Jambori Umum MTT 2016.

Alhamdulillah, salah satu program dalam takwim tahunan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) selesai dilaksanakan. Jambori Umum 2016 yang bertemakan Kental, Patuh & Tangkas Dalam Berjuang! telah pun selesai dilaksanakan pada 1 hingga 3 Mac 2016 yang lalu bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.

12795502_10154106193928738_8872562432565364819_n

Program selama tiga hari tersebut telah melibatkan kira-kira 600 orang pelajar dari semua tingkatan dan akan terlibat dalam pelbagai pengisian yang bertujuan melatih keupayaan dan ketangkasan dalam diri setiap individu. Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan gerak kerja berpasukan dan pemantauan dari guru bertugas. Beberapa pengisian hari pertama termasuklah membina dan memasang khemah, penyediaan makanan, membina gadjet, seni mempertahankan diri, latihan kawad serta sessi kuliah maghrib dan juga bacaan surah al-Mulk.

12767686_976188339116110_679194294_n

Memasuki hari kedua diteruskan lagi dengan slot Qiamullail diawal pagi. Ia dituruti dengan solat subuh berjemaah dan juga tazkirah subuh oleh penceramah pilihan. Usai sarapan pagi, peserta terus bergerak untuk aktiviti pantai mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Menjelang tengahari, para peserta terlibat dalam pertandingan masakan menu rimba dan persediaan untuk makan tengahari. Pada sebelah petang, peserta akan di uji dalam aktiviti berkumpulan simpulan tali dan juga pertandingan kawad. Malam terakhir Jambori Umum MTT diisi dengan slot Malam Kesenian.

12494913_761464050656024_1073680069361439790_n

Hari terakhir Jambori Umum MTT, semua peserta dilepaskan untuk acara merentas desa kira-kira jam 8.30 pagi sambil dipandu arah oleh beberapa orang guru terlibat yang akan menjaga kawasan masing-masing. Acara merentas desa berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Setelah selesai menunaikan solat zohor berjemaah, peserta dikehendaki berkumpul untuk majlis penutup dan bersurai kira-kira jam 3.30 petang hari khamis.

12799463_761459167323179_3434718429131644305_n

12814299_761466800655749_4243594393937168741_n

 

 

 

Advertisements

Pengisian & Program MTT Sepanjang Minggu

Alhamdulillah, minggu-minggu awal persekolahan sessi 2016 berlangsung dengan baik. Pelajar-pelajar nyata bersemangat untuk mengikuti program yang dijalankan sepanjang minggu. Di peringkat asrama, satu pelancaran latihan pidato & usrah peringkat asrama telah berlangsung dan disempurnakan oleh Timbalan Mudir merangkap Ustaz Mohd Shaiful Ambia di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring.

20160116220858

Manakala pada 12 Januari 2016 pula, bahagian kokurikulum MTT telah membuka sessi pendaftaran kelab & persatuan bagi semua pelajar. Selain kelab dan persatuan sedia ada seperti Persatuan Bahasa, Pembimbing Rakan Sebaya, Kraf & Landskap, pada tahun ini juga MTT telah memperkenalkan kokurikulum Kulinari dan juga memanah.

IMG-20160112-WA0035

Pada hari tersebut juga telah berlangsung raptai (rehearsal) sempena majlis Pelancaran Kokurikulum MTT 2016 yang akan berlangsung pada 19 Januari 2016 di padang MTT.

IMG-20160114-WA0011

Manakala pada hari rabu, 13 Januari 2016, dua program yang berlangsung adalah Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) 2016 yang melibatkan organisasi tertinggi kelas, ajk asrama dan juga pengawas iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha. Program dianjurkan dengan kerjasama lepasan pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA. Pada sebelah petangnya, perasmian program dwi-bahasa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia dengan gimik pelancaran tayangan montaj.

IMG-20160114-WA0012

Pada hari sabtu, 16 Januari 2016 juga telah diadakan latihan dan ujian memanah bagi guru dan kakitangan MTT yang terlibat sebagai pendedahan sebelum bermulanya kelas bagi kokurikulum memanah.

InsyaAllah, banyak lagi program yang telah dirancangkan setiap tahun, antaranya Sukan Tahunan MTT (SUKMAT), Jambori Umum MTT, Rehlah Huffaz dan lain-lain.