Pelajar Cemerlang Percubaan SPM & STAM 2015

Nyata, minggu yang agak padat bagi warga guru dan pelajar di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman sekembalinya dari cuti hari raya Aidiladha 1436H. Beberapa program telah berlangsung sepanjang minggu lalu dimana pada hari Ahad 27 September 2015, pelajar-pelajar berkesempatan melihat sendiri ibadah Qurban yang dijalankan di perkarangan asrama muslimin MTT sambil diberikan taklimat ringkas mengenai ibadah yang dijalankan.

20150926210829 (1)

Hari berikutnya (isnin) pula telah diadakan majlis penyampaian slip BK 9, PT3 2015 di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Manakala bagi slip peperiksaan percubaan SPM dan STAM 2015 pula diadakan dalam majlis berbeza pada hari Khamis, 1 Oktober 2015. Antara pengisian dalam kedua-dua program adalah ucapan wakil guru subjek, SPM dan STAM,  analisa peperiksaan oleh naib mudir akademik Cikgu Nor Effendi Mahyiddin, ucapan mudir MTT iaitu Ustaz Haji Muzaihar Kamal Mustapa Kamal. Berikut dilampirkan pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Percubaan SPM & STAM 2015.

12029695_10153773351478738_8092783116950261849_o

Tahfiz Sains Tulen : Nik Norhafizah Nik Zubir
Tahfiz Perakaunan : Muhd Hazim Mohammad
Tahfiz Pengajian Islam : Fatihah Zahidah Mat Rohim

Sijil Tinggi Agama Malaysia : Fathullah Ashaari Muhamad

12045665_10153773348933738_599241508881147344_o

Selain kelas tambahan, pelajar-pelajar turut terlibat dengan program solat hajat dan bacaan surah Yaasin menjelang musim peperiksaan yang semakin hampir.

Manakala sebagai promosi kemasukan ke MTT bagi tahun 2016, pihak MTT juga telah mengadakan beberapa siri motivasi dan kesedaran di beberapa buah sekolah terpilih. Pada kali ini, sekolah yang telah dikunjungi adalah Madrasah Darussalam (Losong) pada 30 Oktober 2015 dan Madrasah Darul Iman (Bukit Payong) pada hari berikutnya yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nafizul bin Ismail

20150930235714 (4)

Alhamdulillah, semoga setiap usaha yang dijalankan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Advertisements

Aidiladha di MTT 1434H/2013M

Qurban & Aqiqah MTT 2013

Qurban & Aqiqah MTT 2013i

Alhamdulillah… berkat usaha dan keizinan Allah s.w.t, kami di Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) berjaya melaksanakan ibadah Qurban pada 15 Oktober 2013 hingga 17 Oktober 2013 bersama masyarakat setempat.

Sejumlah 27 ekor lembu dan 3 ekor kambing hasil penyertaan orang ramai dan juga ibu bapa pelajar. Tidak dilupakan lepasan pelajar (SISBAKTI) dan juga guru serta kakitangan MTT turut sama mengambil bahagian dalam ibadah Qurban tahun ini.

Qurban pada tahun ini juga turut berkolaborasi dengan Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP) dalam menjalankan ibadah Qurban Nusantara ke Kemboja dan Yaman. Hampir 5 ekor lembu dikorbankan di Kemboja dan 2 ekor kibasy di Yaman.

Syukur kehadratmu Ya Allah… dan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama bertungkus lumus dalam program ibadah Qurban selama 3 hari di perkarangan asrama muslimin MTT.¬† Tahniah juga kepada skuad Fisabilillah MTT! yang bekerja keras dalam menjayakan program pada tahun ini.

Sekitar Hari Pertama Qurban di MTT 2013

Sekitar Hari Kedua Qurban di MTT 2013

Sekitar Hari Ketiga Qurban di MTT 2013