Ilmu Teori & Praktikal Dalam Pasca PT3

Alhamdulillah… Sukacita dimaklumkan bahawa usai sahaja Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 12 Oktober  2017 yang lalu, beberapa program Pasca PT3 telah disusun atur bagi pelajar-pelajar yang terlibat. Program tersebut diharap dapat memberi ilmu teori dan praktikal kepada pelajar dalam silibus kemahiran teori dan praktikal terutamanya sebagai seorang pelajar muslim. Ia secara tidak langsung dapat mengisi ruang masa para pelajar tersebut dengan pengisian yang bermanfaat disamping merapatkan ukhuwah sesama pelajar dan guru.

Slot pertama diisi dengan program simulasi Pengurusan Jenazah yang telah dikendalikan oleh Ustaz Shamsuri bagi pelajar lelaki dan Ustazah Azizah bagi pelajar perempuan telah berlangsung pada hari Isnin, 16 Oktober 2017. Dalam slot ini, pelajar didedahkan dengan teori pengurusan jenazah dan tunjuk ajar cara pengendalian jenazah yang betul.  InsyaAllah, semoga program bercorak kerohanian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar untuk bersama melibatkan diri dalam membantu pengurusan jenazah di kawasan masing-masing. Sekaligus menjalankan tanggungjawab fardhu kifayah.

Seterusnya adalah program jalinan kerjasama dengan pihak pengurusan Masjid Jamek Tok Jiring iaitu program penyediaan bubur asyura pada 18 Oktober 2017. Tiga periuk bubur asyura telah disediakan untuk diagihkan kepada para guru dan kakitangan serta kariah setempat Masjid Jamek Tok Jiring. Program ini sudah lazim dengan komuniti sekitar Ma’ahad Tahfiz Wal Tariyyah Darul Iman (MTT) dan Masjid Jamek Tok Jiring khasnya. Guru dan para pelajar bersama-sama membantu dalam penyediaan bubur asyura.

Pelajar-pelajar pasca PT3 seterusnya terlibat dalam program Kembara Thaqafi di Peladang Setiu Agro Resort pada 22 & 23 Oktober 2017. Salah satu aktiviti yang dilalui peserta kembara adalah membuat rakit. Dalam program ini, dapat dilihat kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta kembara yang bersungguh-sungguh untuk memastikan rakit mereka dapat berfungsi dengan baik. Selain membuat rakit, mereka turut melibatkan diri dalam acara santai seperti berkayak, flying fox dan berakit. Program interaksi dengan alam itu secara tidak langsung memberi kesegaran kepada para pelajar.

Program terakhir adalah Simulasi Haji & Umrah yang telah dibuat dengan kerjasama pihak Tabung Haji, Kuala Terengganu. Program tersebut telah diadakan pada 01 November 2017 di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring untuk sesi teori dan Padang Riadah Muslimat untuk sesi praktikal yang meliputi tawaf, saie, bercukur, melontar  dan yang berkaitan. Pihak TH juga telah membawa replika ka’abah dan peralatan yang berkaitan khas untuk program tersebut. Bersempena program itu juga, pihak TH telah membuka kaunter urusan berkaitan TH di ruang legar Pejabat Pentadbiran MTT khas bagi pelajar dan warga kerja di MTT untuk pendaftaran akaun serta urusan yang berkaitan.

Alhamdulillah… Semoga program yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar khusunya lepasan PT3 untuk mendalami ilmu-ilmu berkaitan terutamanya melibatkan pengurusan jenazah dan simulasi mengerjakan haji dengan lebih jelas. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk melaksanakan khidmat komuniti kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah, program sebegini akan diperkasakan lagi dimasa-masa akan datang. Biiznillah…

Advertisements

Rehlah Asrama MTT

Peladang Agro Resort di Setiu telah menjadi pilihan untuk program Rehlah Asrama Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) bagi tahun 2015. Program bagi pelajar asrama muslimat telah berlangsung pada 1 Mei 2015 diikuti asrama muslimin pada keesokan harinya.

DSC_5296

Alhamdulillah, perjalanan program berlangsung dengan baik dengan pengisian aktiviti-aktiviti santai serta beberapa pertandingan untuk mengukuhkan ukhuwah sesama pelajar. Guru-guru juga turut serta dalam kedua-dua sessi rehlah ini untuk memberi sokongan kepada semua pelajar yang terlibat. Ia sekaligus mewujudkan suasana ikatan kekeluargaan yang erat antara guru dan pelajar.

20150502214427 (3)

Beberapa acara yang telah diadakan seperti berkayak, boling padang, rebut kerusi, gelung rotan, kaki tiga, kayak dan pelbagai sukan dan acara santai lain.

IMG_0692

Sementara itu, pada hari Ahad, 3 Mei 2015, telah berlangsung Muktamar Dewan Ulama Negeri Terengganu di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring yang turut melibatkan warga di Kompleks Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) seperti Dr. Abu Bakar bin Abdullah, Dr. Hamdan Muhammad dan juga Ustaz Muzaihar Kamal.

20150503184911 (2)

Program Eksplorasi Alam PT3

Alhamdulillah… walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, Program Eksplorasi Alam di Peladang Setiu Agro Resort berjaya dilaksanakan pada 18 dan 19 November 2014 yang lalu.

 eksplorasi alam 40

Sejumlah 49 orang pelajar Tingkatan 3 telah terlibat dalam program ini. Daripada jumlah tersebut, 31 orang peserta adalah pelajar lelaki manakala selebihnya adalah pelajar perempuan. Lima orang guru pengiring yang terlibat adalah Cikgu Siti Nadzirah binti Mohd Aziz, Cikgu Nor Iman binti Abdullah, Cikgu Baihaqi bin Haziah, Cikgu Ahmad Nahri bin Abd Aziz dan Ustaz Wan Shamsuddin Wan Daud.

Eksplorasi alam 10

Antara aktiviti yang telah dibuat dalam program selama dua hari tersebut adalah bermain rakit, bola sepak, bola jaring dan flying fox. Sessi BBQ turut dibuat bersama-sama pada sebelah malamnya. Pada hari terakhir program, mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menyampaikan amanat dan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar terbabit.

eksplorasi alam 8

InsyaAllah, semoga bertemu kembali ditahun 2015.

GALERI GAMBAR EKSPLORASI ALAM 2014

Rehlah Guru & Kakitangan MTT 2014.

 

Alhamdulillah,.. dengan izin Allah swt, Rehlah Guru & Kakitangan MTT bagi tahun 2014 selesai dilaksanakan. Program tersebut telah bermula pada 26 April 2014 dan berakhir pada 27 April 2014 bertempat di Peladang Setiu Agrotourism & Resort Sdn. Bhd.

Peserta program tiba di lobi resort sekitar jam 4.15 petang setelah mengharungi perjalanan hampir 1 Jam 15 minit dari perkarangan MTT. Setelah menunaikan solat Asar, peserta diberi kebebasan untuk meninjau kawasan persekitaran resort. Suasana yang nyaman dengan pemandangan tasik dan tumbuh-tumbuhan hijau itu nyata memberi kesegaran kepada semua yang hadir dalam program tersebut. Ada juga yang mengambil peluang berkayak dan bersama anak-anak di kolam renang.

2

Pada sebelah malam, acara cabutan bertuah mengambil tempat setelah semua peserta selesai menikmati hidangan makan malam. Pada pagi Ahad, program diteruskan dengan sukaneka bagi kanak-kanak. Antaranya, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun, boling padang bagi kanak-kanak berusia 7 dan 8 tahun serta boling padang secara berpasangan bagi kategori umur 9 hingga 12 tahun.

Seterusnya, tiba giliran guru dan kakitangan pula terlibat dengan sukan berkayak. Tiga kategori telah dipertandingkan iaitu :

i. Bujang Perempuan
ii. Bujang Lelaki
iii. Kategori Keluarga.

Majlis penyampaian hadiah dibuat ketika majlis penutup sekitar jam 12.30 tengahari di dewan makan resort tersebut. Pemenang bagi setiap kategori adalah :

i. Bujang Perempuan
3. Cikgu Fatihah & Cikgu Saerah
2. Nazihah & Normah
3. Cikgu Nurul Iman & Ustazah Aminan Mastura

ii. Bujang Lelaki
3. Husain & Zubir
2. Amir & Hamdan
1. Nasrullah & Ajmain.

iii. Keluarga :
3. Ust. Kamarul & Ustazah Siti Radiah
2. Ust. Khairul Nizam bersama anak beliau
1. En. Aminuddin bersama anak beliau.

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan bersurai sekitar jam 1.00 petang. Program sebegini dapat mengeratkan ukhuwah sesama keluarga guru dan kakitangan MTT. InsyaAllah….