan adalah ceramah mengenai Solat Membentuk Keperibadian Muslim yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Naim bin Abu Bakar. Pelajar-pelajar juga turut dilibatkan dengan aktiviti Qiamullail untuk memberi pendedahan mengenai ganjaran dan nikmat yang diperlolehi dari berqiamullail. Aktiviti riadah santai turut diselitkan pada waktu petang sebagai salah satu slot pengisian program. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Naib Mudir 3, Cikgu Nor Effendi bin Mahyiddin pada pagi Jumaat.

Turut diadakan pada sebelah malamnya ialah, ceramah mengenai Adab Menuntut Ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Sakinah. Program ini hanya melibatkan pelajar asrama muslimin dan muslimat MTT. Manakala, pelajar yang terlibat dengan Kem Bestari Solat dikecualikan daripada program ini.

At8Mw8M1oNtuD9zCAzeeKUpz3Kdhuo6oe97sDPDgUBAG

Pada hari Jumaat, pihak Masjid Jamek Tok Jiring telah mengadakan Jamuan Maulidurrasul untuk menjadi santapan ahli Qariah masjid dan juga ibu bapa pelajar yang hadir menjemput anak-anak mereka yang terlibat dengan Kem Bestari Solat. Turut diselitkan persembahan Qasidah dan Burdah oleh Ustaz Mohd Nafizul.

Pelancaran Aspura Premier League (APL)turut diadakan pada malam 23 Januari 2015. 10 pasukan akan bertanding pada tahun ini untuk merebut Piala APL dan beberapa anugerah lain yang akan disampaikan pada penghujung sessi persekolahan.

DSC_0149

Keesokan harinya, 24 Januari 2015, perhimpunan asrama yang pertama bagi tahun 2015 telah diadakan. Perhimpunan yang akan diadakan dua kali seminggu itu akan memberi penekanan terhadap disiplin, tatacara dan perjumpaan bersama pelajar-pelajar dan pegawai asrama yang terlibat. Dalam perhimpunan pertama tersebut, sejumlah AJK telah dilantik bagi membantu kelancaran pengurusan di asrama. Turut diadakan pada hari yang sama adalah pemeriksaan di asrama muslimin dan muslimat MTT.

asrama

Manakala perhimpunan pada hari Ahad pula menyaksikan pelantikan guru penasihat Kokurikulum dan juga majlis Pelancaran Daie Muda yang disempurnakan oleh al-Fadhil, ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal.

IMG-20150124-WA0007 ApWdlG-xGdy9kQp0h1uQPE_3U9oxNBZfJ-0UTb9p0K2o