Kuasai Dwi Bahasa, Gotong Royong Perdana dan Kunjungan Dr Ann Wan Seng.

Begitu pantas masa berlalu, kini kita sudah memasuki bulan kedua sessi persekolahan 2015. Gerak kerja dan program-program di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah makin rancak digerakkan mengikut takwim tahunan yang dirancangkan (Rujuk Disini). Bagi pelajar PT3 dan SPM, mereka bakal menduduki Ujian TOV pada dua minggu pertama bulan Februari.

tov12015

Jika anda masih ingat, program Kuasai Dwi Bahasa (K2B) (Rujuk Sini) buat julung kalinya telah dilaksanakan pada April 2014. Program tersebut akan diteruskan dan telah disempurnakan majlis perasmiannya pada 01 Februari yang lalu.

Antara objektif program ini untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab melalui perkataan.  Ia juga untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan kedua-dua bahasa tersebut sebagai bahasa pengantara didalam program yang diadakan di MTT. Ia juga untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam bahasa arab sesama rakan dan guru. Sekaligus, mampu menambah keyakinan didalam diri pelajar untuk berinteraksi menggunakan bahasa arab dan inggeris.. Manakala visi program K2B adalah untuk melahirkan Daie dan Ilmuwan Islam di peringkat antarabangsa seperti yang dicita-citakan oleh almarhum Ustaz Abu Bakar Chik.

Dalam usaha mencapai objektif dan visi program, beberapa perancangan telah dilaksanakan antaranya menjadikan hari Isnin sebagai hari untuk bertutur dalam Bahasa Arab dan hari rabu untuk Bahasa Inggeris. Untuk slot ini, skrip dalam kedua-dua bahasa akan disediakan untuk pelajar mengikut situasi dan keadaan tertentu. Tahap skrip ini akan berubah secara berperingkat mengikut tahap penguasaan pelajar dan tingkatan mereka.

Seperti juga tahun lalu, aktiviti seperti choral speaking / kalam jamaie, sketsa, nasyid, kosa kata dan pemasangan banner dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk memupuk minat pelajar.

Pada hari selasa, satu gotong royong perdana telah dilaksanakan pada jam 8.00 – 9.00 pagi. Program ini melibatkan semua pelajar dan guru untuk membersihkan kawasan MTT dengan pembahagian zon-zon tertentu yang telah dikawal selia oleh guru bertugas. Program ini bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang pentingnya untuk menjaga persekitaran tempat menuntut ilmu.

Ziarah drp dr ann wan seng ke mtt (03022015)

Dr Ann Wan Seng ke MTT pada 03-02-2015.

Advertisements

Usai Kem Tahfiz Anak Soleh Edisi Ke 10.

Alhamdulillah…. Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Kem Tahfiz Anak Soleh (KEMTAS 2014) yang berlangsung selama 7 hari di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah melabuhkan tirainya pada hari sabtu yang lalu bersamaan 29 November 2014. KEMTAS edisi ke-10 ini telah berjaya menarik jumlah peserta sekitar 170 orang yang berusia antara 10 hingga 14 tahun. Majoriti peserta berasal dari negeri Terengganu dan sebilangan kecil dari yang lain datang dari pelbagai negeri lain di Malaysia.

Bersama Kumpulan Usrah

Pendaftaran peserta dibuat pada 23 November 2014 di ruang terbuka Masjid Jamek Tok Jiring. Setelah sessi pendaftaran diselesaikan, peserta dibawa ke ruang masjid untuk menunaikan solat asar secara berjemaah dan taklimat awal mengenai kem yang akan mereka lalui sepanjang seminggu. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan usrah. Kumpulan usrah ini bertujuan untuk memudahkan perjalanan peserta sepanjang program. Sessi taaruf turut dijalankan selepas pembahagian kumpulan bagi memperkenalkan barisan fasilitator dan peserta kem. Pada sebelah malamnya, peserta didedahkan dengan slot Teknik Hafazan dan dibahagikan kepada beberapa kelas untuk agenda harian mereka sepanjang kem.

Sessi Kelas Hafazan

Sessi Kelas Hafazan

Setiap pagi, peserta akan solat subuh secara berjemaah di Masjid Jamek Tok Jiring dan mendengar tazkirah subuh. Selepas selesai sarapan pagi, mereka akan terlibat dengan kelas hafazan yang dibahagikan kepada dua sessi iaitu 8.00 hingga 10.00 pagi dan 10.30 hingga 12.00 tengahari. Itu merupakan rutin harian peserta KEMTAS yang salah satunya bermatlamatkan kelas “Intensif Hafazan Al-Quran”. Pada sebelah malam pula, mereka akan mengikuti kelas hafazan antara waktu Maghrib dan Isyak.

10806222_887933367884857_4324974664391728595_n

Slot “Kembara di Bumi Anbiya'” menyusul selepas solat Zohor. Slot ini akan membawa peserta mengenali dan mendalami suasana di negara-negara yang dikenali sebagai Bumi Anbiya’. Tiga buah negara Anbiya’ yang dipilih pada KEMTAS 2014 ini adalah Syria (Isnin), Yaman (Selasa), Palestin (Rabu). Elemen multimedia turut digunakan bagi menarik minat peserta yang rata-rata masih berusia awal belasan tahun. Pada hari Khamis, program Kembara Desa akan mengambil tempat. Peserta akan melalui kawasan disekitar dengan pemantauan fasilitator bertugas. Mereka dikehendaki menyelesaikan tugasan di checkpoint-checkpoint tertentu. Aktiviti team-building mengambil tempat pada hari jumaat yang dikendalikan oleh fasilitator bertugas. Turut berlangsung pada hari Jumaat adalah Bersama Imam Muda Fakhrurazi.

DSC_0260

DSC_0496

DSC_0688

Aktiviti berkuda, berkereta kuda dan memancing dimulakan sebagai riadah selepas solat Asar. Alhamdulillah, cuaca yang baik memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman menaiki kuda dan memancing.  Manakala pada waktu malam pula, satu lagi acara dewan mengambil tempat. Slot yang bertemakan kerohanian, kehidupan dan keajaiban Allah SWT ini disampaikan dengan penuh hikmah oleh fasilitator bertugas. Slot tersebut adalah Mukjizat Al-Quran (Ustaz Manan), Kealam Baligh (Ustaz Nafizul dan Ustazah Sakinah, Quran dan Sains (CIkgu Nadzirah). Manakala pada hari terakhir pula diisi dengan slot Sentuhan Qalbu.

Kem Tahfiz Anak Soleh (2)

Sebagai mengakhiri program, ibu bapa dijemput untuk bersama-sama dalam slot Motivasi bersama Ibu Bapa pada hari Sabtu, 29 November 2014. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat pada tahun ini. Alhamdulillah… ada antara mereka yang mampu menghafaz beberapa surah selain daripada ayat lazim.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat dalam KEMTAS pada tahun ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa dan fasilitator yang bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran program. InsyaAllah. berjumpa lagi ditahun 2015.

Gambar-Gambar

Menyingkap Tirai 19 November 1991

Sudah lebih 20 tahun detik hitam yang menimpa Institut Berakan (IB) apabila bangunan tersebut diruntuhkan oleh kerajaan memerintah pada ketika itu. Detik yang memberi kesan mendalam kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar di IB. Cubaan merobohkan bangunan IB telah beberapa kali dibuat, namun ia hanya berhasil pada tanggal 19 November 1991.

ib39

Kembali mengimbas detik awal operasi pada 12 Januari 1991 apabila sebuah bulldozer telah diarahkan untuk merobohkan bangunan IB sekitar jam 5.00 petang. Namun ia digagalkan oleh tindakan dan semangat juang guru dan pelajar yang merebahkan badan dan berbaring dihadapan bulldozer tersebut.

ib57 ib51

Namun begitu, usaha perobohan tidak terhenti setakat disitu apabila, pada Mac 1991, struktur asas tiang bangunan tambahan berjaya dirobohkan dalam masa 15 minit telah diranapkan oleh mereka. Itu belum cukup memuaskan hati mereka apabila operasi ketiga, 19 November 1991, mereka sekali lagi bertindak diluar kewarasan fikirian dengan meranapkan Institut Berakan.

ib44

Kerja-kerja awal perobohan dipercayai dimulakan seawal jam 2.00 pagi dengan pelbagai organisasi lain turut memainkan peranan dengan sekatan jalanraya, penutupan jalan dan pelbagai lagi organisasi yang terlibat dalam memastikan operasi itu berjaya. Amat memilukan apabila hanya tinggal beberapa hari sahaja sessi persekolahan baru akan dimulakan.

ib37 Piket - Bantah usaha roboh Institut berakan(1991)

Tetapi ia bukanlah penamat kepada Institut Berakan. Dengan kerjasama masyarakat dan doa yang dipanjatkan kepada Allah S.W.T, Institut Berakan terus mengorak langkah hingga ke hari ini dalam melahirkan generasi huffaz dan tenaga kerja professional dalam pelbagai bidang.

MTT DARUL IMAN

MTT DARUL IMAN

Solat Hajat Sempena Musim Peperiksaan 2014

Exam MTT 2014

Syukur Alhamdulillah, Program Solat Hajat di Masjid Jamek Tok Jiring sempena Peperiksaan PT3, SPM, STAM dan Peperiksaan Akhir Tahun 2014 yang akan berlangsung. Program ringkas tersebut telah diadakan pada 9 Oktober 2014 bermula seawal jam 7.00 Malam. Program dimulakan dengan solat Maghrib diikuti Bacaan Yaasin, Solat Hajat, Ucapan Wakil JIBG (Sheikh Azahari) dan Wakil MTT iaitu Ustaz Shaiful Ambia selaku Timbalan Mudir yang mewakili Ustaz Haji Muzaihar Kamal yang tidak berkesempatan untuk turut sama dalam program tersebut.

InsyaAllah, moga pelajar-pelajar diberi ketenangan dan dimudahkan urusan dalam menjawab Peperiksaan ini. Amin..

 

Bacaan Yaasin selepas solat hajat dan maghrib

Bacaan Yaasin selepas solat hajat dan maghrib

Antara warga muslimat yang hadr.

Antara warga muslimat yang hadr.

Timbalan Mudir Menyampaikan Amanat Mewakili Ustaz Haji Muzaihar Kamal yang baru pulang dari program di Kemboja

Timbalan Mudir Menyampaikan Amanat Mewakili Ustaz Haji Muzaihar Kamal yang baru pulang dari program di Kemboja

Ucapan Wakil JIBG Sheikh Azahari

Ucapan Wakil JIBG Sheikh Azahari

Analisis RIngkas Peperiksaan Pertengahan Tahun MTT 2014 (T4 & T5)

Alhamdulillah… Disini disertakan sambungan Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun MTT 2014 yang berlangsung sebelum cuti Pertengahan Penggal baru-baru ini. Untuk makluman, kami juga telah kongsikan beberapa analisis lain berkaitan peperiksaan tersebut, (Rujuk DISINI).

Bermula pada tahun 2012/2013, MTT telah membuka aliran TAHFIZ SAINS. Sejumlah 5 orang pelajar telah menjadi calon sulung dalam SPM 2013 yang berjaya mendapat keputusan yang CEMERLANG. (RUJUKAN). Bagi tahun 2014 pula, InsyaAllah, MTT akan mempunyai 18 orang calon bagi aliran Tahfiz Sains.

Tidak dilupakan, bermula tahun ini, MTT juga telah membuka satu lagi aliran iaitu TAHFIZ PERAKAUNAN. Calon terkini di Tingkatan 4 berjumlah 14 orang dan mereka akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2015.

Kami di MTT akan cuba memastikan pelajar-pelajar mampu menguasai bidang Hafazan dan bidang akademik dengan sebaiknya untuk bersaing dengan calon sekolah harian lain yang lebih tertumpu kepada bidang akademik. InsyaAllah. Sama-sama kita doakan yang terbaik!

Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun MTT 2014 T5 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun MTT 2014 T4

 

Analisis seterusnya berkenaan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di MTT bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Pelajar Terbaik Peperiksaan Pertengahan Tahun

Alhamdulillah,.. Syukur atas nikmat kurnia dari Allah swt, Program Temu Murni Bersama Ibu Bapa dapat dilangsungkan dengan jayanya pada 14 Jun 2014 yang lalu. Terima Kasih diucapkan pada semua guru-guru dan kakitangan yang bertungkus lumus melakukan persiapan untuk memastikan program tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Tidak dilupakan, ucapan tahniah kepada anak-anak pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini. Terima Kasih pada semua guru yang sentiasa gigih dalam memberi didikan dan tarbiyyah kepada generasi masa depan negara ini. Berikut, dilampirkan nama PELAJAR TERBAIK MENGIKUT TINGKATAN bagi peperiksaan yang berlangsung baru-baru ini.

PELAJAR TERBAIK MENGIKUT TINGKATAN

Hafs 1
TENGKU MUHAMMAD FAKHRUDDIN BIN TENGKU MOHD FADZIL
NURSYAZWANI BIINTI ABDUL HADI
ISMAHANI A’DILAH BINTI MOHD JAIS

Hafs 2
MUHAMMAD LUTFI HADI BIN MOHD ZULKIFLI
NUR AZIATUL RASYIQAH BINTI MOHD HAIROL
AIN SALSABILA BT NOR EFFENDI

Hafs 3
SARA KAMELIA BINTI FAISAL RIZAL
YASMIN BINTI ISMAIL
MOHAMAD ALIUDDIN BIN MOHAMAD ZAINAL ABIDIN

Tingkatan 1
AFIQ SYAHMI BIN ZURAIDI
MUHAMMAD ADAM BIN MOHD ROSWADI
MUHAMMAD FAIQ AMMAR BIN SHAHRIM

Tingkatan 2
KAMIL ARIF BIN BAIHAGI
WAN NUR ALIS AYUNI BINTI WAN SUHAIMI
KHODIJAH BINTI AHMAD TIRMIZI

Tingkatan 3
NOR INTAN BAIZURA BINTI ZULKIFLI
ABDURRAHMAN BIN ABDUL HADI
NURUL AISYAH BINTI MOHAMAD FADZLI

Tingkatan 4 (Sains)
NUR ASMAK BINTI MOHD
AHMAD CALIPH FIRDAUS BIN AHMAD SOEKARMAN
ANWAR FITRI BIN SALIM

Tingkatan 4 (Akaun)
NIK NOR HUSNA BINTI NIK ABDULLAH
DAYANA NATASHA BINTI MUHAMMAD HISYAN
MUNIRAH HUSNA BINTI SAZALI

Tingkatan 4 (Akademik/Pengajian Islam)
NAZIHAH BINTI ABDUL RAHMAN
NIK NOR IFFAH BINTI NIK ABDULLAH
AHMAD SOLIHIN BIN ZUHAIRI

Tingkatan 5 (Sains)
ABDURRAHMAN HAFIZ BIN ZULKEPLI
ABDULLAH MUBARAK BIN FAUZI
AHMAD THAQAUFI BIN AWANG

Tingkatan 5 (Akademik/Pengajian Islam)
NURUSYSYUHADA BINTI IBRAHIM
NURUL FAKHIRAH BINTI NASRUDDIN
AISYAH BT ABDUL RAHMAN

Tingkatan 6 (STAM)
SITI NU\R AMIRAH MUSA
HASANAH BT SIM
SRI FAH BT SIM

:: InsyaAllah, selepas ini akan dikemaskini maklumat PELAJAR TERBAIK MENGIKUT SUBJEK.

Motivasi Pelajar di Ambang Peperiksaan PMR, SPM, STAM

Assalamualaikum wbt…

Selanat Berjuang Dalam Peperiksaan 2013

Selanat Berjuang Dalam Peperiksaan 2013

September lalu, Ma’ahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menganjurkan program Motivasi untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun 2013 ini. Program yang diatur untuk pelajar PMR, SPM dan STAM itu diadakan di Dewan Teater Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Pelajar SPM dan STAM digabungkan dalam satu program yang lebih kepada kerjaya dan masa depan mereka, manakala bagi pelajar PMR pula lebih berfokus kepada pemilihan bidang di tingkatan 4 pada 2014. Kedua-dua program tersebut diadakan pada 2 September 2013 bagi pelajar PMR dan 17 September 2013 bagi pelajar SPM dan STAM.

Turut hadir adalah Mas’ul Jabatan Akademik MTT iaitu Tuan haji Daud bin Jusoh. Beliau mengingatkan para pelajar kerana berpeluang mengikuti pengajian tahfiz disamping pengajian akademik yang biasa. Menurut beliau, erti sebenar pelajar cemerlang merangkumi aspek tahfiz, akademik, akhlak, kempimpinan dan juga kebolehan dalam pelbagai bidang sekaligus melahirkan ilmuan Islam di masa akan datang.

Ustaz Hj Muzaihar Kamal Mustafa Kamal yang juga mudir MTT mengambil peluang dalam program tersebut untuk mengumumkan pengajian tahfiz Ulum Wal Qiraat dan Tahfiz Perakaunan akan dibuka untuk pengambilan pelajar tingkatan empat tahun 2014 nanti. Pelajar cemerlang PMR 2012, saudara Abdul Rahman Hafiz turut memberikan nasihat ringkas kepada pelajar tentang kepentingan menjaga waktu terluang serta pengorbanan ibu bapa terhadap para pelajar.  Tidak dilupakan nasihat supaya pelajar belajar bersungguh-sungguh dan berdoa memohon kekuatan dan redha Allah swt.

Diakhir program, semua pelajar dan guru menurunkan tandatangan ikrar pada banting setiap kelas untuk berusaha dan berjanji untuk memberikan yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal tiba.

GAMBAR MOTIVASI PMR 2013

GAMBAR MOTIVASI SPM & STAM 2013