Kunjungan Madrasah Darussalam, Losong.

Pada 9 Mac 2016, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menerima kunjungan daripada Madrasah Darussalam, Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu. Delegasi rombongan diketuai Ustaz Wan Mohd Rosli dengan 3 buah bas membawa 166 orang pelajar tahfiz (darjah 1 hingga darjah 4) bersama 11 orang guru pengiring tiba di perkarangan MTT kira-kira jam 2.30 petang.

20160309164940

Peserta kemudiannya dibawa ke Dewan Seminar, Masjid Jamek Tok Jiring untuk memulakan acara. Rombongan diperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran secara bertarannum oleh saudara Mohd Qosim bin Husni yang juga merupakan pelajar MTT.

cf8eb90a-05d3-40e5-90e8-7f92727fcadc

Usai sessi suai kenal dan pengenalan dari wakil MTT dan Wakil MDS, beberapa slot yang menyusul termasuklah, Motivasi bersama Ustazah Nor Aqma Zulaikha, Persembahan Bacaan Al-Quran dari pelajar Hafs MTT bersama Ustaz Tuan Mohd Izzuddin bin Abu Bakar, ujian hafalan bersama pelajar MDS, tayangan video motivasi dan kudapan sebelum bersurai kira-kira jam 5.00 petang.

7709a983-b756-4953-b4b1-0cee9a538160

Kami di MTT mengucapkan terima kasih atas kesudian membuat lawatan ke institusi pendidkan ini. InsyaAllah, semoga memperoleh seberapa banyak manfaat dalam perkongsian ringkas program tersebut.


Advertisements

Ramadhan di Mesir dan Malaysia.

Assalamualaikum…

Dalam kita bersedia menyambut Ramadhan di bumi Malaysia, ada yang gembira dan teruja dengan kehadiran bulan mulia ini. Namun, bagaimana nasib saudara kita di Mesir?

Maka benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


“Islam telah datang dalam keadaan dagang, dan akan kembali pada akhir zaman dalam keadaan dagang juga. Maka mendapat kemenanganlah orang-orang yang dagang”.

Hadis ini menerangkan bahawa Islam diterima oleh orang-orang yang meyakini akidah tauhid dan ia terbina atas asas akidah yang teguh. Penerimaan terhadap akidah islam diikuti pula dengan penghayatan dan perjuangan menegakkan kalimah allah di muka bumi. Justeru, mereka yang menerima Islam atas sebab selain daripada akidah akan berdepan dengan ujian yang tidak memungkinkan mereka mempertahankan Islam di akhir zaman. Bahkan, akan terjebak dalam konspirasi musuh untuk melemahkan dan menghancurkan Islam.

Kehidupan rakyat di Mesir sentiasa dilanda pelbagai kemelut dan isu diakhir-akhir ini. Mereka hidup dalamkeadaan yang tidak tenteram. Namun mereka masih mampu mempertahankan rukun islam. Mereka tidak lupa meninggalkan solat dan memohon bantuan dari Allah.

Perjuangan mereka terhadap islam tidak luntur. Rakan-rakan mereka solat mereka ditembak bertubi-tubi ketika solat. Sedangkan kita alpa dan leka ketika azan dilaungkan. Masih terbuai di pintu-pintu pasaraya. Bersorak tawa dipadang bola, melayari laman sosial dan berbual perkara yang melalaikan.

Hayatilah perjuangan mereka dalam menegakkan syiar islam. Jadikan semangat mereka dalam menempuh kehidupan seharian. Banyakkan amal kebajikan dan terus berjuang menegakkan agama Allah. Bulan Ramadhan banyak rahsia dan fadhilatnya. Sama-sama renungkan video dibawah.