Majlis Khatam Quran MTT 2018

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar….

Kata-kata pujian dan syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat kurnia dan perkenanNya untuk kami melangsungkan Majlis Khatam Quran MTT 2018 pada 17 November 2018 di Dewan Terbuka, Masjid Jamek Tok Jiring pada jam 2.00 petang.

Bersyukur juga kepada sang pencipta, Allah SWT kerana dengan izinNya apabila dua orang pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah berjaya menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Abdul Hayyi Ramadhan bin Shaharizukirnain dan Nurul Aida Solehah binti Mohammed atas pencapaian tersebut.

Abdul Hayyi Ramadhan yang baru berusia 14 telah menamatkan hafazan al-Quran dalam masa kurang dua tahun (1 Tahun 10 Bulan). Huffaz Muda ini telah berjaya menamatkan hafazan pada 10 Oktober 2018, tepat jam 10.20. “Saya pernah terdengar beliau mengaji dan menghafaz al-Quran pada hening malam”. kata bapa Abdul Hayyi, YB Ustaz Shaharizukirnain bin Abd Kadir ketika ditanya tidak lama sebelum beliau khatam.

Walaupun jadual harian pelajar ini dipenuhi dengan sesi kelas akademik dan pelbagai aktiviti kokurikulum di MTT, ia nyata bukan penghalang kepada Huffaz Muda ini untuk menamatkan hafazannya dalam tempoh yang singkat.

Manakala, Nurul Aida Solehah binti Mohammed yang merupakan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) MTT 2018 berjaya menamatkan hafazan beliau pada 4 November 2018, jam 4.30 petang. Sebelum menjejakkan kaki ke MTT pada Januari 2016 (Tingkatan 4), beliau telah menghafaz 15 Juzuk dan menyambung hafazan di MTT selama lebih kurang 2 tahun.

Dalam kesibukan harian beliau menuntut ilmu akademik dan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018, beliau masih mampu membahagikan masa dengan baik untuk menamatkan baki hafazan tanpa menjejaskan kecemerlangan akademik beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau memohon kemaafan kerana tidak dapat memenuhi undangan untuk majlis tersebut kerana urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sekali lagi ucapan tahniah kepada kedua-dua pelajar dan setinggi- tinggi penghargaan kepada para pendidik yang tidak pernah jemu dalam memberi tunjuk ajar, dorongan dan semangat untuk berjaya dalam bidang akademik, hafazan dan kehidupan seharian. InsyaAllah, semoga kejayaan ini menjadi perangsang dan dorongan kepada semua pelajar lain yang bertungkus lumus dalam hafazan dan akademik mereka.

Advertisements

Tahniah Atas Kecemerlangan Peperiksaan Utama 2015.

Alhamdulillah… Tahniah diucapkan kepada lepasan pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) 2015 yang telah mencapai keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan utama bagi tahun 2015, iaitu, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkata 3 (PT3). Nyata, mereka telah mempamerkan potensi yang ada dalam diri mereka. Sebahagian besar daripada lepasan SPM & STAM MTT 2015 juga telah berjaya meneruskan pengajian mereka di serata Malaysia dan juga Timur Tengah.

Usaha dan kesungguhan mereka telah dihargai dalam Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan yang dilangsungkan di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring, pada 1 September 2016, baru-baru ini. Sessi pertama majlis graduasi tersebut turut diserikan persembahan istimewa dari Juara Choral Speaking / Kalam Jamaie MTT 2016.

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA 2015.

14184414_863460007123094_3115514207367814334_n

  1. ANUGERAH IMAM AL QURTUBI (PELAJAR TERBAIK STAM 2015)
    • Wan Muhammad Aiman Arif b. Wan Musa
  1. PELAJAR CEMERLANG STAM 2015
    • Siti Syamsiah Bazighah bt. Musa
    • Fathullah Ashaari b. Muhammad
  1. GRADUASI STAM 2015.
    • Wan Mohamad Aiman Arif b. Wan Musa
    • Siti Syamsiah Bazighah bt. Musa
    • Fathullah Ashaari b. Muhammad
    • Badri Arifin b. Alias
    • Fatimah Nadiah bt. Mohd
    • Karimah bt. Halias
    • Mohamad Ubaidillah b. Jusoh
    • Mohd Salim b. Sulaiman
    • Muhammad Misbahul Munir b. Aswady
    • Nik Muhammad Hafizi b. Nik Li
    • Mohd Fakhri Faruq b. Zulkaply
    • Nur Widaad bt. Asyraf

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM 2015)

14212641_863459583789803_9209245215110618550_n

  1. ANUGERAH AL-KHAWARIZMI (TAHFIZ SAINS TULEN)
    • Muhammad ‘Asimuddin b. Analis
  1. ANUGERAH IBNU KHALDUN (TAHFIZ PERAKAUNAN)
    • Nursakinah bt. Khasim
  1. ANUGERAH IMAM AL-GHAZALI (TAHFIZ PENGAJIAN ISLAM)
    • Tuan Nassiruddin b. Tuan Mohammad

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

  1. ANUGERAH MUHAMMAD AL-FATEH
    • Wan Nur Alis Ayuni bt Wan Suhaimi
  1. PELAJAR CEMERLANG PT3
    • Amirah Tahirah bt. Azman
    • Khairul Arif Muhaimin b. Ariffin
    • Kamil Arif b. Baihagi.
    • Meor Muhammad Syahmi b. Abdullah
    • Nor Intan Shahrina bt. Zulkifli
    • Khodijah bt. Ahmad Tirmizi
    • Nabihah Husna bt Romlan
    • Siti Lailah Khairah bt Musa
    • Nur Wajihah bt Khairul Azlam

14183769_863459843789777_6679737848360509436_n

Sekali lagi ucapan tahniah kepada mereka yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang ditempuh. Namun, ingatlah, walau pada tahap mana kita berada sekarang, ia merupakan satu permulaan untuk sesuatu yang lebih mecabar untuk dihadapi. Untuk lepasan STAM & SPM 2015, langkah anda didunia luar baru bermula. Dan lepasan PT3, perjalanan anda nyata masih jauh. Paling penting, sentiasa berdoa kehadrat Allah SWT agar diberi kemudahan dalam menuntut ilmu dan sentiasa ingat jasa para pendidik serta ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk para pewaris mereka.

14264943_863461817122913_2585422509607410218_n

CEMERLANG DUNIAWI, CEMERLANG UKHRAWI… INSYAALLAH…

Solat Hajat Perdana & Bacaan Yaasin Menjelang Musim Peperiksaan 2015.

Musim peperiksaan semakin menghampiri terutamanya bagi pelajar Tingkatan 3 yang akan menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula 12 Oktober 2015, isnin ini. Semoga semua calon PT3 2015 khususnya di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman dapat memberikan yang terbaik setelah berusaha dengan bertungkus-lumus selamat 10 bulan. Tidak hanya terhad untuk kejayaan didunia, malahan kejayaan diakhirat hendaknya.

20151010200914

Bersempena dengan musim peperiksaan juga, pihak MTT juga telah menganjurkan program Solat Hajat & Bacaan Yaasin bertempat di Masjid Jamek Tok Jiring pada 8 Oktober 2015. InsyaAllah, semoga semua usaha yang telah dibuat akan memberikan pulangan yang bernilai.

20151010201008
Selamat menduduki PT3…

Motivasi Peperiksaan, Jiwa Murni & “Eye 4 Huffaz MTT” 2016.

Menjelang musim peperiksaan yang akan berlangsung sedikit masa lagi, program pada suku terakhir tahun kebiasaannya akan diisi dengan persiapan akhir dari segi mental dan fizikal kepada pelajar yang terlibat. Permulaan bulan September yang lalu, satu Motivasi Peperiksaan bersama Ustaz Mizan serta Pencetus Ummah Amirul (PU Amirul) telah berlangsung di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Fokus motivasi ini adalah untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

20150831200759

Pada sebelah petangnya pula turut diadakan Majlis Penutup Jiwa Murni kepada pelajar yang terlibat. Program berkonsepkan sentuhan rohani dan mendidik jiwa itu diharap mampu memberi kesan dalam diri pelajar-pelajar sekalian. Program ini telah bermula sejak awal Mac 2015 yang lalu.

20150831200813

Sementara itu, dalam usaha mempromosikan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) bagi pengambilan pelajar sessi 2016, beberapa siri program serampang dua mata promosi dan motivasi di sekolah-sekolah terpilih. Pada 2 September lalu, siri pertama telah dijalankan di Darul Taqwa, Batu Enam bersama Ustaz Mohd Nafizul serta Ustaz Dr Abdul Muntaqin. Dalam masa yang sama, penceramah jemputan turut menyampaikan nasihat dan panduan dalam menghadapi musim peperiksaan. Turut sama terlibat dalam program di Darul Taqwa Batu Enam adalah 12 orang pelajar dari Sekolah Rendah Al-Hamd.

20150902180219

20150902181850