Program Lepasan Pelajar PT3 MTT 2016….

Alhamdulillah… untuk memastikan jadual dan pergerakan aktiviti pelajar yang telah selesai menjalani Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 berlangsung dengan teratur, pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menyusun atur beberapa program untuk mereka. Program anjuran Jabatan Pengorganisasian Pelajar & Tarbiyyah (JPPT) itu bertujuan mengisi masa pelajar disamping memberi pendedahan kepada pelajar dalam pelbagai perkara.

51a8a475-b323-4769-8d8d-b2e2a98aa01f

Program pertama yang dijalankan adalah Simulasi Pengurusan Jenazah pada 25 Oktober 2016 bertempat di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring bagi pelajar muslimat dan Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring bagi pelajar muslimin. Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, simulasi pada tahun ini turut menunjukkan cara-cara untuk memandikan jenazah bagi memberi pendedahan dan praktikal kepada pelajar. Umum mengetahui bahawa menguruskan jenazah adalah Fardhu Kifayah. Justeru, diharapkan pelajar-pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang ditelah dicurahkan kepada mereka dalam program tersebut.

2c6bafc9-a00b-4c83-a361-c2541d41a7dd

Seterusnya, pelajar turut melibatkan diri dalam program Bubur Asyura Perdana yang dijalankan dengan kerjasama Masjid Jamek Tok Jiring. Sejumlah lima periuk bubur asyura telah diproses dan diagihkan kepada ibu bapa pelajar, kariah Masjid Jamek Tok Jiring dan juga warga kerja MTT.

14955774_1608114585880638_3354029891090567274_n

Program yang terbaru diperkenalkan pada tahun ini adalah Simulasi Haji dan Umrah. Pihak MTT sangat berbesar hati kerana mendapat kerjasama yang baik dari pihak pengurusan Tabung Haji Kuala Terengganu yang bersetuju menyediakan model Kaabah untuk membantu merealisasikan program pada kali ini. Program sehari yang berlangsung pada 8 November 2016 ini dimulakan dengan sessi teori yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ismail bin Wan Abdullah di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Program kali ini turut disertai pelajar-pelajar dari Tingkatan 4. Sesi praktikal diteruskan selepas rehat pagi dengan cara pemakaian kain ihram dan bergerak untuk simulasi Haji & Umrah di Padang Sukan Muslimat di Perkarangan MTT.

14962590_10154857034303738_4045345847061737201_n

Alhamdulillah… semua program yang dirancangkan berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik. Harapan kami agar pelajar memanfaatkan ilmu-ilmu yang telah dicurahkan. Usaha kami untuk kalian semua menjadi insan yang mampu berbakti kepada ibu bapa, masyarakat dan agama pada suatu hari nanti… InsyaAllah…

Advertisements

Tahniah Atas Kecemerlangan Peperiksaan Utama 2015.

Alhamdulillah… Tahniah diucapkan kepada lepasan pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) 2015 yang telah mencapai keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan utama bagi tahun 2015, iaitu, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkata 3 (PT3). Nyata, mereka telah mempamerkan potensi yang ada dalam diri mereka. Sebahagian besar daripada lepasan SPM & STAM MTT 2015 juga telah berjaya meneruskan pengajian mereka di serata Malaysia dan juga Timur Tengah.

Usaha dan kesungguhan mereka telah dihargai dalam Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan yang dilangsungkan di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring, pada 1 September 2016, baru-baru ini. Sessi pertama majlis graduasi tersebut turut diserikan persembahan istimewa dari Juara Choral Speaking / Kalam Jamaie MTT 2016.

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA 2015.

14184414_863460007123094_3115514207367814334_n

  1. ANUGERAH IMAM AL QURTUBI (PELAJAR TERBAIK STAM 2015)
    • Wan Muhammad Aiman Arif b. Wan Musa
  1. PELAJAR CEMERLANG STAM 2015
    • Siti Syamsiah Bazighah bt. Musa
    • Fathullah Ashaari b. Muhammad
  1. GRADUASI STAM 2015.
    • Wan Mohamad Aiman Arif b. Wan Musa
    • Siti Syamsiah Bazighah bt. Musa
    • Fathullah Ashaari b. Muhammad
    • Badri Arifin b. Alias
    • Fatimah Nadiah bt. Mohd
    • Karimah bt. Halias
    • Mohamad Ubaidillah b. Jusoh
    • Mohd Salim b. Sulaiman
    • Muhammad Misbahul Munir b. Aswady
    • Nik Muhammad Hafizi b. Nik Li
    • Mohd Fakhri Faruq b. Zulkaply
    • Nur Widaad bt. Asyraf

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM 2015)

14212641_863459583789803_9209245215110618550_n

  1. ANUGERAH AL-KHAWARIZMI (TAHFIZ SAINS TULEN)
    • Muhammad ‘Asimuddin b. Analis
  1. ANUGERAH IBNU KHALDUN (TAHFIZ PERAKAUNAN)
    • Nursakinah bt. Khasim
  1. ANUGERAH IMAM AL-GHAZALI (TAHFIZ PENGAJIAN ISLAM)
    • Tuan Nassiruddin b. Tuan Mohammad

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

  1. ANUGERAH MUHAMMAD AL-FATEH
    • Wan Nur Alis Ayuni bt Wan Suhaimi
  1. PELAJAR CEMERLANG PT3
    • Amirah Tahirah bt. Azman
    • Khairul Arif Muhaimin b. Ariffin
    • Kamil Arif b. Baihagi.
    • Meor Muhammad Syahmi b. Abdullah
    • Nor Intan Shahrina bt. Zulkifli
    • Khodijah bt. Ahmad Tirmizi
    • Nabihah Husna bt Romlan
    • Siti Lailah Khairah bt Musa
    • Nur Wajihah bt Khairul Azlam

14183769_863459843789777_6679737848360509436_n

Sekali lagi ucapan tahniah kepada mereka yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang ditempuh. Namun, ingatlah, walau pada tahap mana kita berada sekarang, ia merupakan satu permulaan untuk sesuatu yang lebih mecabar untuk dihadapi. Untuk lepasan STAM & SPM 2015, langkah anda didunia luar baru bermula. Dan lepasan PT3, perjalanan anda nyata masih jauh. Paling penting, sentiasa berdoa kehadrat Allah SWT agar diberi kemudahan dalam menuntut ilmu dan sentiasa ingat jasa para pendidik serta ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk para pewaris mereka.

14264943_863461817122913_2585422509607410218_n

CEMERLANG DUNIAWI, CEMERLANG UKHRAWI… INSYAALLAH…

Solat Hajat Perdana & Bacaan Yaasin Menjelang Musim Peperiksaan 2015.

Musim peperiksaan semakin menghampiri terutamanya bagi pelajar Tingkatan 3 yang akan menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula 12 Oktober 2015, isnin ini. Semoga semua calon PT3 2015 khususnya di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman dapat memberikan yang terbaik setelah berusaha dengan bertungkus-lumus selamat 10 bulan. Tidak hanya terhad untuk kejayaan didunia, malahan kejayaan diakhirat hendaknya.

20151010200914

Bersempena dengan musim peperiksaan juga, pihak MTT juga telah menganjurkan program Solat Hajat & Bacaan Yaasin bertempat di Masjid Jamek Tok Jiring pada 8 Oktober 2015. InsyaAllah, semoga semua usaha yang telah dibuat akan memberikan pulangan yang bernilai.

20151010201008
Selamat menduduki PT3…