Seminar Pendidikan Rabbani 2018

Dasar Pendidikan Rabbani ini adalah dibina atas rasional yang merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud:
Tiada patut bagi seseorang manusia yang diberikan kepadanya oleh Allah akan al-Kitab dan Hikmah dan pangkat kenabian untuk mengatakan: Hendaklah kamu menjadi hamba padaku, bukan hamba Allah, (Tetapi sebenarnya) hendaklah kamu menjadi ‘rabbaniyyiin’ dengan apa yang kamu ajarkan juga yang kamu belajar (dari kitab itu) 

(Ali ‘Imran: [3]:79)

Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas izinNya, program Seminar Pendidikan Rabbani anjuran Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) & Jemaah Ibu Bapa Guru (JIBG) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) selesai dilangsungkan pada 18 Ogos 2018 yang lalu di Dewan Auditorium JHEAT dengan kehadiran kira-kira 250 orang peserta yang mewakili institusi pendidikan dari Terengganu dan juga peserta persendirian dari negeri kejiranan seperti Kelantan dan Pahang.

Majlis dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh pelajar Ma’ahad Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) MTT, Muhammad Ifram bin Abd Rahman dengan memperdengarkan bacaan surah al-Mujadalah bermula ayat 7. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP),  Ybhg Dr Mohd Hamdan bin Mohamed.

Ucaptama Seminar Pendidikan Rabbani telah disampaikan oleh Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), YBhg Prof Dato’ Dr Mohd Yusof bin Haji Othman. Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang fizik serta mampu mengaplikasikan kejadian alam dengan kebesaran Allah SWT. Turut sama terlibat sebagai pembentang dalam seminar ini adalah Ybhg Dr Yaacob bin Yusof, Pengarah Institut Latihan Perguruan Kelantan yang mewakili YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan.

Pembentang berikutnya adalah Ketua Yayasan Hayrat Turki, Cawangan Malaysia, Al-Fadhil Ustaz Sadiq Ozata. Sesi pembentangan terakhir telah disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Bahasa & Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Ala-uddin bin Othman. Majlis diakhiri dengan sidang resolusi oleh Pengerusi Jemaah Ibu Bapa & Guru MTT, YBhg Prof Madya Dr Berhanundin bin Abdullah kira-kira jam 2.00 petang.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta Seminar Pendidikan Rabbani 2018. Setinggi-tinggi penghargaan juga dizahirkan kepada pembentang kertas kerja, penaja program, penyumbang dana dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program ini secara langsung dan tidak langsung. Semoga dengan penganjuran Seminar Pendidikan Rabbani ini membuka lembaran baharu kearah memperkasa institusi pendidikan di Terengganu khasnya dan Malaysia amnya. Penglibatan dan sokongan semua pihak adalah diharapkan agar ia mampu direalisasikan dalam tempoh beberapa tahun yang mendatang.


Advertisements

Where Are They Now… (Ex MTT 2014)

Alhamdulillah… tahniah untuk anak-anak pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang sentiasa tekun, rajin dan sabar dalam menuntut ilmu demi meneruskan legasi bidang pendidikan islam. Syabas juga untuk anak-anak kerana pada masa yang sama, anda juga mampu menghafaz al-Quran dengan baik. Kami di MTT berbesar hati untuk berkongsi kejayaan lepasan MTT bagi tahun 2014.

tahniahspm2014v2

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2014

  1. Siti Khadijah binti Anuar Al-Hafizah (Universiti Al-Azhar)
  2. Abdullah Hakimi bin Zahid (Universiti Al-Azhar)
  3. Ahmad Naim bin Abu Bakar (Universiti Al-Azhar)
  4. Abdur Rasyid bin Othman (Universiti Al-Azhar)
  5. Hafiz Ilmiawan bin Hamdanni (Universiti Al-Azhar)
  6. Najibah binti Omar (Universiti Al-Azhar)
  7. Fatimah Zahra binti Mohamad Zainal Abidin (Universiti Al-Azhar)
  8. Muhammad Musa bin Tajaldin (Universiti Al-Azhar)
  9. Ahmed Furqan bin Ariffin (International University Of Africa, Khartoum, Sudan)

1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2014

  1. Nurusy Syuhada Ibrahim
    • Tahmidi Syariah dan Undang-Undang (USIM)
  2. Ahmad Thaqaufi Awang
    • Asasi Seni Bina & Reka Bentuk Alam Sekitar (UIA)
  3. Fatin Syatirah Ahmad Ridzuan
    • Diploma Pengajian Islam Al-Quran & As-Sunnah (UniSZA)
  4. Nusaibah Nordin
    • Diploma Pengajian Islam Al-Quran & As-Sunnah (UniSZA)
  5. Nurul Fakhirah Nasruddin
    • Diploma Pengajian Islam Bahasa & Kesusasteraan Arab (UniSZA)
  6. Abdullah Mubarak Faizi
    • Diploma Kewangan (UniSZA)
  7. Nurul ‘Izzati Mohd Salleh
    • Diploma Pengajian Islam Syariah (UniSZA)
  8. Muhammad Nur Afifi Abdul Rahman
    • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, (PSMZA, Dungun)
  9. Muhammad Al-Fateh Khairul Azlan
    • SPE Pemasangan Elektronik (KK-Kuala Terengganu)
  10. Muhammad Aiman Asri
    • SPE Pemasangan Elektronik (KK-Kuala Terengganu)
  11. Ahmad Idris Mohd Sabri
    • Sijil Automotif (KK-Kuala Terengganu)
  12. Alif Najmi Azman
    • SPE Pemasangan Elektronik (KK-Kuala Terengganu)
  13. Muhammad Ikhwanursalam Muslidar
    • Diploma Tahfiz Al-Quran & Qiraat (KUIS)
  14. Ahmad Syirazi Mohamad
    • Dipoma Pengajian Islam Syariah (KUIS)
  15. Ahmad Zharfan Mohamad
    • Diploma Pengajian Islam Syariah (KUIS)
  16. Muhammad Hakim Azaki
    • Diploma Pengajian Islam Syariah (KUIS)
  17. Muhammad Hafizi Zilani
    • Diploma Tahfiz Al-Quran (KUIS)
  18. Alyaa Adibah Zaid
    • Diploma Pengajian Islam Syariah (KUIS)
  19. Nurul Syafiqah Abdullah
    • Diploma Pengajian Islam Dengan Pembangunan Sumber Manusia (KUIM)
  20. Nur Syafiqah Abdul Halim
    • Diploma Tahfiz Qiraat (KUIM)
  21. Luqman Hakim Nor Effendi
    • Diploma Tahfiz Qiraat (KUIM)
  22. Zulkifle Mamat
    • Diploma Pengajian Islam Syariah (KUIM)
  23. Muhammad Firdaus Anuar
    • Diploma Tahfiz (KUIM)
  24. Muhammad Abdul Rahim
    • Diploma In Occupational Safety And Health (Kolej Universiti Sains Perubatan, Cyberjaya)
  25. Wan Ahmad Muadz Nuruddin Wan Muliyadi
    • Diploma In Occupational Safety And Health (Kolej Universiti Sains Perubatan, Cyberjaya)
  26. Muhammad Hairi Azaki
    • Diploma in Computer Networking (TATIUC)
  27. Muhammad Luqman Ismail
    • Diploma Kejuruteraan Kimia – Proses (UniKL, MICET Melaka)
  28. Nurul Aida Najihah Che Alwi
    • Diploma Tahfiz Al-Quran (Darul Quran, Selangor)
  29. Aisyah Abdul Rahman
    • Diploma Tahfiz Al-Quran (Darul Quran, Selangor)
  30. Abdurrahman Hafiz Zulkepli
    • Diploma Tahfiz (Ma’ahad Tahfiz Pahang)
  31. Intan Sabrina Affendi
    • Diploma Pengajian Islam Syariah Dan Undang-Undang (KIPSAS)
  32. Aina Syuhada Affendi
    • Diploma Pengurusan Kewangan Islam (KIPSAS)
  33. Siti Ruqaiyah Azahari
    • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KIAS)
  34. Muhammad Hazwan Mohamad
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kolej Teknologi Darul Naim)
  35. Muhammad Hamdan Safwan Maidin
    • Sijil Oil & Gas
  36. Muhammad Azizi Mohd Nasir
    • Sijil Teknologi Instrumen Perindustrian SKM Tahap 2 & 3
  37. Ku Nur Syaza Ku Musthafar
    • ITMAM Persijilan Pengajian Islam (INSPI)
  38. Hayati Mardhiyyah Ramli
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (INSPI)
  39. Nur Mardhiyah Mohd Sabri
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (INSPI)
  40. Uzair Amin Ubaidillah
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (SMASZA)
  41. Ahmad Muhammad Mustafa
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)
  42. Aiman Mu’az Muhammad Fadzillah
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)
  43. Muhammad Arif Hakimi Mohamad Kamel
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)
  44. Nik Mohamad Hafizi Nik Li
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)
  45. Muhamad Khalid Sunyoto
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)
  46. Muhammad Salahuddin Md Lazim
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)

Kami para guru dan kakitangan di MTT senantiasa mendoakan dan berharap agar para pelajar dapat terus istiqamah dalam menuntut ilmu agar tidak terpesong dari ajaran agama Islam yang murni. Semoga terus beroleh kecemerlangan dimasa hadapan. InsyaAllah….

SAYAP PERJUANGAN TERDAHULU (SILA KLIK)

Himpunan Pendidik Islam 2015

11229556_635161116619652_6444441438633436491_n

Alhamdulillah, sekali lagi warga pendidik di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) diberi kesempatan untuk bersama-sama dalam program Himpunan Pendidik Islam bagi tahun 2015 yang telah dianjurkan di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks Batu 9, Kota Sarang Semut. Alor Setar, Kedah. Ini adalah kali ketiga warga pendidik MTT bersama-sama mengikuti program tersebut selepas program yang sama dianjurkan di Selangor dan Kelantan pada tahun terdahulu.

10425412_635161016619662_4452786293246428623_n

Rombongan yang turut disertai Ustaz Dr. Abu Bakar Abdullah bergerak ke negeri Kedah sekitar jam 11.00 malam dari perkarangan MTT dan menuju ke SMA Taufikiah  Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pok Ya sebagai memenuhi undangan daripada  Ustaz Solehan dan Cikgu Suklia yang juga merupakan bekas guru di MTT. Selesai bersarapan, rombongan terus bergerak ke program tersebut.

11262993_636085193193911_1448979728249274153_n (1)

Beberapa pengisian dalam program tersebut adalah persembahan alunan Qasidah dan Burdah, kumpulan nasyid undangan Far-East, bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada Qari cilik, adik Haikal Firdaus bin Mohd Jaafarudin Al-Hafiz, ucapan dari kenamaan dan pidato khas dari YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah diberi penganugerahan Tokoh Murabbi Ummah.

11218763_635163026619461_5827111786183476014_n

Dalam program tersebut juga, Ustaz Dr Abu Abdullah juga telah dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidik Pasti 2015. Artikel dan maklumat lanjut berkaitan program ini boleh diikuti di Facebook HIMPUNAN PENDIDIK ISLAM 2015.

InsyaAllah, kami warga kerja di MTT akan terus memberi sokongan terhadap program-program sebegini pada masa-masa mendatang.

17099_636064626529301_6718712475481516994_n

GALERI GAMBAR

Kunjungan Pesantren Al-Fatah ke MTT

Kiyai Haji Yakhsyallah menyampaikan ucapan

Kiyai Haji Yakhsyallah menyampaikan ucapan

Alhamdulillah… Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) terus menerima pelawat dari dalam dan luar negara. Kini, giliran Pesantren Al-Fatah dari Lampung, Sumatera Barat, Indonesia membuat kunjungan mesra ke MTT pada hari Sabtu, 19 April 2014. Pesantren Al-Fatah merupakan sebuah institusi pendidikan yang menawarkan pengajian dalam pelbagai bidang sehingga ke peringkat universiti. Mereka sebelum itu telah mengunjungi Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan juga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Seramai 40 orang ahli rombongan yang diketuai oleh Kiyai Haji (KH) Yakhsyallah Mansur tiba di perkarangan MTT sekitar jam 12.20 tengahari. Mereka disambut mesra oleh warga MTT termasuk Ustaz Muzaihar Kamal, Ustaz Awang Embong dan warga kerja MTT yang lain.

Dalam pertemuan hampir 40 minit itu, Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal selaku Mudir MTT memberi penerangan ringkas mengenai sejarah Institut Berakan (IB) dan MTT. Ini termasuk peristiwa hitam yang telah berlaku pada tahun 1991 yang menyaksikan bangunan Institut Berakan telah dirobohkan. Selain itu, beliau juga berkongsi maklumat mengenai sistem pendidikan dan kokurikulum yang diamalkan di MTT.

Ucapan Mudir MTT

Ucapan Mudir MTT

Kiyai Haji Yakhsyallah Mansur yang mewakili Mudir Pesantren Al-Fatah, Ustaz Sholehuddin mengucapkan terima kasih diatas layanan dan sambutan yang diberi oleh pihak pengurusan MTT. Beliau turut menyampaikan salam daripada Mudir Pesantren, yang tidak dapat turut serta dalam lawatan tersebut. Dalam ucapan ringkasnya, beliau berharap agar institusi pendidikan yang memperjuangkan agama Allah terus mendapat tempat dikalangan masyarakat dan mampu bersaing setaraf dengan institusi pendidikan kebangsaan. Setelah menjamu selera, ahli rombongan dibawa ke Masjid Tok Jiring yang terletak dibelakang bangunan MTT untuk menunaikan solat.

Semoga dengan pertemuan singkat ini akan membuka peluang untuk kerjasama yang lebih erat diantara kedua-dua institusi ini pada masa yang akan datang. Kami di MTT juga mendoakan agar warga kerja Pesantren Al-Fatah supaya dipermudahkan urusan mereka dalam melahirkan generasi cintakan al-Quran dan ajaran Allah s.w.t.