Pengisian & Program MTT Sepanjang Minggu

Alhamdulillah, minggu-minggu awal persekolahan sessi 2016 berlangsung dengan baik. Pelajar-pelajar nyata bersemangat untuk mengikuti program yang dijalankan sepanjang minggu. Di peringkat asrama, satu pelancaran latihan pidato & usrah peringkat asrama telah berlangsung dan disempurnakan oleh Timbalan Mudir merangkap Ustaz Mohd Shaiful Ambia di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring.

20160116220858

Manakala pada 12 Januari 2016 pula, bahagian kokurikulum MTT telah membuka sessi pendaftaran kelab & persatuan bagi semua pelajar. Selain kelab dan persatuan sedia ada seperti Persatuan Bahasa, Pembimbing Rakan Sebaya, Kraf & Landskap, pada tahun ini juga MTT telah memperkenalkan kokurikulum Kulinari dan juga memanah.

IMG-20160112-WA0035

Pada hari tersebut juga telah berlangsung raptai (rehearsal) sempena majlis Pelancaran Kokurikulum MTT 2016 yang akan berlangsung pada 19 Januari 2016 di padang MTT.

IMG-20160114-WA0011

Manakala pada hari rabu, 13 Januari 2016, dua program yang berlangsung adalah Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) 2016 yang melibatkan organisasi tertinggi kelas, ajk asrama dan juga pengawas iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha. Program dianjurkan dengan kerjasama lepasan pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA. Pada sebelah petangnya, perasmian program dwi-bahasa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia dengan gimik pelancaran tayangan montaj.

IMG-20160114-WA0012

Pada hari sabtu, 16 Januari 2016 juga telah diadakan latihan dan ujian memanah bagi guru dan kakitangan MTT yang terlibat sebagai pendedahan sebelum bermulanya kelas bagi kokurikulum memanah.

InsyaAllah, banyak lagi program yang telah dirancangkan setiap tahun, antaranya Sukan Tahunan MTT (SUKMAT), Jambori Umum MTT, Rehlah Huffaz dan lain-lain.

Advertisements

Perbarisan Briged Amal MTT di Ijtima’ Kepimpinan Pas Terengganu

Briged Amal MTT

Briged Amal MTT di Ijtima’ Kepimpinan Pas Terengganu, Kemasik

 

Alhamdulillah… pada 18 & 19 April 2014, telah berlangsung Ijtima’ Kepimpinan Pas Terengganudi Kemasik, Kemaman. Pasukan Briged Amal Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) turut sama terlibat dalam perbarisan pada program tersebut.

Selain itu, skuad Fisabilillah MTT turut membuka gerai jualan untuk mengumpul Dana Pembangunan Pendidikan MTT.

Beberapa gambar lain boleh dilihat di >> SINI <<

Pelancaran Persatuan dan Kelab MTT 2014

Pelancaran Kokurikulum MTT 2014

Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapha Kamal melancarkan Kokurikulum MTT bagi tahun 2014.

21 Januari 2014 (Selasa) : Alhamdulillah, Syukur dengan rahmat dan limpah kurnia dari Allah S.W.T, Majlis Pelancaran Kokurikulum MTT 2014 berjaya diselesaikan. Dengan keadaan cuaca yang cerah, ia sekaligus membantu melicinkan aturcara pada hari ini bersamaan 19 Rabiul Awal 1435 Hijrah.

Seperti kebiasaan, aturcara dimulakan dengan alunan Asma’ul Husna, lagu Amal dan juga perbarisan dari pelajar MTT dihadapan semua guru-guru MTT yang segak berpakaian Unit Amal dan Nisa’. Aturcara diteruskan dengan ucapan ringkas dari Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal bin Mustafa Kamal sebelum merasmikan Kokurikulum MTT 2014.

Antara persatuan dan kelab di MTT termasuk, Agrotek, ICT, Kraf dan Landskap, Ilmuan Islam, Qasidah, Persatuan bahasa dan beberapa kelab lain.

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran <- KLIK