Anugerah Imam Asy-Syatibi : Khatam Hafazan Al-Quran

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar…

14232995_863456870456741_290271973721300069_n

Syukur kehadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurniaNya, tiga orang pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran. Mereka telah diberi penganugerahan Anugerah Imam Asy-Syatibi pada Malam Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan MTT 2016 pada 1 September yang lalu bertempat di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Anugerah telah disampaikan oleh Tuan Haji Mahamud Omar.

14232515_863456300456798_8756244879022170574_n

Kejayaan yang dicapai oleh tiga pelajar ini adalah hasil kesungguhan dan iltizam yang berterusan dengan hafazan dan bacaan al-Quran. Ucapan tahniah dan syabas diucapkan atas pencapaian yang diperolehi. Semoga kejayaan yang dicapai tiga pelajar ini akan menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar lain yang dijangka akan menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran sedikit masa lagi.

Tiga penerima Anugerah Imam Asy-Syatibi adalah :

  • Asmaa’ Ahmad Tirmizi,
    • Puteri kepada Ahmad Tirmizi bin Taha & Karimah binti Yusof merupakan anak kedua daripada 11 orang adik beradik. Beliau telah dilahirkan pada tanggal 29 Jun 1999 di Kuala Terengganu. Beliau senantiasa komited dan istiqamah dengan bacaan dan hafazan al-Quran. Ia adalah bertepatan dengan motto yang dipegang iaitu Dunnya Hasanah Wal Akhirati Hasanah.

  • Nur Sabrina binti Ramli
    • Anak bongsu daripada 5 orang adik beradik ini telah dilahirkan pada tanggal 27 Januari 2000 di Kuala Terengganu. Tinggalkanlah maksiat kerana ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak memberi petunjuk kepada pelaku maksiat adalah sumber inspirasi kepada adik Nur Sabrina Ramli dalam usaha mencari keredhaan dan petunjuk dari Allah SWT.

  • Nur Fazreen Wahidah binti Amran
    • Anak kepada pasangan Mazinah bt Hamzah & Amran bin Omar ini merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik telah mencapai tahap bacaan dan hafazan yang baik. Selain aktif dalam bidang akademik (dan hafazan), beliau turut aktif dalam bidang sukan termasuk sukan memanah.

Semoga perkongsian dari kami akan memberi nafas baru dan keyakinan daripada golongan ibu bapa sekalian bahawa institusi pendidikan yang mempunyai aliran tahfiz & akademik mampu melahirkan para pelajar yang berdaya saing dalam bidang akademik, al-Quran serta bidang kokurikulum. InsyaAllah.

Sekalung tahniah kepada para pendidik atas komitmen dan tunjuk ajar yang diberikan kepada anak didik sekalian.

GALERI MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Advertisements

Majlis Hari Raya MTT 2013

Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya, pihak MTT berjaya melangsungkan majlis sambutan hari raya peringkat MTT pada 18 Ogos 2013 yang lalu.

Walaupun berhadapan beberapa kekangan terutama masa dan persiapan yang agak terhad kerana sebahagian pelajar akan menduduki peperiksaan pada hari berikutnya. Namun, semua urusan berjaya diselesaikan dan program berjalan dengan lancar. Pelajar-pelajar diraikan dalam majlis ringkas dengan hidangan lemang, ketupat dan nasi minyak sebagai juadah untuk dinikmati warga MTT.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA MTT 2013

Masa untuk makan...

Masa untuk makan…

Masa untuk makan...

Masa untuk makan…