Rehlah Huffaz, Ceramah AADK & Motivasi Pelajar Potensi Cemerlang

Assalamualaikum… hari-hari sebagai seorang pelajar terus berlalu dan kini telah menjengah ke bulan April 2015. Beberapa program juga telah berlangsung sepanjang minggu lalu. Salah satu program tersebut adalah Rehlah Huffaz yang melibatkan pelajar Tahfiz Khas pada 15 April 2015 di Taman Tamadun Islam. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan pendedahan tambahan mengenai bidang hafazan.

20150419183458

Turut berlangsung pada tarikh tersebut adalah slot ceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sebagai salah satu pengisian untuk Bulan Disiplin MTT 2015. Program yang melibatkan pelajar Menengah Bawah (Tingkatan 1 & Tingkatan 2) itu berlangsung di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring sebagai memberi pendedahan dan kesedaran mengenai bahaya dadah dan bahan-bahan terlarang lain yang mempunyai kesan yang amat buruk kepada kesihatan.

20150418230115 (2)

Pada 19 April 2015 pula telah berlangsung Program Motivasi Pelajar Potensi Cemerlang yang dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia bertempat di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Razak Muthalib yang mempunyai kepakaran yang luas dalam mengendalikan pelbagai program bersifat akademik. Pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Masters dalam bidang Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan ini juga aktif dalam penulisan buku dan juga pernah muncul sebagai ahli panel dalam program yang disiarkan di kaca televisyen.

20150414234300 (1)

InsyaAllah, doa kami semoga dengan program yang telah dianjurkan ini mampu memberi pendedahan dan motivasi tambahan kepada para pelajar dalam mengharungi kehidupan di alam persekolahan yang menuntut komitmen dan kesungguhan demi untuk mencari ilmu dan keredhaan Allah SWT.

Advertisements